Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 November 2021

Lakukan Saringan Awal Kanser | New Normal, Same Cancer

Assalamualaikum dan hai, 

Pejam celik dah dekat 2 tahun hidup dalam zaman pandemik covid-19.  Semua orang takut akan virus ni sehingga mengabaikan penyakit merbahaya yang lain seperti kanser.  

Akibat dilanda pendemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal dan ini akan menyebabkan peningkatan risiko kanser tahap 4 dan 5 lagi sukar dirawat. Statistik menunjukkan penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA.

Kempen 'New Normal, Same Cancer' Galakkan Orang Ramai Melakukan Saringan Awal Penyakit Kanser

Orang ramai seakan melupakan penyakit kanser ini dan tidak membuat pemeriksaan sendiri mahupun ke hospital biarpun ada gejala awal penyakit kanser.

KEMPEN 'NEW NORMAL, SAME CANCER' DILANCARKAN SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER

Kanser sememangnya tidak akan berhenti untuk COVID-19. Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen 'New Normal, Same Cancer' dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal menjalani pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.

Dari kiri: Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia, Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM dan Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM

Kempen ini dilancarkan sempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat dan telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, bersama Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, dan Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia.

Punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia ialah penyakit kanser namun sejak pandemik Covid-19, masyarakat seakan melupakan penyakit ini. Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, . Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.

Ms. Selvarani A/P Krishnan, bekas pesakit kanser berkongsi pengalaman menjalani rawatan kanser semasa pandemik Covid-19.

Dengan penurunan drastik dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat. Selain daripada pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen, 'New Normal, Same Cancer' bertujuan menggalakkan para pesakit untuk kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini dengan menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini. 

"COVID-19 boleh meragut nyawa, begitu juga kanser. Sejak satu setengah tahun yang lalu, penjagaan kanser mungkin tidak diutamakan kerana sistem penjagaan kesihatan kita telah menghadapi jumlah kes COVID-19 yang tinggi. Kanser adalah pembunuh senyap dan tanpa disedari ramai, penyakit ini mungkin sudah pun menjejaskan kesihatan mereka. Sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, kita tidak boleh lagi mengabaikan masalah yang besar ini. Diagnosis kanser yang lewat akan merendahkan peluang hidup dan meningkatkan kos rawatan dan penjagaan. Kita perlu mempertingkatkan kepentingan pengesanan awal, dan masa untuk kita bertindak adalah sekarang,” kata Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Gimik pelancaran 'New Normal, Same Cancer'

Menurut Dato’ Dr. Saunthari, kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

“Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4. Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser. Ini langsung mengakibatkan lebih banyak diagnosis dibuat pada peringkat lanjut,” kata Dr. Anand Sachithanandan.

“Kami memahami keengganan orang ramai untuk datang menjalani pemeriksaan kanser semasa pandemik. Atas sebab ini, LCNM berbesar hati untuk memainkan peranan dalam kempen ini demi meningkatkan kesedaran bahawa saringan kanser paru-paru untuk individu yang berisiko boleh dilakukan dengan selamat dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Matlamat kami adalah untuk mencapai peralihan peringkat dan mengesan lebih banyak penyakit pada peringkat awal yang boleh dirawat dengan lebih berkesan,” jelas Dr. Anand.

“Di AstraZeneca, kami komited untuk melampaui pil dengan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan hasil rawatan. Aspek ini termasuk pendidikan dan kerjasama awam-swasta untuk memacu diagnosis awal bagi pencegahan kanser. Kempen ‘New Normal, Same Cancer’ ini merupakan inisiatif global sejak 2020 dimana kami telah bekerjasama dengan organisasi profesional dari beberapa negara untuk membawa pesakit kanser kembali ke penjagaan kesihatan,” kata Dr Sanjeev.

“Kerjasama dengan NCSM dan LCNM membantu memastikan kemajuan dicapai dalam rawatan kanser untuk memastikan kelangsungan hidup. Selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik, kami berhasrat untuk memberi inspirasi untuk melakukan tindakan awal, menggalakkan orang ramai untuk menghubungi doktor mereka jika mereka mempunyai sebarang tanda atau gejala kanser,” kata Dr. Sanjeev lagi. 

Cara Tempahan Saringan

✅ Layari: www.newnormalsamecancer.org

✅ Pilih hospital terdekat anda dalam senarai hospital dibawah.

✅ Muat turun baucar yang berkenaan.

Senarai hospital yang mengambil bahagian:

Bagan Specialist Centre

Beacon Hospital

Borneo Medical Centre

Darul Makmur Medical Centre

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

KPJ Puteri Specialist Hospital

Mahkota Medical Centre

National Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening Clinic

Nilai Medical Centre

Pantai Hospital Ayer Keroh

Pantai Hospital Kuala Lumpur

Penang Adventist Hospital

Putra Medical Centre Alor Setar

Putra Specialist Hospital Melaka

SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

Sri Kota Specialist Medical Centre

Subang Jaya Medical Centre

Sunway Medical Centre

Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan, jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.

Kanser tidak menunggu, anda pun jangan tertunggu-tunggu. Bertindak sekarang. Hubungi doktor anda. Dapatkan pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila rujuk: www.newnormalsamecancer.org 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com