Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

11 September 2020

Mira Filzah Dahlah Lawa Luaran Tapi Cantik...

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.

Di usianya kini 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang calang.

Pemilik nama penuh  Nur Amirah Filzah  Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010. 

Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini 

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.

Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini selain posisinya sebagai ikon PTTI juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak. Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Kata Cikgu Fana lagi atau nama sebenarnya  Siti Farhana Abu Osman, PTTI dan Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.

Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan,” katanya.

Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.

“Perkahwinannya baru baru ini juga tular. Ada saja cerita perkahwinannya yang dikongsi di media sosial. Pendek kata, Mira mempunyai aura dan impak besar. Lalu dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni, kita turut mahu lebih ramai lagi pelajar SPM berjaya sepertinya. 

Kita mahu lebih banyak kisah kejayaan SPM diraih kelak tular juga. Tanpa sedar figura seni terkenal ini memberi inspirasi kepada ramai golongan. Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar.

Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya. Tanpa perlu terlalu beriya iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.

PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu

“Ketika ini kami ada 25 tenaga pengajar di PTTI. Menerusi formula kepakaran yang ada beserta formula dan teknik berkesan membimbing pelajar, kami sentiasa optimis membantu mereka yang akan berdepan dengan SPM.

Formula dan teknik itu termasuk memberi bimbingan calon SPM untuk memahami langkah demi langkah terhadap sesuatu konsep ilmu dengan cepat, menguasai topik dengan mudah dan menghafal dengan senang. Tak ketinggalan memahami teknik khas untuk skor dalam peperiksaan.



Perjuangan dan misi PTTI mahu lebih ramai pelajar SPM terutamanya bangsa Melayu skor dalam SPM. Kami percaya setiap pelajar ada potensi untuk berjaya dan kami boleh bantu menjadikan ia kenyataan. Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” katanya.

Sekalipun tahun ini, Malaysia diuji dengan pandemik Covid 19 hingga sesi persekolahan terbantut beberapa bulan,  perjuangan menempuhi SPM tetap diteruskan.

Tinggal sekitar tiga bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelma yang dijadualkan pada 6 Januari 2020. Peperiksaan percubaan SPM pula dijangka berlangsung Oktober depan.

Lalu, PTTI dengan berbesar hati  serta komited mahu membantu serta membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini.

Bimbingan persediaan secara dalam talian ini dibuka berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

“Jadi kalau nak berjaya dan jadi seperti Mira Filzah yang pernah menjadi pelajar cemerlang SPM, inilah masa untuk mendaftar secara percuma. Tak perlu bazir masa lagi, tapi ambillah peluang untuk mencipta kecemerlangan dalam SPM kali ini.

Ini juga usaha kami di PTTI intuk membantu lebih ramai calon SPM tanpa mengira aliran apa sekalipun yang terkesan akibat pandemik melanda dunia. Alhamdulillah selama ini kami sudah berjaya membantu ramai calon SPM dan usaha itu tak pernah terhenti.

Masa juga kian mencemburui bakal calon SPM. Alhamdulillah  sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa dari Mac lalu hingga kini ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PTTI sudah bantu lebih 20000 calon SPM membuat persediaan menjawab peperiksaan itu kelak,” katanya.

Kata Cikgu Fana lagi yang juga merupakan lulusan ijazah Universiti Putra Malaysia, sejak April hingga Jun lalu, seminar percuma ini sudah dilakukan sebanyak tiga kali.

“Kiranya untuk bulan ini akan menjadi seminar percuma kali keempat dan terakhir kita anjurkan untuk membantu bakal calon SPM. 

Memang ada yang tanya kenapa dibuat seminar begini secara percuma. Tapi itulah bukan persoalan besar yang  perlu dijawab. Ada ketikanya ilmu itu juga afdal diberikan tanpa mengharapkan pulangan. Namun insyaAllah daripada cara beginilah kita percaya akan lebih ramai lagi melanggan program pembelajaran dan perkongsian ilmu kami secara berbayar,” katanya.

PTTI selama ini sudah memenangi hati pelajar di pelbagai platform media sosial seperti YouTube, Instagram, Facebook dan Tiktok.

Bagi menyertai seminar Last Ultra 100% ini boleh tekan pautan http://bit.ly/lastultra

Read More

09 September 2020

Rawatan TRI-BEAM Laser Toning Di Dr. Chong Clinic Shah Alam

Assalamualaikum dan hai,

Baru-baru ni Qiss berkesempatan untuk ke Dr. Chong Clinic yang terletak di Shah Alam bagi membuat Rawatan Skin Booster. Anda boleh baca entri tersebut DI SINI.

