Assalamualaikum dan hai,
Sebelum ni pernah tak anda ke stor Guardian yang berdekatan untuk membeli barangan kecantikan mahupun ubat-ubatan atau keperluan perjalanan anda?
Mesti anda teruja bila tahu stor utama Guardian Malaysia di Suria KLCC telah diberi wajah baru bagi mengukuhkan lagi posisinya sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan nombor satu di kota ini. Haaa teruja kan?
Diubahsuai dan dilancarkan untuk sambutan ulang tahun ke-53 Guardian di Malaysia, Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty, Asia Tenggara berkata:
“Stor Guardian Suria KLCC adalah sangat istimewa. Ia merupakan stor utama Guardian Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di pusat membeli-belah bertaraf dunia itu sejak 1998. Ia telah membangun menjadi stor nombor SATU kami dari segi jualan dan juga merupakan stor terbesar dalam rangkaian stor kami dan menetapkan standard stor Guardian di seluruh negara.”
Tambah beliau:
“Stor konsep baru ini mencerminkan sasaran Guardian untuk terus berkembang melangkaui jangkaan pelanggan. Sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia telah memberi respon pantas kepada perubahan dengan tawaran ‘Nilai Terbaik’ setiap hari untuk barangan keperluan harian pelanggan kami dan membawakan trend Kecantikan & Jenama yang terkini dari seluruh dunia.”
Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan amalan-amalan terbaik dalam industri peruncitan; menghubungkan pelanggan kami dengan produk dan membantu mereka memilih produk yang tepat dengan nilai yang hebat, sama ada ia barangan farmasi, kesihatan atau kecantikan.”
“Segar dan menarik, para pelanggan kami akan teruja apabila mendapati kebanyakan perubahan yang dilakukan pada stor adalah berdasarkan maklum balas yang mereka berikan. Sama pentingnya, produk yang ditawarkan juga dipilih dengan teliti agar menepati keperluan membeli-belah pelanggan,” jelas Soren.
Pelbagai usaha telah dilakukan dalam pengubahsuaian pengalaman membeli-belah agar Guardian Suria KLCC sentiasa kekal sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan utama.Mengetuai lawatan di stor itu, Mr. Lauridsen berkata:
“Bermula dengan logo oren khas kami, persekitaran stor kami adalah cerminan tenaga yang lahir daripada kecantikan sihat. Semua kemasan dan lekapan telah direkabentuk untuk meningkatkan keterlihatan produk dan memberikan suasana membeli-belah yang lebih selesa, sama ada ia bahagian Korea atau Jepun. Setiap sudut padat dengan ciri menarik yang pasti membuat pelanggan teruja.”
Antaranya ialah:
- Teknologi umur kulit Eucerin iaitu DermaAnalyser yang membantu pelanggan memahami kulit mereka dengan lebih baik
- Stor Maybelline - dipasang dengan Augmented Reality Filter yang menampilkan solekan maya dan alat solek dalam talian untuk membantu pelanggan mencari produk solekan terbaik.
- Bahagian khas untuk produk penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan rambut Korea dan Jepun.
- Dinding Kundal yang mempamerkan jenama penjagaan rambut terkemuka Korea yang hanya boleh didapati di Guardian.
- Perkhidmatan farmasi tersedia 7 hari seminggu di stor ini menawarkan perhatian penuh kepada pelanggan - terutamanya untuk tujuan pengisian ubat, pemeriksaan dan perundingan kesihatan
- Bahagian Penjagaan Kesihatan yang diperluas merangkumi ruang khas untuk produk diabetes, mendidik pelanggan mengenai rancangan diet dan tip-tip pencegahan.
- Rangkaian produk Own Brand Guardian yang pelbagai menawarkan kualiti dan nilai wang akan turut dipamerkan dengan jelas.
Bagi meraikan pencapaian ini dan Ulang Tahun ke-53 Guardian, Guardian Malaysia akan melancarkan peraduan Sambutan Ulangtahun Fit & Fab. Banyak hadiah hebat menanti para pelanggan yang menyertai Cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang mana akan berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November. Hadiah-hadiah termasuk sebuah iPhone 11 Pro Max untuk pemenang utama, pengering rambut Dyson Supersonic untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Video Paling Comel dan 8 hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang.
Selain itu, di stor-stor terpilih dan dalam masa tertentu, setiap pelanggan pertama yang berbelanja minimum sebanyak RM53, akan menerima Kotak Hadiah Ulang Tahun Guardian bernilai RM153. Kotak-kotak ini mengandungi kejutan istimewa daripada penaja-penaja yang terlibat, BioEssence, L’oreal, Maybelline, Pantene, Sunsilk, Canmake dan Catrice. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Guardian Malaysia.
Mr Lauridsen berkata:
“Selain membuka beberapa stor konsep lagi di kawasan-kawasan utama, untuk memberi pelanggan akses yang lebih baik kepada rangkaian produk berkualiti yang komprehensif dengan harga yang kompetitif, kami telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Korea, Jepun, Malaysia dan jenama-jenama antarabangsa lain agar permintaan pelanggan untuk barangan kecantikan sihat berkualiti dapat dipenuhi,” jelas beliau.
Jangan lepaskan peluang menarik ni sebab anda akan dapat promosi yang hebat sempena ulangtahun Guardian ke 53 ini. Sertai juga Giveaway dan Siaran Langsung Guardian di Facebook dan Instagram untuk topik menarik mengenai kecantikan.
0 comments:
Post a Comment