16 September 2023, Kuala Lumpur - Majlis Tandatangan Kolaborasi antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) bersama KL City Art Gallery untuk menempatkan sebuah unit piano dengan terknologi ‘Artificial Intelligence’ (A.I) daripada Music Hive bagi tujuan program demonstrasi telah berlangsung dengan jayanya.
Ahli Lembaga KOPSTAR dan Ahli KOPSTAR |
Program demonstrasi ini berlangsung selama tiga bulan dengan tambahan tiga bulan bermula dari 16hb September 2023. Piano yang dimaksudkan ialah P.Ramlee Classic A.I Smart Piano daripada Music Hive. Piano berteknologi A.I pertama buatan Malaysia bertaraf antarabangsa ini sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano kerana piano ini dicipta untuk memudahkan pemain senang mengikut nota muzik dengan perisian yang pintar. Bak kata pencipta piano ini, Encik Peter, anda dapat pandai bermain piano secara asas hanya dengan tiga minit sahaja.
Orang awam sangat dialu-alukan untuk ke KL City Art Gallery diruangan Cafe untuk merasai sendiri kehebatan piano buatan Malaysia ini. Orang awam boleh turut bermain secara ‘walk-in’ ataupun tempahan melalui KL City Art Gallery. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk memasuki KL City Art Gallery dan bermain piano ini. Semuanya adalah percuma.
Ben Fatah menunjukkan demonstrasi menggunakan piano |
Bersesuaianlah dengan ‘tagline’ Music Hive “A Piano In Every Home”, piano ini boleh dimainkan oleh semua peringkat. Berharga RM4,800, pengunjung yang berminat boleh membeli piano ini secara belian terus ataupun dengan ansuran serendah RM182 sebulan dengan beberapa pelan ansuran seperti 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan.
KOPSTAR mensasarkan penjualan sebanyak 100 unit bagi variasi P.Ramlee Classic A.I Smart Piano ini. Pada masa yang sama, KOPSTAR juga dalam perancangan untuk menampilkan tujuh lagi jenis piano daripada Music Hive di KL City Art Gallery.
Daripada hasil jualan ini, keuntungan sebanyak 10% akan disalurkan kepada tabung KOPSTAR, 10% akan disalurkan kepada tabung Cahaya KOPSTAR dan 10% akan disalurkan kepada tabung Haiwan Liar KL City Art Gallery. Tidak secara langsung, program ini dapat menjana pendapatan dan keterlibatan pihak daripada sudut ekonomi, pendidikan dan promosi.
Apa itu KOPSTAR?
Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) adalah merupakan badan koperasi yang berdaftar pada 5hb Mac 2009 di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ia merupakan koperasi yang dianggotai oleh penggiat seni muzik, perfileman, produksi, media, TV dan radio serta individu-individu yang terlibat secara langsung di dalam industri seni Malaysia. Penubuhan KOPSTAR bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang di jalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.
Setelah COVID-19, semua program dan perancangan terpaksa dibekukan dan bertahan dengan segala upaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sehingga tempoh waktu tersebut.
Pada penggal 2023, KOPSTAR telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bertempat di Kota Damansara mendapat sebulat suara bagi senarai ahli lembaga KOPSTAR terkini yang mengangkat Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan sebagai Pengerusi, Aishah Sanan (Setiausaha), Ahmad Wafiuddin (Bendahari) dan ahli lembaga KOPSTAR iaitu Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim, Nor Farahan Zainudin dan Mohd Noor Bin Mohd Zain. Sejurus itu, kini KOPSTAR bangkit semula dengan kepimpinan terbaru bagi membaikpulih ekonomi dengan mendapat sokongan dari pihak penaja iaitu Music Hive dan KL City Art Gallery Kuala Lumpur.
Music Hive - Kedai Alat Muzik Tempatan
Music Hive merupakan kedai alat muzik berasal dari Sabah ini sememangnya sudah terkenal di negeri di bawah bayu. Kini Music Hive mempunyai beberapa cawangan di Sabah, satu di Bandar Baru Puchong dan satu lagi bakal di buka di Maluri Cheras.
Pemiliknya Encik Peter merupakan peminat P.Ramlee, oleh itu beliau memutuskan untuk menamakan alat muzik beliau dengan nama Peter Ramlee atau singkatannya P.Ramlee. Piano yang dihasilkan oleh Music Hive ialah piano Malaysia pertama yang dikeluarkan dan dilancarkan di peringkat antarabangsa.
Seni Bersama KL City Art Gallery
KL City Art Gallery yang bertempat di Wisma YBR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur ini merupakan galeri untuk meraikan kreativiti, toleransi dan keterbukaan untuk pelbagai idea budaya dan seni. Galeri ini juga mempamerkan karya artis Malaysia dalam semua genre untuk mencerminkan pemikiran mereka tentang isu sosiobudaya kita.
Di galeri ini juga, pelbagai bengkel turut diadakan untuk orang awam sertai.
Anda adalah sangat dialu-alukan ke KL City Art Gallery untuk mencuba sendiri P.Ramlee Classic A.I Smart Piano. Bawalah rakan-rakan dan keluarga anda. Anda boleh datang secara terus atau tempah slot bermain piano melalui KL City Art Gallery KL di 013-394 7717 (WhatsApp atau panggilan).
Untuk maklumat lanjut melalui KOPSTAR boleh layari laman web www.kopstar.com.my
0 comments:
Post a Comment