Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

08 March 2018

Women's Day : Female Entrepreneurs Thriving on 11street


• 56% of the registered sellers on 11street are entrepreneurial women
• 30% of the female entrepreneurs on 11street are selling Health & Beauty products
• 7% of 11street’s female sellers are tapping into male-dominated categories including Home Electronics and Mobile, IT & Camera

11street (www.11street.my); Malaysia’s number two online marketplace, today announced that in 2017, 56% of its registered sellers were women’ selling products across various categories. This data was revealed in conjunction with International Women’s Day.

CEO of 11street, Hoseok Kim said: “Online shopping has proven to be a boon for female entrepreneurs and they are thriving in the e-commerce industry. The top category with the highest number of registered female sellers is in the health & beauty segment. 30% of the female entrepreneurs on 11street are selling cosmetics, fragrance, dietary supplements & tools, skin & personal care items online.”

The platform that first launched in Malaysia in 2015 has had a fierce vision to help sellers reach their full potential, particularly with female entrepreneurs through its seller development programs and the 11street Academy.

Hoseok Kim, CEO of 11street

Hoseok Kim added, “On average, 11street’s sellers have witnessed an increase in sales revenue by 15% to 20% within six months of completing the courses under the 11street Academy, the nation’s first certified e-commerce certification platform. Many of the women entrepreneurs have outperformed the average benchmark, and some have even doubled or tripled their sales performance.”

Agnes Chua, Managing Director of JOCOM

Agnes Chua from JOCOM who has an online grocer app on 11street has enjoyed a 300% growth since joining 11street. JOCOM is an integrated solution that connects rural farmers, traders and vendors with consumers via e-commerce. She started a business in e-commerce to allow herself more flexibility; a factor that is especially crucial to those balancing motherhood and other familial responsibilities, in addition to the advantage of being one’s own boss, as well as lower costs than starting a brick and mortar business. With support from 11street, Agnes has started to see the fruits of her labour come to life with the success that JOCOM is enjoying “Rather than competing with each other, why don’t we collaborate and forge a stronger outcome together?” she said.

Tapping into Male-Dominated Categories
In addition, 11street saw 7% of its female sellers tapping into the categories of large electronic appliances, camera, smartwatches & wearables, audio & gaming and home improvement. One notable female entrepreneur who has definitely broken the gender stereotypes of women in e-commerce industry is Chief Operating Officer of IT Comp, Sharon Goh.

Sharon Goh, COO of IT Comp

Interestingly, despite not having a background in IT, Sharon was savvy enough to foresee that e-commerce was the future trend and hopped onto the bandwagon.
In 2015, Sharon and IT Comp joined forces with 11street, a partnership that eventually helped her become one of the top players in a typically male-dominated category of sales on 11street’s marketplace: Mobile, IT & and ElectronicsD irector of the N4 Camera Store Sdn Bhd, Ong Mei Jye also spoke about how e-commerce changed her business and her life.

Ong Mei Jye, Director of the N4 Camera Store

“I have found greater opportunities in providing consumer digital products and services online, like a steadier growth and wider possibilities at the lowest cost. By partnering with online marketplaces, including 11street, the N4 Camera Store has successfully achieved a turnover of 20% in our group business and I am positive to see more growth in the e-commerce sector,” Ong said.


A trainer at the 11street Academy, Khairul Azrey, briefs sellers on promotion management in one of their session


11street sellers engaged in a training session at the 11street Academy











Read More

04 February 2018

Pengalaman Menarik DIY Coklat di Harriston Chocolate

Belajar proses membuat coklat memang sentiasa dinantikan oleh penggemar coklat. Nampak mudah nak corakkan coklat ni tapi sebenarnya agak sukar apabila tiada teknik yang betul.

Terima kasih kepada Encik Shahrel dari Bahagian Jualan dan Pemasaran Harriston Chocolate dan Racheal dari Foodilifecious dan drLife memberi peluang untuk turut serta pada kelas kali ini. Untuk sampai di Harriston Signature Outlet Qiss naik tren MRT dan turun di Stesen Maluri. Seterusnya ambil Grab untuk ke Harriston Signature Outlet yang terletak berdekatan Shamelin Mall.

Sebelum memulakan kelas DIY pembuatan coklat ini, kami di beri penerangan oleh En. Shahrel dari Bahagian Jualan dan Pemasaran Harriston tentang penubuhan Harriston Signature Outlet ni.


Pada tahun 2005, Harriston coklat ditubuhkan dengan hanya membuka sebuah kedai kecil di Jalan Imbi. Keistimewaan Harriston coklat dalam memperkenalkan identiti Malaysia dalam sektor pembuatan coklat adalah dengan penghasilan 150 jenis coklat pelbagai perisa termasuk Kelapa, Tongkat Ali dan Durian. Kini terdapat 5 cawangan Harriston Signature Outlet di Malaysia.

Bermula dengan penerangan jenis-jenis coklat dan Qiss juga sempat merasa beberapa jenis coklat iaitu Dark Chocolate, Milk Chocolate dan White Chocolate.

