Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 December 2022

Lebih Mudah Menyimpan Dengan Savings Calculator

Assalamualaikum dan hai,

Dah penghujung tahun 2022 ni Qiss rasa nak kira tabung simpanan Qiss. Tapi disebabkan hal tak dijangka, tabung yang Qiss ada habis digunakan. 

Layari savingscalculator.org untuk lebih banyak kalkulator pengiraan

Cara simpanan Qiss

1. Simpan wang tunai dalam tabung

Awal tahun memang berkobar-kobar simpan duit kononnya nak ada duit lebih. Tak sampai setengah tahun dah korek tabung sebab hal tak dijangka.

2. Kaedah simpanan mengikut carta

Seronok juga buat simpanan macam ni cuma kadar duit tak berkembang kalau kita simpan di bank biasa ataupun di dalam tabung.

3. Simpanan di ASB

Qiss menyimpan sendiri kat ASB lepas Qiss tak mampu nak bayar pinjaman ASB bulan-bulan. Tapi itulah bila tiada target menyimpan, bulan ni Qiss simpan kat ASB, 2-3 bulan kemudian mesti keluarkan sebab nak pakai duit kecemasan. Sampai umum dividen, sikit je dapat.

Azam tahun 2023, Qiss nak simpan dalam ASB dan taknak usik langsung duit tu. 

Jadi untuk tahun seterusnya, Qiss cuba untuk menyimpan dengan lebih sistematik dan membuat pengiraan terlebih dahulu.

Kiraan melalui pendapatan

1. Pendapatan Bersih

Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, kita kena tahu formulanya

Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Guna Aplikasi Savings Calculator

Kalau nak lagi mudah, anda guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti anda tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, Qiss nak menyimpan duit sebanyak RM10,000 target 5 tahun menyimpan. Simpanan setakat hari ni ialah RM300.

Savings Goal Calculator

Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama Qiss kena menyimpan untuk dapatkan amaun RM10000 tu dan bayaran setiap bulan dalam RM153. 

Dengan savings calculator ni juga dapatlah Qiss buat bajet simpanan yang diperlukan untuk 5, 10 dan tahun-tahun berikutnya.

Duit simpanan tu pula, lebih baik disimpan dalam bentuk pelaburan yang kita akan dapat lebih pulangannya. Contohnya simpanan di Tabung Haji dan ASB. 

Lepas ni Qiss nak cuba kira untuk pelan pencen pula la supaya nanti dah tak kerja masih ada duit simpanan untuk digunakan di hari tua. Semak aja kalkulator ni. Banyak fungsi lain juga.

1 comment:

  1. Bagusnya atleast kita boleh tahu berapa nak simpan setiap bulan/tahun kan?

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com