Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 December 2022

Temui Watak Lagenda Puss In Boots di Aeon Mall Terpilih

Jom temui watak legenda PUSS IN BOOTS yang akan muncul di Majlis Ekslusif di AEON MALL sempena musim perayaan ini!

Temui watak Puss In Boots di Aeon Mall terpilih

Wira berani dan licik kegemaran anda ini akan muncul di beberapa AEON Mall di musim perayaan ini bagi meraikan pelancaran filem animasi PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam pada 22 Disember nanti.

Beliau yang dikenali dengan pelbagai nama seperti The Stabby Tabby, El Macho Gato, The Leche Whisperer, PUSS IN BOOTS akan menemui anda anda di Main Concourse di 11 cawangan AEONMall.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan wira ini dan sertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Jangan lupa juga mencuba pengalaman ajaib di Fallen Wishing Star Experiential Room. Terdapat banyak hiasan menarik dan ‘insta-worthy’ bertemakan filem ini yang disediakan khas untuk anda.


Hadirkan diri anda dengan penampilan pakaian Hero terbaik anda dan anda berpeluang memenangi sepasang Tiket untuk filem ini*!

Bagaimana nak menyertai? Senang je

Langkah 1 : Like & Follow laman FB dan IG AEON MALL, GSC & TGV 

Langkah 2 : Ambil gambar kreatif anda di hiasan AEON MALL Puss in Boots 

Langkah 3 : Tag 3 orang rakan anda dengan #AEONMALLAHeroHoliday

Jangan ketinggalan! Seramai 100 pemenang akan dipilih di akhir kempen.




Bukan itu saja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000* dengan menyertai ‘Count the Cat Contest”!

Cara untuk menyertai

Langkah 1 : Belanja minimum RM30* dalam satu resit

Langkah 2 : Kira dan anggarkan bilangan watak kucing yang ditampilkan

Langkah 3 : Serahkan jawapan dengan mengimbas Kod QR, muat naik resit dan isikan butiran anda.

Kanak-kanak boleh meneroka dan bermain di sudut Permainan bertemakan; The Last Wish Adventure Games dan Puss In Boots Zipline Adventure* - penyertaan percuma dengan perbelanjaan minimum RM60* (Bukan Ahli AEON) atau RM30* (Ahli AEON) dalam 2 gabungan resit pada hari yang sama.


Daftarkan anak anda untuk aktiviti tambahan yang menyeronokkan seperti sudut Mewarna Merry Pawsome atau ketengahkan bakat kreatif mereka dengan menyertai Peraduan Mewarna Puss In Boots.


Temui Puss In Boots secara langsung di semua 11 AEON MALL untuk Sesi “Meet and Greet” dan peluang bertemu dan bergambar dengan satu-satunya El Macho Gato di Malaysia. 

Jadual penampilan boleh didapati di cawangan pasar raya yang mengambil bahagian. Slot ini adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Jom ke AEON MALL bersama rakan dan keluarga anda untuk pengalaman PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH!

Cawangan AEON Mall terpilih ialah:

1. Bukit Tinggi, Klang

2. AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur

3. Cheras Selatan, Kuala Lumpur

4. Metroprima, Kepong

5. Rawang, Selangor

6. Bukit Raja, Klang

7. Tebrau City, Johor Bahru

8. Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru

9. Kulaijaya, Kulai

10. Bukit Mertajam, Pulau Pinang

11. Ipoh Station 18, Ipoh

Puss In Boots: The Last Wish akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Disember 2022.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com