Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 January 2020

Aplikasi pslove Period Tracker Bantu Wanita Lebih Prihatin Dengan Waktu Kedatangan Haid

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak cerita sikit pasal datang haid bagi wanita.

Apa itu haid?

Haid adalah satu keadaan apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (yang digelar sebagai ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda.

Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal di tempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil menstruasi.

Bilakah anda akan datang haid pertama?

Seawal umur 8 tahun sehingga 16 tahun dan kebanyakan wanita datang haid pertama dari umur 11 tahun hingga 14 tahun.

Datang haid ini tidak seumur hidup. Sekitar umur 50 tahun anda akan mengalami keadaan putus haid yang juga dipanggil menopaus. Ini terjadi apabila badan anda tidak lagi mampu untuk menstruasi dan hamil.

Kelebihan Aplikasi pslove Period Tracker

Penting bagi seorang wanita untuk mencatat tarikh dan bilangan hari datang haid setiap bulan kerana dengan catatan ini kita dapat tahu bila tarikh period seterusnya dan jika ada masalah sakit puan, doktor akan bertanya tentang kitaran haid.


Aplikasi pslove Period Tracker membantu anda untuk mengenalpasti tarikh haid pada bulan akan datang. Ini dapat membantu anda bersedia menghadapi haid pada bulan itu. Satu notifikasi juga disediakan bagi mengingatkan anda untuk bersedia pada tarikh tersebut. Jadi dah tak ada alasan bocor dan tidak membawa tuala wanita.

Anda juga boleh menyimpan data dan mengetahui tahap kesihatan anda melalui aplikasi pslove ini.

Jom download sekarang.

Klik sini untuk download:
https://share.pslove.com/rescue/ocOlSrf


Jadilah pemenang dengan aplikasi pslove ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh ke Facebook Guardian Malaysia.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com