KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun membina jenama dan pengaruh, Syarikat PS Food & Beverage Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi dengan menyertai industri Biopharmarcy atau Nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.
Produk dihadirkan dengan dua jenis pilihan, Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu turut menyaksikan syarikat berkenaan bekerjasama dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr Redza Rahman.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga pengasas kepada produk minuman Origina, Fatin Diana Mohd Zain berkata, perancangan dua produk itu seiring situasi semasa dunia dan negara 'bertempur' dengan wabak pandemik COVID-19 dengan pelbagai varian.
"Perancangan menghasilkan dua produk ini sejak setahun lalu. Kami tergerak menghasilkan produk ini lebih -lebih lagi dengan penularan wabak itu dan menjadi ikhtiar untuk membantu mereka yang pernah terkena. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran. Kami mahu menjadi asbab kebaikan kepada orang lain.
"Hampir 3.5 Juta rakyat Malaysia sudah berada di pasca COVID-19 dan ini bermakna purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak itu," katanya.
Hingga kini ramai di kalangan ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan bahkan pekerja syarikat mereka sendiri merupakan bekas pesakit COVID-19.
"Mereka ada yang masih mengalami simptom seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kebimbangan melebihi tempoh empt ke 12 minggu.
"Ia semua disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu. Ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19 yang dikenali sebagai 'Long COVID' juga membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh, terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).
"Lalu diharap kehadiran produk baharu ini dilihat sebagai ikhtiar atau alternatif untuk kita terus mendapatkan perlindungan.
Produk ini juga menjadi penanda aras untuk kami tidak statik dan terus berada di zon selesa," katanya.
Kata Fatin Diana lagi, syarikat milik keluarganya itu juga menjadi perintis di Malaysia kepada produk minuman di dalam pouches atau pek kantung.
"Sehingga kini kami sudah ada 11 rangkaian produk. Ia termasuklah jenama Origina dan BioWonders. Malah dalam tempoh kurang setahun, hampir 4 juta 'pouches' dihasilkan untuk jualan.
Rangkaian produk BioWonders |
"Tahun ini, kami mensasarkan lebih RM50 juta sasaran jualan dalam tempoh setahun. Sebelum ini 40 peratus daripada keuntungan datang daripada hasil jualan rangkaian produk Origina.
"Malah kami sebelum ini juga menghasilkan Origina Vitamin C 1000mg berasaskan jus asli. Minuman itu berjaya membantu lebih 2 juta orang di Malaysia dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan. Minuman itu juga diedarkan di lebih 20,000 outlets seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara," katanya.
Buat permulaan dan harga pengenalan produk minuman BioWonders dijual secara sachet dengan harga istimewa.
"Ada 15 sachet x 15gram dalam setiap kotak atau perisa. Ia dijual dengan harga RM80. Harga asal RM100. Kami juga jual dalam edisi pek kombo dua jenis minuman iaitu 'Mighty Immunity' dan 'Inflamma-Care' itu pada harga RM160 (harga asal RM200.
'Mighty Immunity' lebih fokus kepada membantu untuk meningkatkan kekebalan tubuh kita. 'Inflamma-Care' untuk memulihkan atau mengurangkan keradangan akibat jangkitan wabak tersebut. Setiap produk ini mengandungi gabungan tujuh bahan bioaktif yang asli jika mengikut harga di pasaran vitamin ini boleh mencecah RM 1,000 lebih.
"Namun, BioWonders ingin memastikan ramai orang boleh mendapat manfaat dan mampu untuk mengubah tahap kesihatan mereka," katanya.
Jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen.
"Daripada situ kami rekrut 'dropship' dan stokis untuk sama sama menjana pendapatan dan sebarkan manfaat. Tekan pautan https://biowonders.com.my/ untuk lebih lanjut," katanya.
Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya, Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina sebelum ini, Farah Dianalah yang menjadi nadi penggerak.
