Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 October 2020

Filem Puteri Gunung Sengkuang Terbitan HSF Production Beri Peluang Kepada Pelakon Veteran Ke Layar Perak

Assalamualaikum dan hai,

Artis veteran sinonim dengan lakonan yang hebat. Tidak seperti di negara luar, artis veteran di Malaysia sering dilupakan apabila artis baru muncul. Sedangkan bakat mereka sepatutnya dihargai dan diberi pengiktirafan. Qiss sendiri membesar dengan lakonan mereka ini. 

Majlis pelancaran HSF Production 
-gambar dari Megatreview

Sehubungan dengan itu, MY Asia Empire telah melancarkan sebuah produksi filem dan drama HSF Production (M) Sdn. Bhd. MY Asia Empire adalah sebuah syarikat rakaman yang lebih dikenali dengan nama Asia Empire Records. Sehingga kini Asia Empire Records telah melahirkan beberapa orang artis naungan selaku penerbit dan edaran. Asia Empire Records turut mempunyai studio rakaman yang menjadi nadi utama penggerak karya-karya artis naungan mereka secara bebas. Selain itu, Asia Empire Records turut terlibat dalam hal pengurusan artis, promosi dan sebagainya.

Setelah beberapa tahun bertapak di dalam industri muzik, Asia Empire Records kini tampil bergabung bersama Encik Haniff Khan serta Puan Rusilawati atau lebih dikenali sebagai Kak Shila Mambo iaitu salah seorang pelakon serta penulis skrip yang tidak asing lagu di dalam dunia perfileman dan drama di Malaysia. Gabungan ini bertujuan untuk melangkah setapak lagi ke dunia perfileman dan drama dengan menubuhkan sebuah produksi filem iaitu HSF Production (M) Sdn. Bhd.


Home Screen Film atau HSF Production (M) Sdn. Bhd. telah melantik Puan Rusilawati atau Shila Mambo sebagai pengarah pengurusan filem dan drama.

Pada majlis pelancaran HSF Production (M) Sdn. Bhd. turut diperkenalkan satu filem yang akan menemui penonton hasil karya dari HSF Production (M) Sdn. Bhd. Terujanya bila 80 peratus barisan artis untuk filem ini adalah dari kalangan pelakon veteran manakala lagi 20 peratus dari kalangan artis baru yang berbakat sebagai pelakon. Judul filem tersebut ialah Puteri Gunung Sengkuang yang memaparkan nasib para Hang-Hang untuk menjayakan hasrat Puteri Gunung Sengkuang tersebut.


Shila Mambo berharap dengan pengenalan filem ini, beliau akan dapat menghasilkan karya terbaru sama ada dalam bentuk filem, drama ataupun telemovie.

Dengan ini,  HSF Production (M) Sdn. Bhd. akan melahirkan filem dan drama untuk memberi impak kepada industri seterusnya bersaing secara sihat untuk memartabatkan industri filem dan drama Malaysia. 

HSF Production (M) Sdn. Bhd. dengan ini memperluaskan lagi peluang kepada pengkarya, penulis skrip serta pelakon sedia ada mahupun pelakon baru untuk turut sama memeriahkan lagi industri filem di Malaysia. Pada masa yang sama juga, peluang turut diberikan kepada pengkarya muzik bagi menghasilkan runut bunyi filem dan drama yang bakal ditayangkan nanti.

Dengan wujudnya HSF Production (M) Sdn. Bhd. lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka bagi memastikan filem dihasilkan dalam tempoh yang pendek berikutan kes Covid-19 masih ada. Antara peluang yang ada ialah krew belakang tabir, penulis skrip, penulis lagu, team produksi dan banyak lagi.

HSF Production (M) Sdn. Bhd. akan memberikan satu saingan secara meluas untuk bersama mengangkat industri perfileman Malaysia ke peringkat lebih tinggi dengan memberikan sesuatu yang segar untuk tontonan umum di layar perak. Nantikan kemunculan filem, drama, telemovie dan sebagainya dari HSF Production (M) Sdn. Bhd.

1 comment:

  1. Semestinya tiada yang lama, tiadalah yang baru. Memang wajar diangkat semula artis-artis veteran ini ke layar perak. Dan perlu dicontohi baik budinya, penglaman & cara kerjanya untuk generasi akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com