Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 October 2020

Raikan Deepavali Dengan Menu Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan hai,

Malam ni nak balik kampung jadi waktu siang sibuk nak mengemas barang. Tengah lipat baju nak masuk beg perut pun berbunyi. Alahai. Perut minta makanan..hahahha

Jadi nak order makan je hari ni. Rasa nak makan nasi ayam dan The Chicken Rice Shop pilihan Qiss. Nak cuba Flaming Koli sebab ramai dah cuba dan katanya sedap.

Hidangan Flaming Koli ini diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia. Kalau anda dah cuba sekali, pasti nak lagi! Haaa teruja tak nak cuba.

Walaupun nampak macam pedas gitu tapi tak pedas sangat. Bagi orang yang tak makan pedas macam Qiss boleh je makan. Mesti anda suka part ni kan. Qiss tahu ramai je yang suka cuba menu baru macam Qiss tapi takut kalau rasa pedas sangat kan. So Qiss dah cuba set Flaming Koli ni, memang sesuai untuk anda semua lah.

Haaa tengok gambar ayam tu. Menarik untuk dicuba kan. Bestnya ayam tu rangup dan saiz setiap hidangan juga besar. Untuk satu set ni dapat 2 ketul ayam tau. Puas hati makan.

Terdapat menu ala carte, hidangan untuk seorang, dua orang dan 4 orang. Macam Qiss pilih hidangan untuk 4 orang tapi makan kat rumah ajelah.



Lebih meriah menu lebih sedap makan berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan. “Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua,” ujar June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd.





Bagi Qiss, The Chicken Rice Shop berjaya mengetengahkan menu masakan India dengan campuran rempah ratus sehingga terhasilnya Flaming Koli ni. Sedap tau. Promosi ini pula boleh didapati di semua outlet The Chicken Rice Shop dari 21 September 2020  hingga 15 November 2020.

Qiss nak makan lagi sekali nanti. Bawa family makan kat outlet pula. Anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu ini yang lain daripada yang lain di Restoran The Chicken Rice Shop yang berdekatan. Ajak kawan-kawan dan keluarga sekali. Jangan lupa patuhi SOP juga ya.

#TheChickenRiceShop

#TCRS

#FlamingKoli

#DeepavaliTCRS

Reactions:

1 comment:

  1. nampak sayur bendi dia mengancam pulak tengok. mana tau boleh cuba bila keluar nanti

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com