Kalau bab merasa ni memang Qis suka sangat nak share sebab walaupun nama dia coklat tapi rasa dan tekstur dia berlainan tau.
Dark Chocolate ni lebih pekat coklat dia dan agak pahit tetapi sedikit manis.


Milk Chocolate pulak rasa seperti kebanyakan coklat yang ada dipasaran dan Harriston punya rasa lagi best dan manis gitu.


White Chocolate sedap juga dan boleh diwarnakan untuk mendapatkan corak yang menarik.


Seramai 10 orang blogger bersiap sedia untuk membuat coklat sendiri. Jom tengok hasil coklat Qis. Korang jangan gelak pulak tauu.

Fokus

Tadaa! Gigil-gigil tangan nak ratakan coklat ni sebab first time. So dah jadi la coklat Qis ni.


DIY Premium. Boleh bawa balik coklat ni tau

Ada 3 pakej buat semua yang ingin mengikuti kelas DIY coklat ini.
1. DIY Ekspres: RM 8 / seorang (15 minit)
2. DIY Premium : RM 35 / seorang (60 minit)
3. Luar Kawasan DIY Premium : RM 70 / seorang sehingga habis acara

DIY Ekspres ni sangat sesuai untuk kumpulan kecil
Termasuk pembuatan lolipop coklat dan corak di atas biskut

DIY Premium (Di dalam kawasan dan Luar kawasan)
- Sesuai untuk kumpulan besar
- Ada 4 proses iaitu Acuan pelbagai corak, Coklat Lolipop, Biskut Bercorak dan Acuan Orang Utan
- Sesuai untuk Team Building, Sambutan Hari Jadi dan lain-lain.

Lepas habis kelas DIY ni kami dibawa melawat bahagian jualan coklat. Semua dah siap di pek cantik-cantik dan boleh terus dihadiahkan kepada kenalan.

I love you too. Cantik pek dia kan.

Pek yang menarik dan cantik
Acuan Orang Utan - Harris yang menjadi jenama bagi Harriston Chocolate

Terdapat ramai pelancong datang melawat ke sini dan mengambil kesempatan membeli coklat secara banyak untuk dibawa balik ke negara mereka.

Bergambar bersama dekorasi menarik iaitu replika KLCC

Encik Shahrel dari Bahagian Jualan dan Pemasaran Harriston


Bergambar bersama kumpulan blogger

Dekat bahagian jualan ni korang boleh rasa kebanyakan jenis coklat yang dijual. Qis sempat rasa Expresso Coffee Chocolate, serius sedap walaupun Qis tak minum kopi tapi coklat kopi Expresso ni memang sedap.

Coklat Kopi

Yang kedua Qis rasa coklat cili dan coklat kari. Coklat Cili ni memang pedas bagi Qis sebab Qis tak makan pedas tapi coklat kari memang best dan sedap rasa dia. Rasa macam makan kari tapi dalam masa yang sama boleh rasa manis coklat.

Jalan-jalan sambil tengok coklat, nampak pulak buah durian besar-besar ni. Dah kenapa ada durian pulak? Sedap ke makan durian dengan coklat? Mula-mula Qis tak berani nak rasa coklat durian ni sebab mustahil rasa dia sedap kan. Tapi ambil juga tester dan memang rasa dia sedap sangat-sangat.

Bukan buah durian betul ni. Replika sahaja.

 Tahu tak Harriston Chocolate ni letak isi durian D24 dalam coklat. Memang terubat rasa teringin makan durian masa tu. Rasa coklat dia memang terbaik tau.

Isi durian dalam coklat

Sempat juga shopping coklat. Kotak dia cantik-cantik. Ada coklat bertemakan Tahun Baru dan Cinta. Sesuai sangat dibuat hadiah untuk yang tersayang.
Coklat tema Tahun Baru

Coklat tema Cinta

Oklah, bila dah puas jalan-jalan beli coklat tadi, singgah minum coklat panas dekat Café yang turut ada di outlet ni. Ada cream puff dan pelbagai jenis muffin. Semua sedap-sedap dan berbaloi dengan rasa yang dijanjikan.

Kafe Harriston

Pelbagai jenis muffin

Kalau korang nak rasa pengalaman menghias coklat sendiri, jom datang ke outlet ni atau boleh je dapatkan coklat pelbagai perisa ni di alamat seperti berikut.

SIGNATURE Outlet
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur,
Malaysia
Phone: +603 9281 5122 / +603 9282 5122
68, Jalan Kelawei, 10250,
Georgetown, Penang,
Malaysia
Tel: +604 226 1626 / +604 226 2306
BOUTIQUE
Pusat Perlancongan Malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 2162 2008 / +603 2162 4008
20-D, Jalan Bagan Jermal,
10250 Penang,
Malaysia.
Tel: +604 226 7010
HARRISTON
Gohtong Jaya, Genting Highland
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highland,
Malaysia.
Tel: +603-6100 2010

waktu Operasi
9pagi-6petang setiap hari
9pagi-8malam setiap hari (Harriston Boutique, Jalan Ampang)

Read More

24 January 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com

Hai semua Kakak cantik dan Abang Handsome.!

