Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 March 2022

Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 | Sajian Nostalgia Kampungku

Bermula dari 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ bagi menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi.

Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada tahun ini kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.

Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan, selain ianya dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung yang datang.







Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bagi Bufet Ramadan tahun ini, kami menawarkan harga istimewa ‘EARLY BIRD’ bermula hari ini sehingga 25hb Mac 2022 dan dengan harga seperti berikut :

Promosi early bird Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022

Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 4 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-5 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tiket tambahan ke tarikan terbaharu iaitu TOWER WALK 100 pula adalah pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. 

Pembersihan secara berkala telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / Facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl / Twitter @menara_kl / Tiktok @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com