Rangkaian berasaskan mineral unik dari Jepun
Kuala Lumpur, 27 April 2022: Guardian Malaysia terus mengembangkan rangkaian produk eksklusifnya dengan tambahan satu lagi rangkaian penjagaan rambut, Kusabana, dengan rumusan istimewa air mata air panas dari Jepun.
Rangkaian produk Kusabana dari Jepun |
Kusabana, yang bermaksud ‘tumbuhan berbunga’ dalam bahasa Jepun, diilhamkan oleh satu bentuk kesenian rakyat Jepun yang sangat dikagumi dari keindahan semula jadi dan gubahan bunga. Apa yang menjadikannya unik adalah ia dirumus daripada air mata air panas dari Yubara Jepun, yang mengandungi gabungan multi mineral natrium, kalsium dan potassium yang menggalakkan kulit kepala yang sihat.
Satu lagi bahan utamanya adalah minyak Camelia Japonica dari Pulau Toshima yang mengurangkan pembentukan hujung rambut bercabang, melindungi rambut dari pengaruh luaran dan kekeringan, melembutkan rambut dan menjadikannya lebih bersinar.
Anashalwa Abu Bakar, Senior Category Manager, Personal Care, Guardian Health and Beauty berucap di majlis pelancaran produk Kusabana |
Anna Hull, Pengarah Komersil dan Pengarah Jenama Sendiri Malaysia dan Brunei, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara berkata: “Di Guardian, kami sentiasa mengkaji dan membawa masuk produk terbaik pada nilai hebat untuk pelanggan kami.”
“Kusabana, adalah hasil daripada usaha berterusan ini dan rangkaian ini dibotolkan secara eksklusif untuk Guardian, menjadikannya salah satu daripada produk Jenama Sendiri eksklusif Guardian. Formulasi unik Kusabana adalah sepenuhnya dari Jepun. Ia bebas silikon dan lapan bahan lain untuk rambut dan kulit yang sihat, 90% bahan-bahannya semula jadi, mengandungi enam minyak dan ekstrak dan menggunakan haruman bertaraf dunia.“Semua produk Kusabana diuji dan terbukti secara dermatologi,” tambah beliau.
Rangkaian tersebut termasuk Syampu dan Perapi Moist and Shine, Syampu dan Perapi serta Pupur Rambut Damage Repair, syampu Volume dan Anti-Breakage, Syampu Deep Cleanse and Refresh dan MInyak Rambut Jasmin Moist and Repair.
1. Syampu dan perapi Moist and Shine mempunyai Nourish Lock Complex™ unik membantu menyuburkan rambut dan menyegarkan kulit kepala.
Ramuannya termasuk minyak argan (menyuburkan dan menyegarkan kulit kepala agar rambut yang lebih bersinar, lembut dan halus), pracampuran madu (melembapkan, melembutkan dan menghaluskan), terbitan minyak zaitun (anti-oksidan dan pelembap), ekstrak ume (meningkatkan keanjalan rambut), ekstrak kulit anggur (membantu melindungi kulit kepala daripada sinaran UVB) dan ekstrak biji moringa (membantu membaiki dan menguatkan rambut). Ia menampilkan haruman Rose Tea Thyme.
2. Syampu dan perapi Damage Repair mempunyai Restore Shield Complex™ unik membantu menguatkan rambut dan membaiki rambut rosak dengan formulasi bebas silikon, paraben, pewarna, SLS, SLES, MIT, CMIT dan minyak mineral.
Bahan-bahannya termasuk minyak Camilia Jepun (melembutkan rambut, menjadikannya lebih berkilat dan mengurangkan pembentukan hujung bercabang), minyak argan (menyuburkan dan menyegarkan kulit kepala untuk rambut yang lebih bersinar, lembut dan halus), minyak prun (meningkatkan kilauan dan kelembutan rambut), ekstrak daun akar manis (melembapkan kulit kepala), ekstrak bran beras perang ungu (anti-oksidan dan membantu melindungi daripada kerosakan sinaran UVB) dan seramida bunga matahari (melindungi rambut rosak akibat keriting, UV dan warna pudar selepas basuhan). Syampu dan perapi ini mempunyai wangian semerbak Pear Freesia English.
3. Minyak Rambut Jasmin Moist and Repair mempunyai manfaat enam dalam satu:
I. Mengurangkan pembentukan hujung bercabang dengan pelicinan kutikel rambut.
II. Menghilangkan rambut kusut.
III. Melindungi daripada kerosakan rambut
IV. Menyuburkan rambut
V. Meningkatkan keanjalan rambut
VI. Meningkatkan kilauan rambut
Bahan-bahannya termasuk minyak argan (menyuburkan dan menyegarkan kulit kepala untuk rambut yang lebih bersinar, lembut dan halus), minyak Camelia Jepun (membantu melembutkan rambut dan merawat hujung bercabang dan menjadikan rambut lebih bersinar), terbitan minyak zaitun (anti-oksidan dan pelembap), ekstrak bunga matahari (membantu melindungi kerosakan rambut akibat keriting, UV dan warna pudar selepas basuhan) dan minyak bunga matahari Jasmin.
“Pengenalan rangkaian penjagaan rambut Kusabana eksklusif di stor-stor Guardian ini mencerminkan kesungguhan kami dalam memberikan yang terbaik dengan memperkenalkan produk terhangat dengan teknologi terkini yang memberikan manfaat kepenggunaan dan pengalaman yang lebih baik dan lebih hebat serta nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami.
Anashalwa Abu Bakar, Senior Category Manager, Personal Care, Guardian Health and Beauty dan Jennifer Wong, Senior Manager, Corporate Affairs and Events bergambar bersama rangkaian produk Kusabana. |
“Kami amat menyedari reputasi dan legasi kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan Nombor Satu dan sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai di Malaysia, kerana kami telah dipilih sebagai pemenang anugerah Platinum untuk Peruncit Terbaik dalam Anugerah Jenama Putra baru-baru ini. Jadi, kami akan terus membawa masuk dan menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan terbesar pada nilai terbaik untuk pelanggan kami,” jelas Anna.
Kini anda boleh mendapatkan rambut yang anggun dan menawan dengan rangkaian penjagan rambut Kusabana, yang dijual hanya dari RM31.90 setiap pek.
#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia
Nampak eksklusif botol dia, mesti wangi ni
ReplyDelete