Kali ni Qiss nak join giveaway dari Elihjapahar.com pulak. Sebagai salah satu tanda sokongan kepada blogger yang ada sebab nak berjumpa sesama blogger kan agak sukar.

Klik Banner ni untuk join.


Azam Tahun 2018
Ada satu azam Qiss dah tercapai untuk tahun 2018 ni. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Azam yang pertama terlaksana ialah nak jadikan blogspot.my kepada dot com.

Azam-azam lain Qiss belum pastikan lagi sebab Qiss go with the flow. Cuma Qiss berazam nak banyakkan entri di blog dengan ilmu yang bermanfaat buat pembaca semua.

Sekian saja dari Qiss. Jom join giveaway ni. Tak rugi tau. Sambil-sambil kita sokong sesama blogger.
Read More

22 January 2018

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG berserta EMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018
Read More

18 January 2018

Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Hai semua!

Kali ni Qiss berpeluang menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ cawangan baru di IOI City Mall Putrajaya tau. Qiss dijemput menghadiri Majlis Perasmian restoran ini pada 28 Disember 2017 yang disempurnakan oleh Hero Nombor 1 Negara iaitu Datuk Rosyam Nor.
Dalam proses memanggang dan stim.

Bermula pembukaan cawangan e@curve Mutiara Damansara pada awal tahun 2013 kini Pak John Steamboat & BBQ telah bertapak hampir 6 tahun. Memasuki tahun ke-6, Pak John membuka cawangan barunya di IOI City Mall bagi memenuhi permintaan penggemar Stimbot & Panggang yang tinggal berhampiran Putrajaya.


Dengan modal permulaan 40k dengan hanya sebuah kiosk kecil, kini Pak John telah berkembang menjadi 2 restoran yang boleh menempatkan seramai 150-200 orang pelanggan dalam satu masa. Idea untuk membuka restoran stimbot & panggang ini ialah dari Encik David Chong selaku Pengarah Urusan yang begitu berminat dalam bidang masakan.

Encik David Chong merasakan bahawa konsep restoran stimbot & panggang secara buffet ini dapat mengumpulkan satu keluarga, teman-teman pejabat dan rakan-rakan untuk bersembang dalam suasana santai sambil menikmati berbagai pilihan makanan yang disediakan.

Dengan hanya RM42.90++ Restoran Pak John menyajikan hampir 160 menu bahan-bahan yang boleh direbus atau dipanggang. Malah ada beberapa masakan panas yang siap dimasak turut disajikan. Hampir 20 jenis pilihan sambal dan sos mengikut selera pelanggan terdapat disini.

Harga

Pelbagai hidangan masakan yang dijamin segar dan berkualiti seperti Dimsum, Kepingan daging lembu, kambing itik dan juga Abalone terdapat disini dan menjadi pilihan ramai.
Daging segar yang dihidangkan.

Makanan laut seperti lala, kepah dan pepatah turut disediakan.

Pelbagai jenis sayuran segar yang disediakan.

Restoran Pak John juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan, cendol sagu gula melaka, tembikai susu, waffle dengan pelbagai perisa, ais kacang dan juga aiskrim. Juga tidak ketinggalan pelbagai minuman sejuk dan panas juga turut disediakan.

Matlamat utama Restoran Pak John setiap bulan adalah menaiktaraf menu yang ada, ini demi untuk memberi sedikit kelainan kepada pelanggan tetap Pak John Steambot & BBQ. Bersesuaian dengan Tagline “WE ONLY SERVE QUALITY & FRESH” maka tidak hairanlah semua bahan-bahan yang disediakan memang segar dan berkualiti tinggi.

Produk sejuk beku yang menjadi pilihan adalah dari CB - Circle of The Best, De First Food.
Majlis pembukaan cawangan baru Pak John Steamboat & BBQ Ioi City Mall juga meraikan Ulangtahun ke-6 dan disempurnakan oleh Hero No. 1 Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor seorang pelakon dan juga pengacara TV yang tidak asing lagi.

Pak John Steambot & BBQ dirasmikan oleh pelakon Nombor 1 Malaysia, Datuk Rosyam Nor.

Datuk Rosyam Nor turut berkesempatan menjamu selera.

Restoran Pak John Steambot & BBQ memiliki sijil Halal dan sangat sesuai untuk orang beragama Islam makan disini.

Jutaan terima kasih Qiss ucapkan kepada Mr. CS atas jemputan dan tak lupa juga kepada Pak John Steambot & BBQ. Korang jangan lupa datang sini dan cuba sendiri tau.
Sempat bergambar di pelamin yang diilhamkan daripada pelamin pengantin Melayu.

Bersama rakan blogger yang hadir pada hari perasmian.
Jom layan video dari Zandra & team.


Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Alamat: GE-11, Ground Floor, IoI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, Selangor Darul Ehsan.
Hotline: 0122528289

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com