Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 April 2022

Smart Bio Golden Remedy Jalin Kerjasama Dengan Koperasi Karyawan

Nama Helmi Gimmick tidak asing lagi dalam industri hiburan. Meskipun masih aktif dalam industri hiburan, kini Helmi Gimmick aktif dalam bidang bisnes. Baru-baru ini,Dr Hilmi Harun atau lebih dikenali sebagai Helmi Gimmick dilantik menjadi Pengarah Pemasaran dan sekaligus menjadi Grand Master Smart Bio Golden Remedy.

Majlis sambutan kerjasama antara Koperasi Karyawan dan Smart Bio Golden Remedy telah diadakan di Restoran Bayang baru-baru ini menyaksikan penyampaian  sumbangan produk kepada 6 orang artis veteran antaranya Aznah Hamid, Abas Bakar dan Sofia Ibrahim. Smart Bio akan memantau kesihatan penerima sumbangan ini dalam tempoh 3 bulan. Persatuan Karyawan Malaysia menyambut baik sumbangan berbentuk produk kesihatan Smart Bio Golden Remedy kepada enam ahli artis veterannya demi membantu masalah kesihatan yang mereka hadapi.


Antara artis veteran yang menerima sumbangan produk Smart Bio Golden Remedy, Abas Bakar(atas) dan Aznah Hamid (bawah)

“Kerjasama antara Smart Bio dan Koperasi Karyawan ini satu usaha yang sangat baik di mana selain menjaga kesihatan para ahli, mereka juga diberi peluang memperoleh pendapatan jika berminat menjualnya,” ujar Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart Bio Golden Remedy Network, Muhammad Shukri Amin dan Pengarah Strategi & Pembangunan, Nor Hairiah Mat Top menyampaikan cenderahati kepada Datuk Freddie Fernandez.

Menurut Freddie, ahli-ahli persatuan mahu pun Koperasi Karyawan yang minat berniaga boleh mencuba perniagaan ini untuk menjana pendapatan sampingan jika mereka kehendaki sambil menjaga kesihatan khususnya ketika COVID-19 masih berleluasa.

“Usia artis-artis pun semakin meningkat dan dengan adanya produk kesihatan seperti Smart Bio ini dapat menambahkan tenaga dan mengekalkan tubuh badan masing-masing,” tambah Freddie.

Bersama meraikan majlis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Smart Bio Golden Remedy Network, Muhammad Shukri Amin dan Pengarah Strategi & Pembangunannya, Nor Hairiah Mat Top.

Muhammad Shukri Amin, berkata tentang Smart Bio, "Kami mempunyai ladang sendiri di Teluk Intan, Perak dan disinilah produk mengkudu dan cendawan merah dihasilkan hasil dari tanaman di ladang ini. Mengkudu dan cendawan merah ini juga merupakan bahan utama bagi 15 rangkaian produk Smart Bio Golden Remedy.

Antara produk yang dihasilkan meliputi ubat gigi cengkudu, kopi cengkudu, jus enzyme mengkudu dan minyak panas balm cengkudu yang  mampu mengurangkan sakit-sakit otot dan lenguh-lenguh badan serta melegakan rongga pernafasan.

Pada era endemik COVID-19 ini produk-produk Smart Bio paling sesuai digunakan contohnya minuman teh mengkuling atau kopi cengkudu bagi membantu menguatkan sistem ketahanan badan,” tambah beliau.

Menurutnya, selain menguatkan imun badan produk diformulasi 'cengkudu' (campuran mengkudu dan cendawan merah) ia membantu pankreas mengimbangi kadar gula dalam darah dan menggalakkan penambahan oksigen di dalam darah.

“Kami tidak meletakkan sejumlah sasaran tetapi percaya mampu memperoleh jualan tinggi  serta menambah ejen dan stokis jualan bagi mereka yang mahu sihat dengan mengamalkan produk berasaskan herba dan tumbuhan hijau,” tambah Muhammad Syukri sambil memberitahu pihaknya turut menyediakan tiga pakej pilihan bernilai RM250 (Perak), RM750 (Emas) dan RM2,500 bagi pakej Berlian untuk mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada ejen Smart Bio.

Bagi Helmi Gimmick,  setelah mengamalkan produk berasaskan herba sejak 20 tahun, kini beliau mengambil peluang untuk memperkenalkan produk Smart Bio Golden Remedy ini kepada rakan-rakan artis dan Karyawan. Dengan adanya kerjasama dengan Koperasi Karyawan sedikit sebanyak dapat membantu artis pada masa akan datang. 

"Keuntungan jualan produk sebanyak 20% akan disalurkan kepada Koperasi Karyawan bagi membantu para artis. Selain itu, artis sendiri boleh menjana pendapatan dengan menjual sambil mengamalkan produk Smart Bio ini," ujar Helmi lagi.

Helmi Gimmick bersama produk Smart Bio Golden Remedy 

“Pada bulan puasa ini sebaiknya kita memulakan hari kita dengan meminum jus herba mengkudu yang berperanan sebagai zat pemulihan sel-sel tubuh badan memandangkan ia mengandungi nutrisi protein, vitamin serta berbagai mineral,” ujar Helmi. 

Tambah beliau lagi, “Misi kami untuk membangunkan ramai usahawan Muslimin dan Muslimat untuk berkongsi pendapatan dengan menyebarkan produk ini  ke seluruh negeri dan luar negara semampu boleh."  

Info lanjut mengenai Smart Bio Golden Remedy boleh  diperoleh dengan melayari www.smartbiogr.com



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com