Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 September 2023

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba di Malaysia

Bangsar, Malaysia, 15 September 2023 - Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur akan membuat kemunculan baharu di dalam industri perhotelan di Malaysia. Tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Dahulunya dikenali sebagai Pullman Kuala Lumpur Bangsar, transformasi ini menandakan ketibaan jenama Wyndham Grand yang pertama di Malaysia. 

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba di Malaysia

Terletak di kawasan strategik iaitu Bangsar, salah satu daerah yang paling dikunjungi di Kuala Lumpur, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menakjubkan yang menggabungkan kemewahan, kemudahan dan kecanggihan. 

Wyndham Hotels & Resorts adalah penyedia perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka dan merupakan pemberi francaise hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 9,200 cawangan di lebih daripada 80 buah negara. 

Dengan jumlah 513 bilik mewah, dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, ia menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk tetamu yg hadir bagi tujuan perniagaan ataupun percutian. Komitmen yang optimum terhadap kecemerlangan dan lokasi strategik menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemewahan dan kemudahan. 

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang teliti menjanjikan keselesaan dan ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk. Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang canggih dan dewan utama yang besar, menjadikannya pilihan ideal untuk acara korporat, persidangan dan perhimpunan sosial. Sama ada anda merancang perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau perayaan istimewa, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan majlis anda. 

Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur

“Ketika kami menjenamakan semula dari Pullman ke Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, kami teruja untuk membawa tahap baharu kemewahan dan layanan bertaraf dunia ke Malaysia," kata Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. 

"Lokasi strategik kami di Bangsar, ditambah dengan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa, meletakkan kami sebagai destinasi utama untuk pelancong yang mencari gabungan kecanggihan dan keselesaan yang sempurna," tambah Encik TK Lee.

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menempatkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keinginan setiap tetamu. Nikmati detik-detik ketenangan dan peremajaan di spa, nikmati ciptaan masakan yang lazat di restoran santapan mewah, kekal aktif dan cergas di gimnasium yang serba lengkap dan nikmati kemewahan servis di lounge eksekutif. 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com