Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

21 September 2019

New Taipei City Destinasi Pelancongan Menarik Untuk di Teroka

Dari 20-22 September 2019 akan berlangsung New Taipei City, New Adventure! Travel Fair kat Nu Sentral, Kuala Lumpur.

20-22 September New Taipei City Travel Fair berlangsung di Nu Sentral


Menariknya dekat sini ada replika Shen'ao Rail Bike untuk korang bergambar kenangan. Acah-acah macam dah sampai ke New Taipei City gitu.



Kat sini juga korang boleh dapatkan cenderahati berbentuk makanan kegemaran orang New Taipei City seperti Kek Nenas dan Eggrolls.

Egg rolls



Kalau korang bertuah, korang akan dapat rasa air bubble milk tea yang dibuat sendiri oleh Komisiner Chang Chi-Chiang dan Senior Vice President Charlie Pan.



Tiket penerbangan PERCUMA


Syarat nak dapat tiket penerbangan ni ialah dengan mengambil gambar di booth yang di sediakan dan muat naik ke Instagram dengan #newtaipeitour
#evaair . Mana tahu rezeki korang menang tiket ni nanti.



Bagi yang telah membeli mana-mana pakej dari EVA Air akan dapat New Taipei City Tour Guide Wallet dan set alat tulis EVA Air serta peluang memenangi kupon minum petang Sweetheart di RSL Hotel Taipei Zhonghe dan voucher untuk 2 orang 2 Hari 1 Malam di F Hotel untuk hari biasa, tiket memorial Taoyuan Airport MRT, iPass dengan rekaan istimewa serta banyak lagi. Jadi korang kena luangkan masa untuk ke Nu Sentral dari 20-22 September 2019 ni.

Bagi menarik pelancong Malaysia ke New Taipei City, pihak kerajaan New Taipei City telah melancarkan gift pack berjumlah RM2500 yang merangkumi telekomunikasi, pengangkutan, cenderahati, tempat menarik, muzium dan kilang pelancongan.

1. 5 pek kek Nenas Shou Shin Bou
2. Baucar data rangkaian Chunghwa Telecom
3. Kupon servis charter oleh Taiwan Taxi Tour
4. Diskaun sehingga 20% untuk pelbagai 1 hari perjalanan di New Taipei City oleh KKday

Majlis pelancaran New Taipei City, New Adventure telah diadakan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2018 lebih 520,000 pelancong Malaysia ke Taiwan.



Terdapat 8 tempat menarik yang mesti anda pergi jika ke New Taipei City:

1. Tamsui-Kavalan Trails
2. Shen'ao Rail Bike
3. Shen'ao Fishing Village
4. Laomei Green Reef
5. Baoshi Mountain Platform
6. Sanxia Old Street
7. Christmas Land in New Taipei City
8. New Taipei City Ho-Hai-Yan Gongliao Rock Festival

Sejak 2009, New Taipei City dan EVA Air telab bekerjasama dan sekarang EVA Air beroperasi 7 penerbangan mingguan dari Taipei ke Kuala Lumpur.



Sempena festival ni, EVA Air melancarkan dua diskaun produk iaitu 4 Hari 3 Malam pakej pelancongan untuk seorang bermula dari RM1329 manakala untuk berkumpulan bermula dari RM2599 untuk 7 Hari 6 Malam. Untuk memenuhi permintaan pelanggan Muslim, EVA Air menyediakan makanan Halal sewaktu penerbangan dan tempahan awal diperlukan sebelum tarikh penerbangan.

Untuk pelancong Muslim, New Taipei City telah menyediakan kemudahan untuk beribadah dan makanan yang Halal. Lebih banyak kemudahan untuk pelancong Muslim akan ditambah dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut:

Laman Web : https://tour.ntpc.gov.tw
Facebook : https://www.facebook.com/ntctour
Instagram : https://www.instagram.com/newtaipeitour

Laman Web: https://www.evaair.com
Facebook : https://www.facebook.com/evaairwayscorpen
Instagram : https://www.instagram.com/evaairways
Reactions:

21 comments:

  1. Terima kasih share info ni.. Bolehlah sape yang free hujung minggu ni luangkan masa ke Nu Sentral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm gi event ni kat Nu Sentral. Sempat lagi ni

      Delete
  2. This looks interesting and fun. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part contest tu memang interesting. Nak pi New Taipei City

      Delete
  3. Cool. I missed Taipei. I should visit New Taipei City. Thank you for sharing the review. Have a good weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh dah sampai New Taipei City ye. Mesti best kan?

      Delete
  4. waa bestnya. ni kalau dapat join mesti seronok. dapat kenal budaya taipei. mana tahu ada rezeki nanti dapat pergi sana pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makanan dia not bad juga. Teringin sangat nak pi sana

      Delete
  5. Wah! Menarik ni Qis... mana tahu kut kut awak bertuah dapat hadiah bertuah melancong ke sana. Kak dah sampai Taipei tapi New Taipei City ni belum kut ... ntah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Menarik kan. Aamiin.. nak juga rezeki menang tiket ni

      Delete
  6. sekarang kalau travel ke luar negara, untuk mencari makanan halal dah mudah kan. bagus juga dapat berkunjung ke booth ni, mana taknya boleh join contest, ada rezeki boleh terbang ke taipei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Betul2 saja singgah kalau dah dekat sini. Kalau menang tiket tu pun best

      Delete
  7. Adeh. Baru perasan harini last event. Tk sempat pulak nak pergi taipei. Baru terbayangkn dpt tiket free terbang ke taipei. Antara tmpt best utk travel sbb negara diorang sgt jagakan kebersihan kan

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaaaa promotion new taipei city ni especially makanan halal semasa penerbangan & kemudahan beribadah & makanan halal. Bagus sgt inisiatif ni mesti masyarakat Malaysia tak ragu2 nak bercuti ke sana

    ReplyDelete
  9. Seronoknye pergi taipei. Okla sorang pakej RM1329 untuk pakej berkumpulan. Travel untuk muslim pon ada. Senang nak la nak dapatkan makanan halal

    ReplyDelete
  10. Eh. Nasib baik sempat baca entry nie. Terus bersiap nak ke sana kelak - harapnya sempat la nak bergambar dan menang contest tu. Doakan la dapat percutian itu ye.

    ReplyDelete
  11. Wah menarik ni. Sesiapa yang rancang nak bercuti boleh rebut peluang ni. Murah pulak tu pakej yg ditawarkan

    ReplyDelete
  12. Dapat merasai pergi Taipei City camni seronoknya. Yang bagusnya semua dah siap fikirkan kat mana nak cari makanan halal. Tinggal nak sediakan duit je.

    ReplyDelete
  13. Ada kwan2 pi Taiwan.. Dia ckp best.. Cantik n bersih mcm jepun.. Teringin gak nak pi

    ReplyDelete
  14. velum pernah dengar lagi New Taipei jadi destinasi perlancongan pilihan rakyat Malaysia, bila ada ekspo macamni baru la rasa nak jejak ke sana

    ReplyDelete
  15. wahhh bestnya tenogk gambar2 tu Qis. teringin jugak pergi ke Taipei nie. banyak local attractions dekat sana. one fine day nanti nk gi sana lah

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston hartanah health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Produk Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com