Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 September 2020

Rawatan Skin Booster Di Dr. Chong Clinic Shah Alam

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak cerita sikit tentang Skin Booster Injection atau dalam bahasa Malaysia dipanggil Suntikan Penggalak Kulit.

Buat pertama kalinya Qiss menjalani rawatan ini di Dr. Chong Clinic yang terletak di Shah Alam. Memandangkan Qiss buat rawatan semasa PKPP jadi SOP rawatan di sini mengikut piawaian yang disarankan.

Skin Booster Injection ini merupakan suntikan menggunakan cecair asid hyaluronik yang disuntik ke bahagian muka dan bahagian yang memerlukan.

Pada asasnya, suntikan pelembap bertujuan untuk menjadikan kulit anda kelihatan dan terasa lebih baik tetapi tidak mengubah bentuk atau pergerakan otot wajah anda.

Pelembap suntikan dan penggalak kulit pada amnya adalah larutan berasaskan asid hyaluronik yang disuntikkan ke dalam kulit untuk memperbaiki penampilan kulit di wajah, leher dan tangan anda. Ia memberikan hasil yang optimum kerana kemampuan asid hyaluronik bekerja dari dalam ke luar, membangkitkan sel-sel di dalam 'pusat kuasa' kulit anda untuk menambah, menghidupkan dan meremajakan. 

Asid hyaluronik digunakan kerana ia adalah faktor pelembap semula jadi yang kuat yang terdapat pada kulit, otot dan sendi. 

Keupayaannya menarik 1000 kali beratnya dari dalam air ke dalam kulit menjadikannya ideal untuk mengikat dan mengekalkan molekul air, memberikan pelembapan bawaan terbaik.

Jom tengok video rawatan ni:

Kelebihan Skin Booster 

1. Jadikan kulit lebih segar dengan melicinkan dan melembutkan kulit dari dalam 

2. Memperbaiki tekstur kulit agar kelihatan semula jadi 

3. Mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit 

4. Mengembalikan keseimbangan bendalir (Hidrobalance)

5. Merangsang pengeluaran kolagen 

6. Meningkatkan keanjalan kulit 

7. Memberi fungsi antioksidan 

8. Mempercepat penyembuhan luka 

9. Kurangkan keradangan

Kesan Sampingan Skin Booster

Kesan sampingan Skin Booster hanya bersifat sementara, kadang-kadang selepas suntikan boleh menyebabkan lebam atau kebiruan (hematoma) setelah tindakan tersebut disebabkan oleh pemotongan saluran darah oleh jarum penyuntik. Lebam ini akan hilang dengan sendirinya dalam 3-7 hari.

Hasil positif dapat dilihat selepas seminggu. Untuk mendapatkan hasil yang optimum tentunya rawatan harus seimbang dengan pengaturan makanan iaitu makan makanan dengan nutrien seimbang secara berkala, terutama makanan yang mengandung zat antioksidan tinggi yang berfungsi menjaga kehalusan kulit seperti tomato, juga makan makanan yang diperbuat daripada soya kaya dengan isoflavon yang membantu mengekalkan tahap kolagen dalam badan. 

Minum air secara teratur dengan jumlah yang mencukupi dan senaman teratur juga penting untuk mencegah proses penuaan. Juga disyorkan untuk mengelakkan merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pencemaran, tekanan dan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.

Promosi Ulangtahun ke Empat Dr. Chong Clinic 

Pelbagai hadiah menarik berupa sebuah kerdta Proton Saga dan hadiah sehingga RM100,000 untuk dimenangi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Dr. Chong Clinic. Selain daripada cantik, anda juga boleh menang hadiah menarik ni tau.


Rawatan kat sini selamat dan dijalankan oleh doktor yang bertauliah tau. Qiss pun seronok buat rawatan kat sini. Nak lagi best anda boleh dapat diskaun atas harga normal bila sebut nama "Balqis Athirah" semasa ingin membuat rawatan. Teruja tak?

Untuk anda yang berminat untuk dapatkan rawatan seperti Qiss, boleh kunjungi cawangan Dr. Chong Clinic yang berdekatan. 

Shah Alam Branch (Selangor)

F-33-G, Vista Alam,

Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor.

Telephone: +603-5524 3083

Whatsapp: +6018-471 0988

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,

Taman Usahawan Kepong,

52100 Kuala Lumpur.

Telephone: +603-6179 3157

Whatsapp: +6018-473 8818

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Skudai Branch (Johor Bahru)

49G, Jalan NB2 2/2,

Taman Nusa Bestari 2,

81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

Telephone: +607-559 6110

Whatsapp: +6011-5636 6110

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

Reactions:

18 comments:

  1. saya dah banyak baca tentang suntikan ni. teringin nak buat supaya muka lebih segar dan tak nampak kusam.

    ReplyDelete
  2. wah..menarik la. kalau dapat buat rawatan kulit mcm ni sekali sekala rasa seronok kan. siapa tak suka kalau kulit nampak cantik

    ReplyDelete
  3. ngilu tengok muka qiss kena inject hahaha first time dengar facial treatment ni.

    ReplyDelete
  4. wow Dr. Chong Clinic having such great promotion. Time to check it out and be pamper with the treatments hehe

    ReplyDelete
  5. wah tiba tiba rasa nak pergi pula hehe

    ReplyDelete
  6. Wah.. byk juga cara nak cantikkan kulit.. kesan sampingan nasib baik tak lama.. berbaloi kalau dapat hasil yg memuaskan..

    ReplyDelete
  7. Bagus memang bagus dah cucuk akin booster tapi alaaaaa takutnya kena cucuk dekat muka. Sakit tak?

    ReplyDelete
  8. Wah makin berseri qish. Suka tgk. Sekarang ada promosi menarik. Kena grab ni hehe

    ReplyDelete
  9. Bertambah cun la Qis. Hehehehe. Nampak macam best je. Harga ok tak di Klinik tu?

    ReplyDelete
  10. nampak menarik. nanti ada rezeki boleh ke sini and cuba :)

    ReplyDelete
  11. Waaa nampaklah kesannya selepas rawatan, serta merta yaaa... bagus ni.. boleh cuba ni di Johor..thanks for sharing yaa..

    ReplyDelete
  12. Wahh bertambah seri la lepas ni sis. Ni penting especially kita yang banyak buat appearance dalam social media kan..

    ReplyDelete
  13. Kalau nak cantik memang buat apa saje kan.. Mesti qis bertamabh cntik. Sakit tak ekne cucuk tu.. Hehee.. Tengok muka qis masa kene cucuk kita pulak ngilu

    ReplyDelete
  14. Banyak kebaikan rawatan SBI ni rupanya. Tak susah pulak tu nak dapat kulit cantik. Boleh lah try nanti.

    ReplyDelete
  15. Amboi selepas bersanding makin jadi-jadi buat muka hehehehe orang perempuan suka lah macam ni kan muka makin cantik dan bergaya...

    ReplyDelete
  16. amboiii Qis, sejak dah berkahwin nie rajin betul mencantikkan diri ya. Mesti suami makin sayang 😉

    ReplyDelete
  17. Wahh buat skin booster, bertambah cantik lah qis lepas ni. Promosi ulang tahun tu menarik :)

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com