Pada masa yang sama juga Qiss buat Whitening Laser ataupun lebih dipanggil TRI-BEAM Laser Toning. TRI-BEAM Laser Toning adalah rawatan kosmetik yang merevolusikan penjagaan kulit. 

Dianggap sebagai kaedah terbaik pencerahan kulit dan peremajaan kulit, ini adalah teknologi yang luar biasa untuk merawat pelbagai masalah kulit. Sama ada kerosakan sinar matahari, pori-pori terbuka, bekas jerawat, hiperpigmentasi, ketiak gelap, kulit tidak rata, tekstur kulit kasar atau garis halus, TRI-BEAM Laser Toning adalah jawapan untuk semua masalah kulit. 

Sebelum buat rawatan akan ada sesi konsultasi bagi mengenalpasti rawatan yang sesuai.

TRI-BEAM menggunakan bentuk laser Q-Switched Nd: YAG lanjutan yang menghaluskan dan membalikkan masalah kulit. Ia menggunakan tenaga cahaya dan haba yang dipancarkan dari laser dengan bantuan karbon untuk menguap lapisan atas kulit yang rosak. 

Pancaran cahaya secara konsisten memecahkan pigmen gelap (aka melanin) yang bertanggungjawab terhadap cela, pigmentasi, parut, tan, dan lain-lain dan menampakkan lapisan bawah kulit anda. Laser juga merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga membolehkan kulit jadi sihat, segar dan muda serta kelihatan bersinar.

Apakah Faedah Rawatan Toning Laser? 

Laser Toning menggunakan teknologi TRI-BEAM telah banyak mengubah arah peremajaan kulit. Ia juga terbukti dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, dengan mendorong kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit. TRI-BEAM Laser Toning dapat membalikkan kerosakan dan memperbaiki kesan pencemaran, usia, tekanan dan cahaya matahari.

Rawatan TRI-BEAM Laser Toning dijalankan oleh doktor yang bertauliah.

Antara faedah lain ialah:

1. Ia meningkatkan kejelasan kulit dan perubahan warna kulit. 

2. Ia membantu dengan pencerahan kulit. Boleh digunakan pada pelbagai bahagian badan - muka, leher, lengan, ketiak, bibir, kaki, dll. 

3. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ini adalah prosedur 'jam makan tengah hari' (20-30 minit), kalau anda nak buat rawatan semasa makan tengah hari pun boleh kiranya. 

4. Tidak ada tanda-tanda kisah dan tidak ada waktu henti (downtime) selepas sesi (mungkin ada kemerahan ringan yang akan terjadi selama beberapa minit). 

5. Rawatan tanpa rasa sakit (tidak memerlukan anestesia).


Bagi Qiss rawatan ni paling mudah dan cepat. Kita dapat tengok hasilnya pun seusai rawatan. Cuma selepas rawatan laser tidak digalakkan memakai serum dan toner selama tiga hari tapi kena pastikan kita sentiasa pakai krim pelembap dan juga krim pelindung cahaya matahari.

Promosi Ulangtahun ke Empat Dr. Chong Clinic 

Sempena promosi ulangtahun ke empat Dr. Chong Clinic ni banyak tawaran diskaun hebat dan jimat untuk anda.











Pelbagai hadiah menarik berupa sebuah kereta Proton Saga dan hadiah sehingga RM100,000 untuk dimenangi. Promosi ini berlangsung sehingga 30 September 2020.

Rawatan kat sini selamat dan dijalankan oleh doktor yang bertauliah tau. Qiss pun seronok buat rawatan kat sini. Nak lagi best anda boleh dapat diskaun atas harga normal bila sebut nama "Balqis Athirah" semasa ingin membuat rawatan. Teruja tak?

Untuk anda yang berminat untuk dapatkan rawatan seperti Qiss, boleh kunjungi cawangan Dr. Chong Clinic yang berdekatan.

Shah Alam Branch (Selangor)

F-33-G, Vista Alam,

Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor.

