Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

09 October 2020

King Kaffe Kopi Untuk Lelaki Keluaran NUFIYA

Produk keempat Nufiya Empire Sdn. Bhd, 

5000 set telah terjual

King Kaffe iaitu produk baharu keluaran Nufiya Empire Sdn Bhd dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd. yang juga merupakan Pengasas, Yaya Suhaimi. Majlis pelancaran itu telah diadakan di Port Dickson. 

King Kaffe dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki.

Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini mempunyai sijil pengkelasan makanan dan dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP. 

Produk ini juga lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP. Antara kelebihan King Kaffe adalah dihasilkan untuk membantu masalah dalaman lelaki dan meningkatkan tenaga.

Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan hari ini, tetapi sebanyak 5000 set telah terjual, dimana pembeli telah membuat pembelian lebih awal. Sama-sama kita doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna.

Dalam pada itu, Yaya Suhaimi turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya

“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.

Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 jualan sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi surirumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelasnya.

Sempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd turut mengambil kesempatan untuk menghargai team yang hadir dan akan menyerahkan penghargaan khas buat mereka seperti hadiah, trofi, dan juga sijil penghargaan. 

Majlis bertemakan Glitter and Glamour  ini akan dihadiri seramai 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan avangersnufiya.

Majlis pelancaran ini menampilkan Najib Assaddok dan isteri sebagai tetamu khas.

Bertanya kepada Yaya Suhaimi bagaimana tercetus idea untuk menghasilkan King Kaffe, Yaya menjawab "King Kaffe dikeluarkan setelah ramai para isteri mengatakan bahawa suami juga ingin merasakan kopi sedap dari NUFIYA  seperti Ladyes Coafee. Ramai juga para suami yang meminta untuk NUFIYA keluarkan minuman pracampuran khas untuk dalaman lelaki bagi membantu  menyelesaikan masalah lelaki yang mengalami masalah cepat letih. Maka dari situ terhasillah King Kaffe ini.

Pengalaman paling getir pada tahun 2019 dimana kita berjalan tanpa arah tuju, belum jelas dengan matlamat yang nak dicapai, sampaikan jualan mula tersangkut. Kita juda ada masalah dengan pengurusan stok, team in house berhenti kerja 24jam dan dalam keadaan berpantang saya kena uruskan semua sendirian. 

Bila buat bisnes tanpa ilmu itu membuatkan kita banyak melakukan kesilapan. Agent stokis satu per satu tinggalkan NUFIYA. Jualan 6 angka tetapi salah costing sehingga membuatkan cashflow tercekik.

Alhamdulillah pengalaman paling manis mula muncul satu per satu pada tahun 2020 ni . Yaya kembali untuk menuntut ilmu bersama sifu Najib Asaddok, Alhamdulillah Allah gantikan dengan in house team yang memahami dan ringan tulang," katanya lagi.

Harapan Yaya Suhaimi 

NUFIYA juga terpilih utk memenangi Global Halal Excellence Award 2020, terpilih dalam jenama pilihan Pa&Ma 2020 dan Nona Superwoman 2020. Bukan itu saja, NUFIYA juga bekerjasama bersama hospital yang besar. Jualan NUFIYA mula meningkat dan pecah rekod iaitu RM 2.6 juta setakat bulan Ogos.

Pencapaian NUFIYA EMPIRE SDN BHD setakat sekarang sudah melahirkan 5 orang kapten yang asalnya seorang suri rumah yang tiada pendapatan tetapi kini mampu memecah rekod jualan 6 angka hingga ke 7 angka dan jumlah kesemua ejen dan dropship yang bersama NUFIYA ialah seramai 2500 orang. 

"Harapan Yaya untuk tahun 2020 adalah untuk mencapai jualan sebanyak RM4 juta dan melahirkan 5000 orang suri rumah dan wanita diluar sana untuk bangkit berjaya miliki pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka sebulan dan dapat membantu lebih ramai ibu menyusu simanja sehingga 2 tahun," kata Yaya Suhaimi.

Kelebihan join ejen atau stokis NUFIYA

Dengan sertai NUFIYA, kelebihan jadi avengersnufiya bukan saja mudah untuk menambah pendapatan, tetapi NUFIYA ada tawarkan insentif kelahiran dan kematian untuk avengersnufiya. Setiap RM1 boleh ditukar kepada 1 mata. Boleh kumpul mata dan tebus ganjaran tanpa target setiap bulan. Jadi bermula dari dropship, cepat atau lambat masih boleh merasai ganjaran dari HQ. NUFIYA juga menaja avengersnufiya pergi ke Langkawi secara percuma. Hadiah cabutan misteri juga diberikan setiap bulan. Untung jadi avengersnufiya ni kan.

Bagi sesiapa yang nak keluar dari kehidupan yang kerap meminjam wang, NUFIYA ingin membantu. Walaupun bermula dengan dropship tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi seorang jutawan. Kerana saya dulunya juga seorang dropship dan surirumah. Begitu juga Kapten NUFIYA yang mana bermula dari dropship.

Majlis pelancaran yang disambut meriah itu diadakan di Port Dickson dimulakan dengan seminar, aktiviti riadah dan seterusnya diakhiri dengan majlis pelancaran King Kaffe ini.

Majlis pelancaran ini telah dianjurkan oleh newsfeedmalaysia, sebuah syarikat pengiklanan yang menyediakan pelbagai kemudahan pengiklanan, marketing dan branding termasuklah majalah, surat khabar, radio, televisyen.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com