Menampilkan lebih 60 jenama dengan lebih 7,000 produk yang mewakili trend kecantikan global terkini
Sesuai dengan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.
Guardian Beauty Around The World 2021 kini kembali sehingga 23 November 2021 |
Lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen ini menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekaligus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan tekonologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.
Pengalaman menarik menyertai majlis pelancaran Guardian Beauty Around The World 2021 secara virtual
Qiss berpeluang mengikuti majlis pelancaran ini dan lebih banyak dapat informasi menarik berkenaan promosi Guardian Beauty Around The World 2021.
Qiss suka bila dapat melihat suasana institut penyelidikan untuk produk Safi. Lepas ni memang yakin la nak guna produk Safi.
Untuk produk Canmake iaitu Marshmallow Finish Powder dari Jepun pula, rupanya boleh digunakan sepanjang hari untuk menutup cela liang pori dan jerawat.
Memang seronok bila dapat banyak pengetahuan tentang produk yang selalu Qiss pakai.
Kempen selama sebulan tahun ini yang akan berlangsung dari sekarang sehingga 23 November akan memberi tumpuan kepada tema-tema berikut:
▪ Timur Bertemu Barat (East Meets West)
o Solekan harian semulajadi orang Jepun
o Seri bak embunan Korea
o Solekan gaya barat terkini
▪ Serlahkan Kecantikan dan Kedamaian
o Mengapa anda memerlukan penjagaan yang wajar untuk kesejahteraan anda
▪ Minda, Badan & Jiwa
o Dapatkan produk-produk terbaik untuk meningkatkan kebersihan mulut, rambut dan badan anda
▪ Segala keperluan kecergasan anda
o Selain daripada bersenam secara rutin, pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesejahteraan anda. Terokai apa yang anda perlukan untuk gaya hidup yang aktif.
“Kami menghargai kepercayaan pelanggan kami dalam memastikan bahawa kami membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat, maka kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama yang paling memberi impak.
Guardian BATW21 |
Sebagai contoh, kami mempunyai jenama dari Jerman yang mewakili teknologi penjagaan kulit terkini dalam mencegah penuaan kulit pra-matang, jenama dari Amerika Syarikat yang menyediakan penyelesaian penjagaan rambut dirumah terbaik, penjagaan kulit dengan Vitamin C yang terbaru dari Perancis - satu trend yang popular sekarang, teknologi topeng muka terkini dari jenama topeng muka nombor satu Korea dan banyak lagi.
Selain daripada rangkaian luas jenama dan produk yang ditawarkan, diskaun sehingga 50% akan ditawarkan sepanjang tempoh ini untuk pilihan jenama kecantikan terkemuka, termasuk produk kecantikan semulajadi terbaik dan jenama-jenama termasuk beberapa jenama tempatan dan banyak lagi promosi lain.
Sorotan lain dari Guardian Beauty Around The World adalah;
· Syampu Kundal baru dan eksklusif dengan kantung comel dan bergaya BT21 PERCUMA dengan syampu
· Rangkaian BARU Nivea Vitamin Nutrients dan Skin Foods dan peraduan Beli & Menang dengan dua Hadiah Utama berupa pengering rambut berjenama bernilai RM1,899.00
· Cintai Alam Sekitar dengan mendapatkan Beg Mesra Alam Guardian hanya dengan RM1
· Peraduan Guardian x MyDebit Shop Wave & Menang dengan hadiah bernilai RM520,000 untuk dimenangi termasuk Hadiah Utama sebuah kerusi urut OGAWA Smart Jazz Urban dan 15 Kepingan Emas bernilai RM10,000 setiap satu.
“Kami percaya pelanggan kami tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli malah menyimpan stok produk kecantikan terkini dan barangan keperluan harian. Ini adalah peluang yang TIDAK PATUT DILEPASKAN. Tambahan pula, Guardian sentiasa memberikan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terhebat,” akhiri Angela.
Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda pada potongan harga menakjubkan sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.
Memang rambang mata kalau masuk guardian!
ReplyDelete