Peralatan rumah dan elektronik pengguna berkuasa AI tercanggih dipamerkan di LG Convention 2025
LG Electronics Malaysia (LG) baru-baru ini memperkenalkan visi teknologi yang bersifat empati di LG Convention tahunan yang berlangsung di Bangsar South. Dikuasakan oleh teknologi Affectionate Intelligence (AI), pameran ini menampilkan rangkaian elektronik pengguna berasaskan AI yang mengagumkan, sekali gus mengukuhkan komitmen LG sebagai Syarikat Penyelesaian Kehidupan Pintar yang mencipta teknologi yang benar-benar memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna.
Konvensyen berprestij ini telah menjadi platform utama negara untuk pelancaran inovasi terkini LG serta pengenalan produk baharu LG di Malaysia selama lebih sedekad. Teras pembentangan LG kali ini ialah pendekatan transformasi melalui Affectionate Intelligence (AI) yang menekankan visi syarikat terhadap masa depan di mana teknologi bukan sahaja melaksanakan tugasan secara automatik, malah memahami, menyesuaikan diri dan memperkayakan pengalaman harian—menjadikan pengguna rasa difahami dan dihargai.
“Usaha seterusnya bukan sahaja merangkumi peningkatan tahap kepintaran teknologi, tetapi juga untuk melengkapkannya dengan empati,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
“Peralatan elektronik pengguna berkuasa AI kami menunjukkan bagaimana kami mencipta penyelesaian yang memahami keperluan sebenar manusia, bukannya memaksa pengguna menyesuaikan diri dengan teknologi. Inovasi ini mempelajari tingkah laku anda untuk menjangkakan keperluan tanpa memerlukan arahan – ini akan memberikan anda lebih masa untuk perkara yang benar-benar penting.”
Rangkaian produk yang dipamerkan termasuk TV OLED terbaharu LG yang lengkap dengan pemprosesan gambar dan bunyi pintar berasaskan AI yang mengoptimumkan pengalaman tontonan berdasarkan kandungan dan persekitaran. Paparan pintar ini menyampaikan hiburan diperibadikan yang menyesuaikan diri dengan citarasa dan keadaan bilik.
Sistem penyaman udara LG AI Air DualCool™️ turut menarik perhatian pengunjung dengan teknologi penyejukan pintar yang mempelajari corak penggunaan dan melaras suhu serta aliran udara secara automatik untuk keselesaan optimum sambil memaksimumkan kecekapan tenaga.
Mesin basuh LG dengan teknologi AIDD (AI Direct Drive) menunjukkan bagaimana kecerdasan buatan mengubah cara kita mencuci pakaian. Ia mampu mengesan jenis fabrik dan saiz muatan secara automatik, lalu melaraskan kitaran basuhan untuk memberikan cucian yang lebih optimum—sambil membantu menjaga ketahanan pakaian yang lembut dan halus.
Konvensyen ini turut memperkenalkan peti sejuk LG MoodUP yang lengkap dengan panel pintu LED yang boleh bertukar warna dengan menggunakan aplikasi ThinQ serta pembesar suara Bluetooth terbina dalam yang membolehkan sambungan ke peranti luar untuk memainkan muzik pilihan anda. Dengan mod yang pelbagai, anda boleh mengubah suasana dapur mengikut kesukaan anda, sekali lagi membuktikan bagaimana AI boleh memperkayakan pengalaman dapur harian.
Melengkapkan barisan produk berfokuskan AI, LG turut memperkenalkan rangkaian ketuhar gelombang mikro pertamanya di Malaysia yang tersedia dengan Teknologi Smart Inverter, salutan antibakteria EasyClean™️, pelbagai mod memasak serta pemanasan dan penyahbekuan cepat serta sekata untuk pengalaman memasak yang mudah dan menyenangkan. Para pengunjung juga berpeluang melihat mesin pencuci pinggan LG yang direka khusus untuk kediaman Malaysia dengan ciri penjimatan masa dan tenaga.
Para hadirin turut diberi peluang eksklusif untuk menyaksikan kerusi urut LG Healing-Me Arte, pemenang 2024 Red Dot Design Award, menampilkan reka bentuk lembut dan melengkung, keselesaan ergonomik dan kawalan intuitif. Turut dipamerkan ialah penyahlembap LG PuriCare™️ Majove DUAL Inverter dengan sokongan LG ThinQ™️ untuk pemantauan mudah, serta mod Smart+ yang memberikan keselesaan tersuai dengan mengesan kelembapan semasa dan melaras kelajuan pemampat serta kipas secara automatik untuk udara yang menyegarkan.
LG juga memperkenalkan Penulen Air LG PuriCare™️ ATOM-U yang baharu dilancarkan, sambil menampilkan bagaimana rangkaian inovasi LG dapat berfungsi secara harmoni dan menyatu secara semula jadi dalam kediaman moden rakyat Malaysia.
Dengan tumpuan utama kepada Affectionate Intelligence, LG Malaysia menjemput pengguna tempatan untuk menyambut era baharu kehidupan yang lebih pintar, mudah dan sihat – menjadikan “Life’s Good” melalui teknologi yang benar-benar memahami dan mengambil berat.
Untuk maklumat lanjut mengenai LG Malaysia, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia