Assalamualaikum dan hai,
Dah penghujung tahun 2022 ni Qiss rasa nak kira tabung simpanan Qiss. Tapi disebabkan hal tak dijangka, tabung yang Qiss ada habis digunakan.
Layari savingscalculator.org untuk lebih banyak kalkulator pengiraan |
Cara simpanan Qiss
1. Simpan wang tunai dalam tabung
Awal tahun memang berkobar-kobar simpan duit kononnya nak ada duit lebih. Tak sampai setengah tahun dah korek tabung sebab hal tak dijangka.
2. Kaedah simpanan mengikut carta
Seronok juga buat simpanan macam ni cuma kadar duit tak berkembang kalau kita simpan di bank biasa ataupun di dalam tabung.Jadi untuk tahun seterusnya, Qiss cuba untuk menyimpan dengan lebih sistematik dan membuat pengiraan terlebih dahulu.
Kiraan melalui pendapatan
1. Pendapatan Bersih
Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, kita kena tahu formulanya
Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih
2. Guna Aplikasi Savings Calculator
Kalau nak lagi mudah, anda guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti anda tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.
Sebagai contoh, Qiss nak menyimpan duit sebanyak RM10,000 target 5 tahun menyimpan. Simpanan setakat hari ni ialah RM300.
Savings Goal Calculator |
Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama Qiss kena menyimpan untuk dapatkan amaun RM10000 tu dan bayaran setiap bulan dalam RM153.
Dengan savings calculator ni juga dapatlah Qiss buat bajet simpanan yang diperlukan untuk 5, 10 dan tahun-tahun berikutnya.
Duit simpanan tu pula, lebih baik disimpan dalam bentuk pelaburan yang kita akan dapat lebih pulangannya. Contohnya simpanan di Tabung Haji dan ASB.
Lepas ni Qiss nak cuba kira untuk pelan pencen pula la supaya nanti dah tak kerja masih ada duit simpanan untuk digunakan di hari tua. Semak aja kalkulator ni. Banyak fungsi lain juga.
Bagusnya atleast kita boleh tahu berapa nak simpan setiap bulan/tahun kan?
ReplyDelete