Fatin Diana bersama keluarganya dan Remy Ishak ketika Origina diiktiraf The Brandlaureate World Halal Bestbrands Awards beberapa tahun lalu |
Remy Ishak pernah bergelar duta minuman Origina diusahakan Fatin Diana |
Kata graduan Sarjana Muda bidang perniagaan pengkhususan dalam pengurusan serta pemasaran dari Universiti Monash di Melbourne, Australia ini sejak kecil lagi dia sudah mula terdedah dengan terma niaga.
Selepas Origina, Fatin Diana Mohd Zain melancarkan produk minuman siri endemik BioWonders |
"Ketika jenama Origina belum terkenal sekitar tahun 2016 lagi, saya sudah bergelar promoter di karnival Jom Heboh, pasar raya dan sekolah. Masa itu saya berusia 22 tahun. Saya sudah terbiasa turun padang mempromosikannya.
"Malah ketika itu, tanpa pasukan kerja yang kuat, saya beri idea kepada ayah supaya jenama itu tembus ke sekolah di Shah Alam. Masa itu dalam 1000 buah sekolah berjaya ditembusi.
Kenangan bersama keluarga dan teman saat diumumkan antara 100 Top Young CEO 2021 |
"Saya pernah menjadi eksekutif jualan ketika produk Origina menyertai pameran makanan dan minuman di Dubai, Amsterdam, Rusia dan Vietnam. Masa belajar di Australia pun saya ada berikan input kepada ayah dari kejauhan," kata anak sulung dua beradik itu.
Katanya perniagaan jenama minuman itu kini dikemudi sepenuhnya sambil dibantu ibu tersayang.
Malah, bukan sesuatu yang mudah membangunkan jenama yang masih dianggap asing. Tapi percaturan dan restu ibu bapanya membuahkan hasil.
Fatin Diana (berbaju biru) ketika menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sebelum era pandemik COVID-19 |
"Jika dulu jenama ini di bawah kawalan ayah hanya berkonsepkan BTB atau Business To Business. Tapi sejak saya ambil alih, ia berubah menjadi Business To Consumer (BTC). Ayah kini lebih fokus dalam urusan pengilangan dan kualiti produk. Saya pula di posisi hadapan menguatkan jenama produk.
"Asalnya ayah juga menjadi perintis di Malaysia yang memperkenalkan produk minuman di dalam pouches atau pek kantung. Daripada pembekal kepada pelbagai jenama antarabangsa, akhirnya ayah cetuskan jenama Origina minuman dalam pouches. Jenama itu umpama prototaip.
Fatin Diana turut terdedah di salah satu World’s Largest Food Exhibition, Gulfood Dubai pada 2016 |
"Kemudian saya lakukan rombakan dan penjenamaan semula untuk jenama itu. Malah pada 2019, kita buat kali pertama gunakan duta Remy Ishak. Impaknya jenama itu semakin dikenali dengan meluas. Bagaimanapun kontrak Remy sudah tamat," katanya.
Katanya, dulu dia selesa 'low profile' seperti ayahnya. Cuma kini seiring peredaran semasa, Fatin Diana optimis untuk lebih membawa dirinya ke depan.
Fatin Diana ketika menyertai Muscle Builder Exhibition 2018 di Moscow, Russia sekali gus mempromosikan minuman pek kantung |
Katanya lagi, dia dulu selesa menggunakan cara biasa tanpa terlalu menonjol ke depan.
"Mungkin cara dibesarkan, membuatkan saya lebih fokus kepada apa yang diingini. Saya nak lihat jenama dan perniagaan dimiliki
"Kadang-kadang apabila terlalu sibuk, nak kemas kini entri sama ada gambar atau video di akaun media sosial sendiri pun tak sempat. Yang kenal diri ini bagaimana akan tahu cara saya," katanya.
Kerana terlalu dedikasi terhadap kerja, Fatin Diana juga tidak seperti kebanyakan wanita seusianya yang menikmati kehidupan.
"Saya memang selalu utamakan kerja. Macam sekarang misi nak pastikan rangkaian produk baru meletup di pasaran. Hal kahwin itu ada juga terlintas, tapi tunggulah dulu. Mungkin dalam setahun dua lagi, saya kahwin," katanya.
0 comments:
Post a Comment