Telephone: +603-5524 3083

Whatsapp: +6018-471 0988

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,

Taman Usahawan Kepong,

52100 Kuala Lumpur.

Telephone: +603-6179 3157

Whatsapp: +6018-473 8818

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Skudai Branch (Johor Bahru)

49G, Jalan NB2 2/2,

Taman Nusa Bestari 2,

81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

Telephone: +607-559 6110

Whatsapp: +6011-5636 6110

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

Read More

08 September 2020

Rawatan Skin Booster Di Dr. Chong Clinic Shah Alam

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak cerita sikit tentang Skin Booster Injection atau dalam bahasa Malaysia dipanggil Suntikan Penggalak Kulit.

Buat pertama kalinya Qiss menjalani rawatan ini di Dr. Chong Clinic yang terletak di Shah Alam. Memandangkan Qiss buat rawatan semasa PKPP jadi SOP rawatan di sini mengikut piawaian yang disarankan.

Skin Booster Injection ini merupakan suntikan menggunakan cecair asid hyaluronik yang disuntik ke bahagian muka dan bahagian yang memerlukan.

Pada asasnya, suntikan pelembap bertujuan untuk menjadikan kulit anda kelihatan dan terasa lebih baik tetapi tidak mengubah bentuk atau pergerakan otot wajah anda.

Pelembap suntikan dan penggalak kulit pada amnya adalah larutan berasaskan asid hyaluronik yang disuntikkan ke dalam kulit untuk memperbaiki penampilan kulit di wajah, leher dan tangan anda. Ia memberikan hasil yang optimum kerana kemampuan asid hyaluronik bekerja dari dalam ke luar, membangkitkan sel-sel di dalam 'pusat kuasa' kulit anda untuk menambah, menghidupkan dan meremajakan. 

Asid hyaluronik digunakan kerana ia adalah faktor pelembap semula jadi yang kuat yang terdapat pada kulit, otot dan sendi. 

Keupayaannya menarik 1000 kali beratnya dari dalam air ke dalam kulit menjadikannya ideal untuk mengikat dan mengekalkan molekul air, memberikan pelembapan bawaan terbaik.

Jom tengok video rawatan ni:

Kelebihan Skin Booster 

1. Jadikan kulit lebih segar dengan melicinkan dan melembutkan kulit dari dalam 

2. Memperbaiki tekstur kulit agar kelihatan semula jadi 

3. Mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit 

4. Mengembalikan keseimbangan bendalir (Hidrobalance)

5. Merangsang pengeluaran kolagen 

6. Meningkatkan keanjalan kulit 

7. Memberi fungsi antioksidan 

8. Mempercepat penyembuhan luka 

9. Kurangkan keradangan

Kesan Sampingan Skin Booster

Kesan sampingan Skin Booster hanya bersifat sementara, kadang-kadang selepas suntikan boleh menyebabkan lebam atau kebiruan (hematoma) setelah tindakan tersebut disebabkan oleh pemotongan saluran darah oleh jarum penyuntik. Lebam ini akan hilang dengan sendirinya dalam 3-7 hari.

Hasil positif dapat dilihat selepas seminggu. Untuk mendapatkan hasil yang optimum tentunya rawatan harus seimbang dengan pengaturan makanan iaitu makan makanan dengan nutrien seimbang secara berkala, terutama makanan yang mengandung zat antioksidan tinggi yang berfungsi menjaga kehalusan kulit seperti tomato, juga makan makanan yang diperbuat daripada soya kaya dengan isoflavon yang membantu mengekalkan tahap kolagen dalam badan. 

Minum air secara teratur dengan jumlah yang mencukupi dan senaman teratur juga penting untuk mencegah proses penuaan. Juga disyorkan untuk mengelakkan merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pencemaran, tekanan dan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.

Promosi Ulangtahun ke Empat Dr. Chong Clinic 

Pelbagai hadiah menarik berupa sebuah kerdta Proton Saga dan hadiah sehingga RM100,000 untuk dimenangi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Dr. Chong Clinic. Selain daripada cantik, anda juga boleh menang hadiah menarik ni tau.


Rawatan kat sini selamat dan dijalankan oleh doktor yang bertauliah tau. Qiss pun seronok buat rawatan kat sini. Nak lagi best anda boleh dapat diskaun atas harga normal bila sebut nama "Balqis Athirah" semasa ingin membuat rawatan. Teruja tak?

Untuk anda yang berminat untuk dapatkan rawatan seperti Qiss, boleh kunjungi cawangan Dr. Chong Clinic yang berdekatan. 

Shah Alam Branch (Selangor)

F-33-G, Vista Alam,

Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor.

