Qiss pernah jumpa dengan Dina ni masa dia comel dulu dalam 8 tahun lepas. Bila jumpa semula baru-baru ni, Qiss macam tak percaya sebab dina nampak lebih kurus berbanding dulu.
Pernah menjadi Naib Juara di Musim Pertama Malaysia Idol tahun 2004, dan kini menyambung kerjaya beliau sebagai penyiar radio bersama ERA FM.
REZEKI DINA DAPAT JADI DUTA SS KLINIC.
Perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 yang lalu. Dengan perlantikan tersebut Dina akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelangsingan SSSlim kepada masyarakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.
Makin cantik Dina sekarang |
Dina Nadzir sehingga kini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga enam kilogram dalam tempoh empat minggu selepas menjalani rawatan pelangsingan signatur SSSlim di SSKlinic. Dina Nadzir berkongsi pengalaman beliau menjalani rawatan pelangsingan tersebut di dalam satu majlis bersama media dan blogger di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya.
Mengulas lanjut mengenai kejayaan beliau menurunkan berat badannya, kata Dina, "Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali! Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”
KECAPI HASIL MAKSIMUM DALAM TEMPOH MINIMUM.
SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan.
Salah satu bilik rawatan di SSKlinic |
Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.
Alat yang digunakan untuk mengukur komposisi badan |
Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan doktor, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah disahkan serta disokong dengan dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.
RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW
SSKlinic juga mempunyai satu jenama produk yang dikhususkan buat para pelanggan. Rangkaian penjagaan kulit MediGlow digunakan secara eksklusif di SSKlinic. Produk ini dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal. MediGlow dibangunkan pada 2009, telah diformulasikan oleh para doktor bertauliah.
Produk ini memenuhi piawaian gred perubatan dan sesuai untuk semua jenis kulit pada semua peringkat umur. Diformulasikan dari sumber ramuan terbaik dan unik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea, AS dan Taiwan bagi memastikan hanya kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.
Blogger @kiflimally mencuba produk MediGlow |
KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH’**
Bagi anda yang ingin tampil lebih cantik dan langsing SS Klinic ada tawaran hebat, di mana sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar. Promosi ini hanya untuk pemegang kad kredit sahaja.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
** Layak untuk satu rawatan tunggal.
Gambar 8 tahun lepas yang baju kuning tu |
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan SSKlinic yang ditawarkan di Malaysia, sila layari:
Laman Web
Untuk promosi terkini boleh layari:
Facebook
Instagram https://www.instagram.com/ssklinic/
Ingin
mengikuti perjalanan Dina,
boleh ikuti
#nakkurusnakcantik #dinasjourney
Ye laaa nampak Dina tu dah kirus banyak...woowwww...terus semangat gak Sis ko nak mencubanya...walaupun bukan azam 2020 nak kurus tapi nak sihat sambil tu nak turunkan berat badan..
ReplyDeleteDulu suka dina ni nyanyi tp now dh lama tak dgr lagu dia.
ReplyDeleteBoleh nampak juga perubahan dia dulu dan sekarang.. makin slim
Satu alternatif bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. Buktinya tengok lah badan Dina kan?
ReplyDeletewah, dina :)
ReplyDeletesemakin cantik. nice la memilih dia as duta.
slim and beautiful.
Suara Dina sedap tau. Penampilan terbaru Dina ni Sia suka. Makin slim.
ReplyDeleteInspiration. Rasa tak sabar pula nak dapat berat ideal. Berubah untuk kesihatan yang lebih baik 💪
ReplyDeletewahhh nampak perubahan tu buat dina..
ReplyDeleteDina boleh kurus knp sis tak boleh kan..tgh semangat ni nak kurus sb tgok dia kurus. Nak cuba gak lah treatment dia
ReplyDeleteSlim juga dia ni. At least nampak healthier la. Great that she make such effort and success dengan ni. Boleh la sis cuba nanti.
ReplyDeleteAlamak nampak caya kita kena try apa yang Dina cuba ini hehehe tengok memang banyak perubahan kita lak jelous tapi nak buat macam mana orang banyak duit semua boleh hehehe tarasa kita nak kurus juga...
ReplyDeletewah lainnya dina sekarang, ingat lagi waktu dia join malaysiana idol agak berisi lagi. yang penting maintain cantik
ReplyDelete6 kilo dalam 4 minggu...mmg wow
ReplyDeleteDina nampak makin kurus lah. Yang penting sihat kan. Interesting nya kempen pay as you wish tu. Nanti nak tengok lagi la pasal tu
ReplyDeleteWoww memng nampak kurus la dia..banyak jug ahilang berat dia tu..senang sekarang nak kurus ye..tapi pemakaan pun kene jaga
ReplyDeletewoww dh kurus.. rsnya kat jb takde lagi kan
ReplyDeletenampak beza ya dulu dengan sekarang. alhamdulillah, semoga dapat capai target berat yang diinginkan. :)
ReplyDelete