Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 March 2022

Outlet Ketiga Wirdora Kini Di IOI City Mall Putrajaya

Aksesori seperti kerongsang, peniti tudung, shawl dan butang baju Melayu menjadi pelengkap gaya masa kini. Siapa tak kenal dengan jenama Wirdora. Wirdora merupakan salah satu pengeluar aksesori ini dengan rekaan yang menarik dan ekslusif buat semua penggemar aksesorinya.

Cantik outlet Wirdora kat IOI City Mall Putrajaya ni

Kini Wirdora melebarkan sayapnya dengan pembukaan outlet ketiganya di IOI Mall Putrajaya; sekaligus menjadikan outletnya ini yang terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi. Dalam hanya masa setahun, Wirdora berjaya membuka tiga cawangan iaitu di KLCC, KL East Mall dan terbaru sekali di IOl City Mall, Putrajaya selain memiliki Ibu Pejabat (HQ) di Ampang Jaya, Selangor.

Menurut pengasasnya, Wirdalina Tauhed, outlet di sini antara yang menjadi sasaran kerana lokasinya yang strategik dan tumpuan pelanggan. Terletak di Level 1 unit 74, outlet Wirdora ini berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk yang mengetengahkan eleman eksklusif dan premium. 

Perasmian outlet ketiga Wirdora diadakan baru-baru ini

“Pembukaan outlet Wirdora di IOl City Mall Putrajaya sememangnya dalam perancangan kami untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara. Pada tahun ini, saya dan suami nekad untuk membuka outlet di sini kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan untuk mengadakan butik fizikal sekitar sini. 

“Kebanyakan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti aksesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka, tertubuhlah Wirdora di sini. 

Antara koleksi Wirdora


Memiliki suasana outlet yang kemas dan selesa, outlet Wirdora ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga RM10 hinggalah RM500. Seleksi rangkaian di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam lagi. 





Sempena pembukaan outlet ini, Wirdora turut menawarkan pelbagai promosi termasuklah potongan diskaun dan hadiah menarik buat pelanggannya. Boleh membeli-belah aksesori untuk raya nanti.

Wirdora telah ditubuhkan pada Mei 2017 di bawah pengasasnya iaitu Wirdalina Tauhed dan kini diusahakan bersama suaminya, Khairool Anwar Laksama. Minat beliau yang mendalam dalam bidang bisnes dan fesyen maka tertubuhnya Wirdora yang menawarkan pelbagai jenis aksesori fesyen muslimah terutamanya kerongsang dan peniti tudung bagi wanita yang mementingkan penampilan bergaya,eksklusif dan mewah. 

Selain menjual aksesori hijab, Wirdora turut memperkenalkan rangkaian lain termasuklah tudung, butang baju melayu, pelitup muka, stokin lengan, dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web kami www.wirdora.com atau sertai kami sebagai stokis, ejen atau dropship dengan menghubungi di talian 018-2724897.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com