Telephone: +603-5524 3083

Whatsapp: +6018-471 0988

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,

Taman Usahawan Kepong,

52100 Kuala Lumpur.

Telephone: +603-6179 3157

Whatsapp: +6018-473 8818

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm


Skudai Branch (Johor Bahru)

49G, Jalan NB2 2/2,

Taman Nusa Bestari 2,

81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

Telephone: +607-559 6110

Whatsapp: +6011-5636 6110

Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm

Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

Read More

07 September 2020

9 Things to Expect on Shopee 9.9 Super Shopping Day

Culmination of signature campaign features irresistible highlights on 9 September.

Shopee’s signature annual shopping event, the 9.9 Super Shopping Day, has brought millions of people together with its exciting deals and offerings. This year, the shopping event which returns for the fifth edition, takes on a greater significance as communities step up their recovery efforts from the pandemic and adapt to the new normal of e-commerce. Not only will it provide a springboard for sellers and brands to grow their e-commerce business but it will also deliver the best shopping experience for users through  daily free shipping with a minimum spend lowered to just RM9, an extensive list of deals, promotions and prizes to be won.


The 9.9 Super Shopping Day period takes place from now till the day that Shopee users look forward to the most - 9 September. So what exactly can Malaysians expect on D-Day? Here are 9 highlights to look out for on 9.9 itself! 


1. 9.9 Super Show

For a memorable countdown to 9.9, don’t miss the Shopee 9.9 Super Show featuring games, performances and acts by a star-studded lineup including Ernie Zakri, Dato' Aaron Aziz, Ayda Jebat, Alif Satar, Wany Hasrita and many more. Not only that, viewers can play and win prizes such as Samsung 55” TVs, iPhone 11s and gold bars. Catch it on 8 September, from 9pm on Shopee Live and Shopee MY’s YouTube channel. The Shopee 9.9 Super Show is sponsored by Drypers, Dettol, P&G, Friso, PediaSure, Nescafé and L'Oréal.


2. Midnight Madness

At the stroke of midnight on 9 September, go on a shopping frenzy as the RM9 lowered free shipping is expanded sitewide from 12AM - 2AM. Meanwhile, 9.9 Only Deals where shoppers add deals to their cart earlier and checkout on 9 September feature mouth-watering discounts including:

Samsung front load washing machine - RM2,599 RM1,355



Honda Wave Alpha - RM5,000 RM3,900



Samsung Galaxy S20+ - RM3,999 RM2,899



Giordano Men’s Napoleon Embroidery Polo - RM119 RM25



3. Free Shipping Hours

What is better than free shipping vouchers? Even MORE free shipping vouchers! Look out for extra quantities of RM9 platform-wide free shipping vouchers to be claimed and used at 12AM, 9AM, 12PM & 9PM for greater savings. 


4. Last-Minute Rush

Get ready to be spoiled for choice with an assortment of promos while enjoying RM9 platform-

wide free shipping from 10PM - 12AM to grab all you need right before 9.9 Super Shopping Day ends.


5. Rewards, Rewards and more Rewards

Set reminders to be notified about big 9.9 rewards on specific time slots throughout the day, such as RM30 off at 1AM, 25% off at 7AM and RM20 off at 9AM.


6. Plant & Grow 9 Samsung Galaxy Note20

Beyond providing just discounts to users, the 9.9 Super Shopping Day gives shoppers a chance to win 9 shiny new smartphones. On 9.9 itself, plant and grow 9 units of Samsung Galaxy Note20 that will be given out from the Lucky Tree when playing the Shopee Farm game. With its hyper-fast processor and timeless design, the Note20 is sure to be a hit among fans. 


7. 10x Brands Spotlight

Shopee Mall brands offer 100% authentic products, 15 days hassle-free returns at zero cost and free shipping nationwide. On 9 September, enjoy double the number of Brands Spotlight slots compared to regular days within the 9.9 Super Shopping Day period. What this means is that there will be double the number of these brands throughout the day that feature limited time special deals and vouchers including Huawei and Oppo.


8. 9.9 Only Vouchers

Claim special vouchers now and use them on 9 September. These include 50% off vouchers from retailers, exclusively for Shopee users, for a more rewarding shopping experience. 


9. Shopee Games

The 9.9 Super Shopping Day would not be complete without Shopee’s signature fun games loved by many. Shake away on Shopee Shake to win coins at 12AM, 12PM and 8PM. Meanwhile 3 gold bars await players on Shopee Claw!


