Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 November 2019

Kejutan Miss Pinklady Asia Musim Kedua Haneesya Hanee Terpilih Sebagai Peserta Mewakili Malaysia

Sebut je Miss Pinklady Asia, Qiss teringat lagi saat mengikuti program ini sepanjang musim pertama. Nampak kegigihan para peserta menyelesaikan tugasan dan cabaran yang diberi demi merangkul gelaran juara Miss Pinklady Asia.

Miss Pinklady Asia (MPLA) kini kembali untuk musim kedua. Miss Pinklady Asia ini merupakan program realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan juga Malaysia.


12 peserta Miss Pinklady Asia musim kedua

Uniknya kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan akan bersaing untuk merebut gelaran Pink Lady of Asia  musim kedua.

Konsep musim kedua juga seakan sama dengan konsep musim pertama yang mana setiap peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan dan akan melalui rutin harian yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Menariknya kali ini akan ada cabaran dari segi 'catwalk', sesi fotografi dan juga iklan. Cabaran ini perlu diselesaikan oleh kesemua peserta dan di dalam setiap episod akan ada penyingkiran bagi peserta yang tidak dapat mencapai keputusan yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah program ini, Encik Mohamad Hafiz Naslallizi dari Icube Studio berkata untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yang mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program ini setanding program peringkat antarabangsa kerana ianya melibatkan tenaga kerja dan peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri yang memerlukan kerjasama sepenuhnya.



Sementara itu, Encik Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan kerana program ini turut berkongsi tentang dunia" modelling lifestyle" yang kebanyakan orang tak tahu".

Setiap cabaran akan diadili oleh para panel hakim professional dalam bidang peragaan dan bidang fotografi. Untuk musim kedua MPL Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program realiti tv terkenal iaitu 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'.

Hadiah buat pemenang Miss Pinklady Asia musim ke 2 ialah tempat pertama RM 12,000, tempat kedua akan membawa pulang hadiah sebanyak RM 8,000 dan tempat ketiga RM 5,000.

Sebanyak 13 episod akan disiarkan bermula dengan episod pengenalan Miss Pinklady Asia musim ke 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv

Program ini akan di hoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 10 malam.

Hos program Miss Pinklady Asia, Sunshine

12 Finalis Miss Pinklady Asia musim kedua 

Kejutan untuk musim kedua ini ialah model dan aktivis terkenal Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran sebagai Miss Pinklady Asia bagi musim kali ini.
















Menurut CEO Heidi Empire Trading iaitu Encik Heidi Shafiq "program Miss Pinklady Asia musim ke 2 pasti lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat Asia & Global. Ini selaras dengan jenama PINKLADY sendiri yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Antara produk Pinklady yang berada dipasaran

Untuk informasi lebih, anda boleh tonton Pink Lady Extra setiap hari Rabu jam 9 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv

19 comments:

  1. Tahniah pada semua pemenang dan pinklady..hehe bukan kaleng-kaleng ye semuanya.

    ReplyDelete
  2. Woahh nampak semua peserta hebat2 belaka! Pasti saingan akan sengit. Dan macam biasalah, kalau program realiti biasanya akan banyam drama dan itu yg buat lagi menarik sebenarnya. Haha. Mesti ramai tak sabar!

    ReplyDelete
  3. bagus ni.. pertandingan level tinggi.. semoga peserta malaysia boleh menang..

    ReplyDelete
  4. Sayangnya ikon daripada Malaysia persis pakaian barat. haha. Maaf komen negatif, kerana Malaysia kaya dengan adab dan adat.. Semoga ikon Malaysia lebih berhati2 di dalam pakaian.. Kalau tak silap beliau ada krisis dalam Dewi Remaja kan. :p

    ReplyDelete
  5. Hebat2 pesertanya. Saya agak kurang mengikuti program2 macam ni,tapi adik beradik saya suka. Apa2pun terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak mengikuti program camni..kalau dulu follow habis. Moga beroleh kejayaan pada peserta Malaysia

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada semua peserta yang tersenarai mewakili Malaysia moga bawa image baik untuk negara dan membanggakan negara good luck semua....

    ReplyDelete
  8. Wah nampak menarik juga rancangan ni. Peserta China kurus betul ye. Muka semua memang model habis! Curlas ye produk ni ada taja rancangan senndirik.

    ReplyDelete
  9. pergh model dia semua nampak hebat belaka..Memnag tengok hebat-hebat belaka..Bgaus bila lain-lain negara ni..boleh tengok bakat masing2

    ReplyDelete
  10. Huhu ingatkan pinklady ni brand kecantikan je rupanya siap ada program dia sendiri ek. Baru tahu wujud pinklady asia ni. Dah musim ke 2 rupanya. Ketinggalan sungguh haha. Tahniah haneesya mewakili Malaysia. Moga berjaya

    ReplyDelete
  11. Wow! I nak sokong Hanee! I suka warna kulit dia - memang beautiful! All the best to all Miss Pink Lady - you go girl!

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar pulak pink lady asia ni.. Kiranya haneesya tu jelah yg malay ya? Lepas pulak sebab yang tau mcm miss universe tu muslim tak blh join. Taktau lah tu dulu, now tak taulah macam mana

    ReplyDelete
  13. Mesti persaingan sengit kan sebab tengok semua peserta cantik-cantik. Harap ada la wakil dari Malaysia yang menang. Hadiah pun best tu

    ReplyDelete
  14. Proud~ Proud!So many Malaysians! Wheeee.... they are so beautiful! All the best to Miss Pink Lady!

    ReplyDelete
  15. Wahhh hanesyaaa wakil malaysia, hebat tu. Brand pinklady ni mmg famous kab

    ReplyDelete
  16. Wowww pinklady ada buat program macam ni ye. Baru tau.

    ReplyDelete
  17. cantik2 semua peserta. tahniah kepada pemenang

    ReplyDelete
  18. First time dengar ni. by the way tahniah pada yang menang dan terpilih tu. bukan kerja mudah nak dapat title tu.

    ReplyDelete
  19. Hebatnya n tampil menarik peserta2 miss Pink Lady yea.. Tahniah kepada pemenang.. Perkara pertama AM suka tgk adalah cara diaorg dress up n mengayakan baju rekaan.. Mmg terbaik

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com