Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 December 2022

Molfix Sambut Ulang Tahun Pertama di Malaysia

Kuala Lumpur, 24 November 2022 – Jenama lampin bayi Molfix telah menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia bersama duta Scha Alyahya dan suaminya Awal Ashaari yang bertempat di gedung beli-belah di ibu negara. Molfix yang juga di bawah jenama besar Hayat Kimya, berasal dari negara Turki merupakan pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas.

Acara sambutan untuk memperingati ulang tahun pertama Molfix turut dimeriahkan dengan kehadirian En. Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari; Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; dan para ibu bapa di gerai Molfix TCE Baby Expo di Midvalley, KL

Hayat Kimya merupakan pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia komited untuk terus mengembangkan kehadiran jenama Molfix di Malaysia. Kini, lampin bayi jenama Molfix boleh didapati di lebih 4,500 kedai fizikal dan secara dalam talian di seluruh Malaysia.

Jenama Molfix pertama kali diperkenalkan di Malaysia tahun lepas seiring dengan rancangan perniagaan strategik Hayat Kimya untuk mengembangkan jejaknya ke Asia Tenggara. Ini selaras dengan kemasukannya ke Vietnam dan juga Thailand pada masa yang sama. Penampilan Scha Alyahya selaku duta menguatkan lagi jenama mereka di pasaran Malaysia. Sejak itu, Molfix  telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu bapa Malaysia, yang menawarkan ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi pada setiap masa.

Duta lampin bayi Molfix, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia, Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahamikeperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.”

Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd.; (tengah) bersama Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn Bhd., (lima dari kiri) di gerai Molfix TCE Baby Expo, Midvalley KL

“Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel,” tambah En. Bilgili.

Di samping itu, pemilihan pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sebagai duta telah membantu meletakkan Molfix dalam kalangan ibu yang sentiasa mencari yang terbaik untuk si manja sambil menikmati perjalanan keibuan.

Scha Al-Yahya berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi. Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”

Sambutan ulang tahun pertama lampin bayi Molfix dirasmikan oleh oleh Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd bersama duta Molfix Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya

Jenama yang menyebarkan kegembiraan kepada ibu dan bayi di lima benua di lebih 100 negara di seluruh dunia, dihasilkan dengan penuh berhati-hati dan direka untuk menjadi sangat lembut pada kulit sensitif bayi. 

Lampin bayi Molfix didatangi dengan dua jenis iaitu Natural dan Extra Dry dengan dua variasi setiap jenis iaitu lampin pita dan lampin seluar. Semua lampin boleh didapati daripada saiz NB (Newborn) sehingga XXXL!

Kategori Molfix ‘Natural’ dirumus dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti oleh pakar dermatologi dari Eropah. Kategori ini juga mampu untuk menampung sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehingga 14 jam dapat dicapai*.

Manakala, lampin bayi Molfix ‘Extra Dry’, merupakan kategori lampin yang dapat memberikan daya serap yang unggul. Terima kasih kepada teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat. Ibu berasa tenang kerana mengetahui bahawa bayi mereka kekal selesa sepanjang hari.

Tidak lengkap penggunaan lampin bayi jika tiada tisu basah bagi ibu bapa di Malaysia. Moflix juga turut hadir dengan tisu basah bayi serba guna tanpa alcohol, paraben dan menggunakan bahan mesra kulit bayi. Tisu basah Molfx didatangi dengan tiga jenis iaitu Natural Fresh Clean, Natural Antibacterial dan Natural Newborn Gentle.

Tisu basah Molfix

Dalam usahanya untuk mewujudkan kesedaran dan mengembangkan jenama, Molfix terlibat dengan banyak organisasi, dan rakan kongsi perniagaan seperti hospital, kedai runcit dan sekutu dalam talian sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dihadiri pengguna seperti MITEC Baby Fair 2022, TCE Baby Expo yang telah berlangsung dan banyak lagi.

Antara lain, inisiatif penjenamaan dan pemasaran yang kukuh telah dilaksanakan sebaiknya bagi pihak Molfix dalam memperkenalkan jenama mereka di Malaysia. Usaha mereka membuahkan hasil apabila dalam tahun pertama sahaja, Molfix telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.

Pemenang sesi soal jawab bersama pengguna Molfix

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, 10 pengguna Molfix menerima produk eksklusif Molfix, yang ditandatangani khas oleh Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Kedua-dua duta jenama ini berkongsi pengalaman mereka dengan jenama Molfix.

Komitmen Hayat Kimya terhadap pertumbuhannya di Asia Tenggara diperkukuh lagi dengan pembinaan kilang pembuatan serantau baharu di Vietnam, yang bertindak sebagai hab ASEAN untuk produk Molfix. Kilang itu akan memenuhi permintaan rantau ini termasuk pasaran Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna menikmati produk berkualiti premium dengan harga yang kompetitif, yang dihasilkan di rantau ini, dan seiring dengan keperluan dan trend semasa mereka.

Produk-produk Molfix kini boleh didapati di pasar raya dan pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku, dan lain-lain serta platform atas talian utama.

Untuk malumat lanjut boleh layari http://www.molfix.com.my/ .

Untuk pembelian di Shopee boleh layari di pautan di bawah:

- Molfix Tape Diaper -> Lampin pita (termurah di Shopee!)

- Molfix Pants Diaper -> Lampin seluar

- Molfix Wet Tissue -> Tisu basah

*Berdasarkan kepada keputusan makmal dengan purata jumlah cecair bayi boleh buang air kecil dalam tempoh 14 jam. Keputusan ini berbeza bergantung kepada bayi.

**Bagi aspek kebersihan, sila tukar lampin secara kerap (setiap 3 – 4 jam atau bila ia kotor).

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com