Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 December 2022

Preview Party Episod 8 Aeon Sayap Bagimu Bersama #AlepNana Meriah

AEON telah melancarkan drama bersiri "Sayap Bagimu yang mula ditayangkan di saluran YouTube Aeon Malaysia pada 13 Oktober 2022. Bagi peminat Alif Satar dan Siti Nordiana pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan kedua-dua watak utama drama bersiri ini.

Barisan pelakon drama bersiri Aeon Sayap Bagimu, Siti Nordiana dan Alif Satar

Bertempat di Aeon AU2 Setiawangsa, preview party episod 8 drama bersiri Sayap Bagimu mendapat sambutan meriah dengan kehadiran peminat dan pengikut drama ini.

Drama ini juga dibuat sempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.

Gembira dapat bersama dalam satu panggung menonton episod 8 Sayap Bagimu

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,”

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia berbesar hati untuk menonton episod 8 Sayap Bagimu


Drama ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.

“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan,” sambung beliau.

Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitif AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.

Majlis preview episod 8 Sayap Bagimu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh kedua-dua pelakon utama iaitu Alif Satar dan Siti Nordiana. 

Selepas habis tayangan tersebut, peminat dapat beramah mesra dan mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan ekslusif artis kesayangan mereka.

Para peminat dapat bergambar dan beramah mesra bersama para pelakon drama bersiri Sayap Bagimu

Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com