Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 April 2022

Iftar @ De' Kenduri | Juadah Berbuka Ala Majlis Kenduri

Bulan Ramadan kali ni amat meriah bila dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Qiss berpeluang iftar di De' Kenduri, Jalan Yap Kwan Seng baru-baru ini.

Iftar @ De' Kenduri

Buat pertama kali dalam sejarah Iftar, Qiss dapat makan lauk kenduri yang pelbagai pilihan dan menampilkan pelbagai menu  menarik untuk setiap jenis kenduri di Malaysia. 

Menurut Encik Lutfi Yusoff, sebelum bulan Ramadan, De Kenduri banyak menerima tempahan majlis kenduri seperti perkahwinan, tahlil, hari jadi dan pelbagai lagi. Dengan kepakaran memasak untuk majlis- majlis tersebut maka tema untuk iftar di De Kenduri kali ini berdasarkan menu makanan yang ada untuk setiap kenduri.

Encik Lutfi Yussof 

Selain itu, Encik Lutfi turut menyatakan bahawa lokasi De' Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini dalam proses pembinaan bangunan dan terletak di tengah-tengah bangunan tinggi serta baharu namun dia masih memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Kedudukan dewan ini juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta memarkir kereta mereka.

Antara menu yang terdapat di De' Kenduri untuk iftar kali ini ialah:-

Menu ala Kenduri Kahwin

▪️Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas

▪️Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak

▪️Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang

▪️Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas


Menu ala Kenduri Tahlil

▪️Nasi Putih

▪️Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lemak Belimbing Buluh

▪️Sambal Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang

▪️Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari

▪️Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lemak Pucuk Paku/Masak Tempoyak Pucuk Ubi

▪️Ikan Kering/Ikan Pekasam

▪️Aneka Ulaman

▪️Aneka Sambal

Menu Kenduri Tahlil di De Kenduri

Kenduri Kesyukuran

▪️Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga

▪️Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik

▪️Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur

▪️Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol

Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kampung)

▪️Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam

▪️Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Kenduri Naik Pangkat

▪️Char Kuew Teow (Live)

▪️Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor

▪️Cucur2 dan Gorengan

Roti Jala +  Kuah Durian


Kenduri Hari Jadi

▪️Dessert/Kuih2 Melayu

▪️Pastries n cakes

▪️Cendol

▪️Kordial

▪️Teh tarik

Kenduri Rumah Terbuka

▪️Kambing Bakar

▪️Satay Ayam dan Daging

▪️Lontong Nasi Impit


SUASANA DE KENDURI



Ruang dewan yang selesa dan bersih menjadikan suasana iftar lebih nyaman dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Fasiliti seperti ruang solat, tempat ambil wudhuk dan tandas juga disediakan bagi memudahkan pengunjung.

HARGA

Harga untuk iftar De' Kenduri ini sangat berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang sedap-sedap.

🔸️DEWASA RM60.00

🔸️KANAK2 RM40.00

Operasi

Isnin : Tutup Setiap Isnin (dibuka untuk kumpulan Tempahan Khas minima 250 orang)

Selasa-Ahad : Individi biasa, keluarga dan kumpulan kurang dari 250 orang.

Tarikh Operasi: 6 - 30 April 2022

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi:

Whatsap ke:-

http://www.wasap.my/60182231235

http://www.wasap.my/60182231235

 *IFTAR @ DEKENDURI*

Alamat: Lot 103(7), Persiaran Lidcol,

Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur 

IG: dekendurikualalumpur


♥️TERIMA KASIH♥️

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com