Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 September 2020

Maria Farida Sentiasa Cantik Dan Bertenaga Dengan LuCOL-S

Assalamualaikum dan hai,

Seperti sedia maklum, penjagaan kesihatan bermula dengan keinginan kita sendiri dan tidak perlu tunggu sakit baru kita nak makan ubat dan sebagainya. Alternatif lain ialah pengambilan suplemen seperti multi vitamin dan sebagainya. Suplemen kesihatan ini merupakan makanan tambahan bagi tubuh badan kita, ada yang efektif secara cepat dan ada yang perlu diambil dalam tempoh masa tertentu barulah nampak kesannya.

Untuk mendapatkan kesetiaan pengguna bagi satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat, pengeluar perlu mengeluarkan produk yang berkualiti demi kebaikan dan kepuasan pengguna dan syarikat itu akan memperoleh kejayaan serta keuntungan. Konsep asas ini dipraktikkan oleh PlantBio Research Sdn Bhd dalam membangunkan siri produk suplemen kesihatan termasuklah LuCOL-S ini.

Pemilihan Datin Seri Maria Farida sebagai Duta LuCOL-S menepati formulasi yang dihasilkan PlantBio Research Sdn Bhd bagi pasaran tempatan. Bertemu sendiri dengan Datin Seri Maria Farida di majlis ini memang Qiss akui kecantikan beliau. Tanpa suntikan botox Datin Seri Maria Farida masih mampu kekalkan kecantikan beliau. Rahsianya ialah LuCOL-S. Haaa anda dah tahu rahsia ni, nanti boleh amalkan ya.

"Kami memilih Datin Seri Maria Farida sebagai Duta bukan kerana sasaran kami untuk pasaran Melayu semata-mata malah Malaysia keseluruhannya. Beliau bukan sahaja cantik tetapi juga seorang yang merendah diri dan yang penting beliau mengambil kolagen ini. 

Sejak mengamalkan suplemen LuCOL-S sejak lebih sebulan lalu, saya melihat perubahan ketara pada wajah dan kulit beliau," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio Research Sdn Bhd, Ooi Thean Nip.

Kebaikan suplemen kesihatan LuCOL-S antaranya ialah:

1. Kulit semakin cerah

2. Kedut berkurangan

3. Menegangkan muka

4. Menegangkan payudara

5. Menguatkan sendi

6. Sakit sendi berkurangan

7. Sentiasa bertenaga dan cergas

Menerusi 3 siri produknya, PlantBio memastikan ia bukan sahaja selamat untuk digunakan malah memberi kesan sebagaimana formula yang dicipta. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio Research Sdn Bhd, Ooi Thean Nip setiap produk yang diformulasikan haruslah menepati standard syarikat dan memberi kebaikan kepada pengguna. 

"Asalnya penghasilan produk ini dilakukan apabila saya melihat keperluan untuk keluarga saya. Kalau kebanyakan syarikat memfokuskan kepada keuntungan komersial, namun saya fokus kepada kebaikan untuk keluarga sebelum melancarkannya kepada umum. 

Misalnya produk DeDelireal Organic Baby Cereal yang saya formulasikan untuk anak perempuan saya, begitu juga PlantBio Omega Plus yang dibuat berdasarkan keperluan ibubapa saya. Malah produk LuCOL dihasilkan untuk keperluan isteri, kakak dan saya sendiri. 

Kami amalkan pengambilan produk itu dan daripada kebaikan tersebut, saya rasakan amat baik untuk saya kongsikan dengan orang ramai. Untuk jadikan amalan harian, saya pastikan suplemen ini betul-betul menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan impaknya jelas," kata Ooi Thean Nip ketika ditemui di majlis pelancaran LuCol-S di Cyberjaya, hari ini. 

Hari ini PlantBio Research Sdn Bhd melancarkan LuCOL generasi kedua selepas yang pertama dilancarkan pada 2015 dan versi 2020 dikenali sebagai LuCOL-S (Special) yang mempunyai formulasi terkini serta lebih baik. 

Formulasi kolagen LuCOL-S atau Lustre Collagen dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari dan menguatkan tulang terutama bagi mereka yang berusia lebih 30 tahun. 

Ooi berkata, walaupun formulasi itu datang daripadanya tetapi LuCOL-S dihasilkan dengan kolaborasi dengan beberapa institusi klinikal bagi proses ujian makmal. 

Menurut Ooi yang sudah mengeluarkan 16 produk, rancangan untuk pelancaran LuCOL-S sepatutnya awal tahun ini tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun produk ini sudah berjaya menembusi pasaran United Kingdom, Ireland, Hong Kong dan China. 

Ooi berkata, beliau sering berpegang kepada kata-kata mentor perniagaannya dalam memformulasi setiap produk baru. Pertama katanya, 'do no harm to our body' dan kedua, 'use organic materials if  not, the most natural'. 

Kata-kata mentor itu dipegangnya dalam PlantBio Research Sdn Bhd menghasilkan produk berkualiti dengan motto ‘Health is our journey, not a destiny'

Qiss pun tak ketinggalan untuk mencuba LuCOL-S ni. Sebelum tidur Qiss pasti minum 1 peket LuCOL-S. Selepas seminggu Qiss rasa lebih bertenaga nak buat kerja rumah dan dapat rasa perbezaan tenaga. Selalunya Qiss akan letih bila terlampau banyak jalan tapi lepas minum LuCOL-S ni Qiss tak rasa penat pun. 

Rasa LuCOL-S ni pun sedap dan tak muak. Tak perlu diet atau pantang apa-apa jenis makanan. Kiranya semua boleh makan. Menurut Datin Seri Maria Farida, beliau turun berat badan selepas mengamalkan LuCOL-S ni. "Saya turun 5 kilogram tau! Selain mengamalkan LuCOL-S saya biasanya saya tidak makan makanan berat selepas jam 7 petang," katanya yang sentiasa gembira dan tak lokek dengan senyuman.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, layari:

https://www.facebook.com/lucols.official

https://www.instagram.com/lucols.official



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com