Assalamualaikum dan hai,
Lama betul Qiss tak keluar membeli-belah. Kalau ada pun hujung minggu je. Qiss selalunya akan tunggu masa SALE macam SALE LULU SUPER FRIDAY kat Lulu Hypermarket ni. Puas hati rasa nak membeli barangan. Banyak pula promosi. Tambah dengan minggu gaji, memang berbaloi la shopping kan!
Bermula 23 November sehingga 5 Disember 2021
Kempen Lulu Super Friday berlangsung dari 23 November sehingga 5 Disember 2021. Banyak barangan ditawarkan pada harga menarik macam perkakas elektrik dan elektronik.
Lulu Super Friday bermula dari 23 November hingga 5 Disember 2021 |
Qiss pun sempat la beli beberapa barang perkakas elektrik sebab masuk rumah kosong masa kahwin dulu kan.
Qiss sempatlah beli pengadun kek dan beberapa barang keperluan rumah. Lega dapat harga mengikut bajet.
Antara 4 sebab anda kena shopping masa #lulusuperfriday ialah :
1. Semua barang promosi terpilih ada POTONGAN HARGA SEHINGGA 70%. Memang berbaloi kalau nak beli peti ais baru, televisyen baru ataupun mesin basuh.
Lebih jimat kalau beli barang elektrik dan elektronik dekat Lulu Hypermarket sekarang tau. Promosi semua best-best harga pun berbaloi sangat.
2. Penghantaran PERCUMA
Ya betul. Dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas dari stor online http://luluhypermarket.com anda layak mendapat penghantaran percuma terus ke rumah anda.
Jadi tak perlu susah-susah nak bersiap dan keluar rumah. Amacam? Best kan.
3. Potongan Harga Separuh
Sementara itu, di bahagian fesyen, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar sekiranya anda membuat pembelian bernilai RM100, anda akan dapat RM50 Baucar Membeli-belah. Berbaloi sangat kan. Qiss rambang mata nak pilih handbag ni. Banyak yang cantik-cantik.
Bahagian sari dan churidar pun menarik juga. Banyak kain sari yang cantik dan pelbagai rekaan churidar ada dekat Lulu ni tau.
Bahagian beg tangan wanita ni menarik perhatian sungguh. Harga pun menarik. Boleh pujuk suami Qiss belikan ni. Yelah, kalau beli 2 beg dah seratus lebih. Dapat pula baucar RM50. Ehemmm seronok ada banyak beg tangan raya tahun depan.
4. Kempen Beli Barangan Malaysia
Bagi menyokong sektor IKS, Lulu Hypermarket memberi potongan harga menarik untuk Barangan Buatan Malaysia tau.
Jom kita sokong usaha ini dengan membeli produk-produk keluaran IKS kita.
Ingat tau, promosi #lulusuperfriday ni tak lama, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah barangan keperluan rumah dan produk makanan di Lulu Hypermarket berdekatan anda. Sekarang ada 4 cawangan iaitu Lulu Hypermarket Capsquare, Kuala Lumpur, Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall, Lulu Hypermarket Setia City Mall dan Lulu Grocer di Amerin Mall.
#lulusuperfriday #LuLuCapsquareKL #LuLu1Shamelin #LuLuSetiaCityMall #JomKeLuLu
0 comments:
Post a Comment