Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

12 September 2023

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Hai semua! 

Hari ni Qiss nak bagitahu tentang menu baharu dekat Marrybrown.

Menu ini mengangkat konsep hidangan khas Mexico dan Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! 

Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.

Mexicana Chicken & Chips

Disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, berserta dengan kentang goreng. Harga hidangan ini bermula dari RM17.90. 

Kombo Mexicana Chicken Wrap

Kombo Mexicana Chicken Wrap

Kombo ni bermula pada harga dari RM18.90, disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!

Qiss suka wrap dia sebab penuh isi dan sos istimewa yang pedas. Memang ngam!

Kombo 2-ketul Mexicana Chicken

Harga bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo didatangkan dengan segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca. 

Mexicana Feast


Kalau nak rasa ayam rangup dan wrap, order Mexicana Feast aje! Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz. Harga tawaran hanya bermula dari RM25.80. 

Mexicana Chicken ni memang rangup walaupun dah disaluti sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas.

Untuk anda yang tak makan pedas, boleh cuba hidangan ini sebab segelas Fresca Fizz boleh hilangkan kepedasan anda dan menyegarkan tekak anda! 

Sempurnakan Mexicana Feast anda dengan Nacho Cheesy Crunch, harga bermula dari RM6.20, bersama hidangan tambahan Apple Pie, harga bermula dari RM3.50.

Apple Pie Marrybrown

Apple pie Marrybrown ni sedap, tak manis sangat dan kena makan panas-panas barulah rasa kesedapannya.

Menarik juga kalau Marrybrown jadikan Apple Pie ni sebagai menu tambahan sepanjang tahun.

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Jom cuba hidangan ini di Marrybrown berdekatan anda dan jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com