16 September 2020 maka genaplah 9 tahun usia perkahwinan Azad Jazmin dan Eira Syazira. Azad Jazmin berjaya memberi kejutan buat isteri tersayang, Azad Jazmin menghadiahkan majlis ulangtahun perkahwinan yang ke sembilan berkonsepkan pelamin dalam taman di Dealova Place Event Space, Sunway Nexis Damansara. Majlis yang diadakan cukup meriah itu dihadiri oleh keluarga, rakan artis serta rakan media dan blogger.
Sebelum diberikan kejutan ini, Eira terlebih dahulu memberi kejutan kepada Azad semasa di Langkawi dengan makan malam yang istimewa sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
Ditanya bila Azad mula merancang untuk mengadakan kejutan ini, Azad memberitahu dia mengambil masa selama dua bulan dan pada Eira dia hanya memberitahu yang kejutan ini adalah candle light dinner biasa tetapi Eira tak boleh pegang telefon Azad sehingga 20 September 2020.
"Sebab seronok bercuti di Langkawi, saya buat drama penat. Taknak balik Kuala Lumpur hari ini dan nak extend paling tidak 5 hari 4 malam di Langkawi tapi Azad minta untuk balik hari ini sebab dah booking flight dan tempat makan pada malam ini", kata Eira Syazira yang masih dalam keadaan terkejut dan terharu.
"Saya tidak menyangka rupanya saya kena kejutan balik di Kuala Lumpur dan selalunya adik saya akan bercerita bila ada majlis atau apa-apa tapi untuk majlis pada malam ini langsung tiada ahli keluarga yang bercerita kepada saya," tambah Eira lagi.
Sepanjang perkahwinan selama 9 tahun ini, Azad Jazmin dan Eira Syazira dikurniakan 3 orang puteri yang bernama Amarra Sofea Rose 7 tahun, Ameisya Leanne Rose 4 tahun dan Areisya Suri Rose 2 tahun.
"Sepanjang usia perkahwinan selama sembilan tahun, majlis ini saya adakan bagi menghargai pengorbanan Eira sebagai seorang isteri yang juga Supermom kepada anak-anak saya", kata Azad Jazmin.
"Azad pernah cakap dengan saya masa tu usia perkahwinan kami baru menginjak usia 3 tahun dan Azad teringin nak bersanding semula. Sebab dah lupa jadi saya tak expect yang kejutan malam ini sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 9 Azad menghadiahkan saya kejutan istimewa ini. Segalanya Azad sediakan, baju bling-bling, make up artist, buat rambut dan pelbagai lagi", kata Eira.
"Teringin nak nikah tapi sanding dengan orang sama dan sanding 4 kali tak mengapa dia tidak kisah tapi kena sanding orang samalah," seloroh Azad Jazmin.
"Ahirnya impian saya dapat direalisasikan oleh Dealova Place Event Space, Bobba Fitz, Rass Deco dan Emas Rozita. Malah pihak Emas Rozita turut menghadiahkan set barang kemas bernilai RM15,000 kepada Eira malam tadi. Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua yang menjadikan impian saya ini kenyataan", tambah Azad lagi.
Pasangan tersebut turut bersanding, makan beradab serta memotong kek dan malam tersebut juga ada acara menepung tawar dari kedua-dua keluarga Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus turut hadir memeriahkan majlis.
Bercerita tentang perkembangan seni terbaru Azad Jazmin akan memulakan penggambaran filem dengan Keith Foo selain aktif dengan review produk di laman Instagram dan Tik Tok.
Asam garam sebagai suami isteri menguatkan lagi cinta pasangan ini. "Pada awal perkahwinan memang ada rasa cemburu tapi bila dah kenal dan tahu pasangan ke mana dan dengan siapa, rasa tu berkurangan. Setiap hari kami akan buat benda baru supaya tidak bosan bersama", kata Eira Syazira.
Semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment