Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 January 2020

Teater Semarak Pertiwiku Dapat Sambutan Peminat Teater Semenanjung

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss dapat menonton teater lakonan mantap Ungku Ismail Aziz dan Sherie Merlis. Teruja tengok sebab lama juga Qiss tak tengok teater sejak demam hari tu. Meremang bulu roma dalam Panggung Sari apabila Anding menyanyikan lagu Sarawak dan kebanyakan penonton Sarawak bangun sebagai tanda jati diri negeri Sarawak. Akhirnya satu dewan bangun. Memang terbaik lah.

Teater ini merupakan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tampil mempersembahkan sebuah teater yang mengangkat integriti sebagai subjek utama.


Diberi judul Semarak PertiwiKu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya cukup teruja mengumumkan teater yang mendapat sambutan hangat saat dipentaskan di Kuching, Sarawak pada Julai 2019 lalu dan kini akan dipentaskan di Kuala Lumpur pada 30 Januari (3 petang) dan 31 Januari (3 petang dan 8.30 malam). Semarak PertiwiKu adalah didalam dialek Melayu Sarawak.

Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM laksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas”.

Melaluinya, mesej disampaikan kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan.



"Begitu juga dengan Semarak PertiwiKu, pengisiannya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Saya yakin ia mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera," ucap Latheefa Koya.

Semarak PertiwiKu akan masih menggunakan dialek Sarawak kerana kami ingin mengekalkan keaslian persembahan malah kerana mesejnya yang kuat.

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana itu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega.

Inilah sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah



Sinopsis:

Semarak Pertiwiku mengisahkan kepincangan hidup seorang usahawan binaan kelahiran Sarawak iaitu Dato’ Shah kerana terlalu mengikut desakan isterinya yang mendambakan kemewahan sehingga mendorong dirinya melakukan jenayah rasuah menerusi pemberian tender projek pembinaan bangunan tertinggi di bumi kenyalang, Menara Pertiwi.

Projek pembinaan menara tersebut telah diberikan kepada Syarikat Tulus Bina walaupun berdasarkan kelayakan, terdapat syarikat pembinaan lain yang layak menerima pelantikan tersebut.

Namun, satu persatu rahsia disebalik tindakan Dato’ Shah yang bercanggah dengan integriti dan amalan baik sehingga tercipta skandal membabitkan penipuan, penindasan, manipulasi, penerimaan rasuah, tuntutan palsu dan nepotisme akhirnya terbongkar.


Akibat daripada kerakusan tersebut, pembinaan Menara Pertiwi berakhir dengan insiden luar jangka sehingga mengakibatkan tragedi kepada orang ramai.

Harapan masyarakat di Bumi Kenyalang untuk melihat menara tersebut juga musnah apabila ia roboh lantas menamatkan skandal rasuah yang ada disebalik pembinaannya.

***

Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali, bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang cuba disalurkan dalam medium hiburan.


Ungku Ismail Berjaya Membawa Watak Dato' Shah dalam teater Semarak Pertiwiku 





Aktor berprolifik tinggi, Ungku Ismail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak Pertiwiku bersama barisan pelakon lain termasuk Anding Indrawani, Chopie Chakap, Shah Kimin, Elya dan Taufik Hanafi.


Gandingan mantap Ungku Ismail Aziz
dan Sherie Merlis
**kredit gambar pementasan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

"Semarak Pertiwiku selaras dengan hasrat kerajaan untuk membanteras gelaja rasuah. Ia juga adalah sebuah teater yang bertemakan integriti dan sebuah usaha cukup baik untuk mendidik masyarakat tentang rasuah khususnya dalam kalangan penjawat awam," kata pengarahnya, Muhammad Azri Ali.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena CSR damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston hartanah health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kecantikan kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Produk Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Shopping

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com