Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

09 April 2022

KALISTA Beri Penghargaan Kepada Monster Leader Dan Leader Capai Target Jualan

Pengasas Kalista meraikan usaha stokis dan ejen Kalista dalam jamuan bertemakan Glorios Evening Tea di Skyglass Cyberjaya baru-baru ini.

Seramai lima orang Monster Leader, lapan orang Leader serta tujuh orang Top Sales telah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan. 

Monster Leader, Leader, Top Sales Ejen dan Stokis yang menerima anugerah dari Pengasas Kalista, Nur Hidayah baru-baru ini

Menurut pengasasnya, Nur Hidayah Sa'adon, mereka yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ. 

Jelas Hidayah, hasil usaha semua stokis dan ejen Kalista, pada tahun 2021 sahaja, jualan Kalista telah mencecah jutaan ringgit walaupun negara ketika itu sedang dilanda pandemik. Dengan tetapan sasaran dan hasil usaha semua ejen dan stokis mereka pada tahun lepas sahaja telah mencecah jutaan ringgit. Ini membuatkan Hidayah dan suaminya pada tahun ini telah mensasarkan jualan sebanyak RM15 juta.

Hidayah turut bersyukur produk mereka masih mendapat sambutan hangat selama Kalista  bertapak 3 tahun ketika ditubuhkan pada permulaan pandemik yang melanda.

“HQ tidak pernah berhenti membuat pemasaran. Dari atas talian kami juga turut selarikan dengan pemasaran secara luar talian. Selain itu, kami turut menyediakan kelas-kelas untuk membantu mereka supaya lebih mudah menjual seperti penyediaan bahan pemasaran, penglibatan artis, video-video berkualiti, kempen-kempen tertentu dan banyak lagi," katanya. 

Siti Zainab, Monster Leader dan Top Sales 3 bulan pertama 2022

Pada majlis yang sama juga, salah seorang ‘Monster Leader’ dan juga ‘Top Sales’ iaitu Siti Zainab Binti Jamaludin turut berkongsi rasa syukurnya kerana merasa dihargai apabila diberi penghormatan serta ganjaran atas usahanya di Kalista sejak awal penubuhan minuman kecantikan ini.

Setia bersama Kalista, Siti Zainab yang terlibat dalam dunia perniagaan khususnya bidang kosmetik sejak tahun 2014 ini berkata bahawa dia bertahan di Kalista ini kerana produk ini sentiasa mempunyai permintaan tinggi dan tak putus-putus meski pandemik telah melanda. Tambahan pula, dia juga tidak perlu menonjolkan diri seperti perniagaannya sebelum ini. Bahkan pada tahun 2021 sahaja, dia telah mencatat jualan RM 2 juta.

Siti Zainab dan suami, Encik Huzaime

Ibu kepada dua anak ini mengakui sendiri turut menggunakan produk Kalista untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Siti Zainab mencatat penurunan 19kg dari 68kg ke 49kg dalam tempoh 2 bulan dengan penggunaan sebanyak 4 kotak minuman Kalista ketika itu. Dalam perniagaan ini, Siti Zainab tidak keseorangan kerana perniagaan ini dijalankan bersama suaminya iaitu Encik Huzaime. Mereka berdua positif dengan jajaran jualan mereka sebelum ini dan mensasarkan untuk membuat jualan bersama Kalista sebanyak RM 10 juta pada tahun ini. Mereka sebagai satu pasukan turut dibantu oleh tiga orang staf selain daripada ejen dan stokis di bawah pimpinan mereka.

Kalista Dhara, produk baru Kalista turut dilancarkan pada majlis penghargaan tersebut

Dalam majlis yang sama, Kalista turut melancarkan produk baharu iaitu limited edition keluaran khas dibulan Ramadan dan raya ini sahaja.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Instagram Kalista


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com