Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 March 2022

Setia Guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Dari 2020 | Pelembap Muka Jenis Water based Untuk Kulit Berminyak Dan Pori Besar

Zaman belajar dulu memang tak celik bab penjagaan kulit terutama kulit muka. Memang biar je muka. Kadang turun pergi kelas atau bersukan muka kena terik matahari pun tak kisah. 

Masa tu kulit berminyak, pori besar dan jerawat memang banyak naik. Siap pakej kulit terbakar lagi.

Tapi masa tu belajar lagi memang tak mampu nak beli set penjagaan kulit yang lengkap. Yang penting je beli. Itupun kadang pakai, kadang tak. Mesti korang macam ni juga kan.

Ni la gambar lepas habis belajar, nak pergi interview kerja

Sekarang pun Qiss masih alami lagi masalah kulit berminyak terutama lepas bangun tidur dan cuaca panas. Tambah lagi kalau pergi event naik pengangkutan awam, sekejap masuk aircond sekejap kena panas jadi kulit ni berminyak juga. Tapi tak seteruk dulu.

Qiss pun mudah berpeluh kalau salah pilih moisturizer.  Kadang tu baru kena panas sikit muka dah berpeluh. Mula lap guna tisu sampai tanggal mekap. 

Bila tak rajin cuci muka, pori-pori jadi makin besar dan kulit nampak kasar. Kadang kita balik kerja terus tidur tak cuci muka habislah muka naik jerawat semua.

Kenapa boleh jadi masalah kulit ni ye?

Qiss baru tahu bila kulit kering dan tak cukup air, skin barrier rosak jadi air dipermukaan skin barrier hilang dan kulit akan keluarkan minyak yang berlebihan (excess sebum) untuk gantikan air untuk melindungi kulit maka kulit kita akan berminyak.

Bila kulit berpeluh pula bila kulit kita berada pada suhu yang tinggi dan kulit akan berpeluh untuk keluarkan haba. Bila kita guna moisturizer atau krim muka yang tebal, tekstur krim tebal tu akan membuatkan pori-pori tersumbat. 

Pori-pori besar. Bila terlampau banyak minyak dan berpeluh, pori-pori makin tersumbat dengan kotoran dan menyebabkan kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.

Ni kulit lepas 2 tahun gunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Jom baca juga pengalaman pertama Qiss guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature pada tahun 2020 dekat sini >> https://www.qisstiera.com/2020/07/cara-guna-dan-fungsi-pelembap-muka-yang.html <<

Kandungan utama dalam Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini ialah Niacinamide. 

Apa kebaikan Niacinamide ni?

1. Mengawal minyak (Oil control) 

Kebaikan Niacinamide ni dapat mengawal dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit. Sebab tu sekarang muka Qiss dah tak berminyak macam dulu.

2. Mengecilkan liang pori.

Ingat tak pori-pori yang tersumbat sebab minyak berlebihan dekat muka? 

Bila minyak berlebihan dah kurang, pori-pori akan mengecut dan kulit nampak lebih licin. 

3. Membantu membaiki semula sel-sel kulit yang rosak akibat sinar UV. 

Yang ni boleh nampak bila kulit dah sekata, kulit cukup air jadi dah kurang keluar minyak berlebihan. Kulit pun makin segar dan berseri.

Qiss suka pakai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni sebab tekstur dia. 

Ia berasaskan air (Water based) dan bukannya krim yang tebal jadi tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.  Sebab tu Qiss boleh dapat skin yang cantik sekarang. Korang boleh cuba dan bandingkan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dengan krim lain.

Humactant - Dapat melembapkan kulit dan kulit pun tak berminyak.

Senang digunakan dan cepat menyerap ke dalam kulit. Jadi liang pori tak tersumbat dan kulit tak berpeluh.

Kalau korang tengok tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni memang best sangat. Tekstur ringan dan tidak melekit bila sapu kat kulit. Lepas beberapa saat, titis-titis air terbentuk dan akan meresap ke dalam kulit. Memang lain daripada krim yang lain kiranya. Korang kena beli dan rasa sendiri tekstur ni. Memang tak menyesal beli.

Sekarang Qiss dah tak risau nak susah payah jaga muka. Mujurlah Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni sesuai dekat kulit Qiss. Boleh teruskan guna setiap hari. Kulit pun makin bersih, tona kulit sekata dan lembap sepanjang hari.

Lagi satu harga dia pun mampu milik dan tahan sehingga 3 hingga 4 bulan mengikut penggunaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com