These highlights are on top of 9.9 million PENJANA vouchers available to be enjoyed during the campaign by consumers as part of Shopee’s collaboration with Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) for the Government’s Short-Term Economic Recovery Plan (PENJANA).


The campaign also features deals from financial partners such as Visa, FPX and HSBC and lifestyle partners like Gong Cha, Marrybrown, LEGOLAND, We Bare Bears and Krispy Kreme. The 9.9 Super Shopping Day is anchored by British Polo, Elianware, L'Oréal, Nestlé, Oppo, P&G, PediaSure, realme, Siti Khadijah, Skechers, Tefal, and Vinda. 


Check out what to expect on 9 September here - https://shopee.com.my/m/99-comingsoon-30202 and browse through the 9.9 Super Shopping Day incentives by visiting https://shopee.com.my/m/99  


Read More

06 September 2020

Wisma Mutyara Lambang Kegigihan Tya Arifin

Assalamualaikum dan hai, 

Bagi seorang wanita yang berjaya mengecapi impian dan dikelilingi keluarga yang menyokong perniagaan yang diceburi amatlah sangat bermakna. Hari ini kita boleh berbangga dengan pencapaian Tya Arifin.

Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini. 

Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini.

Ironinya, perkenalan selama setahun setengah ketika bibit cinta bersulam antaranya dan suami, Asyraf Khalid mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahiran sendiri.

Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015.  Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.

“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga. Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami. 

Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.

Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” katanya.

Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.

“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.

Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna. 

Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.

Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.

Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi sudah bercita cita ada wisma sendiri.

Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.

Ironinya, kejayaan yang datang ini tidak datang bergolek. Menepis pelbagai skeptikal yang datang bertalu talu, menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang.

Bertemunya pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September,  Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.

“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.

Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya. Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.

Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya

Jika mahu diimbas, perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyberjaya. Seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun. 

“Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan diri. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar kita sebuah erti kehidupan dan selok belok dunia niaga. Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti. 

Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.

Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.

“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan. Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.

Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.

Sebagai manusia biasa, Tya dan suami juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka sebagai anak dan hamba Allah.

“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarganya di Indonesia. Begitu juga saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna,” katanya.

Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara.

“Alhamdulilah sejak enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal.

Ada antara mereka yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan menjual rangkaian produk Mutyara. 

Saya kalau boleh nak tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan  dropship,” katanya.

Bagi Tya biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini  juga tidak malu mengaku pernah gagal.

“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri. 

Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.

Jus kesihatan ini terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol. Bagaimanapun pada hujung tahun ini turut diberi pilihan dijual dalam bentuk pek mudah bawa. 

Layari www.mutyara.com atau klik https://bit.ly/2Q5nJ2h untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara. Atau untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 0182789277

Read More

Guardian Perkenal Healthy Beauty Awards 2020

Undi jenama terbaik, paling popular dan paling dipercayai & menang pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000

Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.

Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020.

Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy Beauty.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”

“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”

“Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”

“Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.

Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian

“Dan untuk undian tahun ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui platform media sosial mereka atau daftar secara manual dan mula mengundi. Tiada had bilangan penyertaan dikenakan jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu,” tambah Anna.

Selepas mengundi, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Dan semua pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186 hadiah dan baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020. 

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.

Jadi mulalah mengundi dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September ini! 


Read More

01 September 2020

Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series with Shopee

Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha and Malaysia’s no.1 e-commerce platform Shopee are joining forces to bring all Shopee users an exciting range called the Shopee 9.9 Super Drinks that will sure tingle the taste buds, put a smile on everyone’s faces and have them wanting more. 

Introducing three special brews - the Mango Matcha Latte, Mango Latte & Mango Marble, these exclusive and special beverages are introduced in celebration of Shopee’s flagship annual shopping event - the Shopee 9.9 Super Shopping Day. 

Mango Matcha Latte

The triple-layered and eye-catching Mango Matcha Latte consists of tangy mango puree, rich-flavoured matcha and creamy fresh milk. While some may wonder at the odd coupling and contrasting bitterness of the matcha and sweetness from the mango, they actually complement each other well when mixed together. Be bold and adventurous with this Mango Matcha Latte that will sure to stir your gastronomic senses. 

 



Mango Latte

The Mango Latte’s flavours are subtle and on point. The Gong Cha's freshly brewed green tea blends perfectly with the fresh milk while the bits and pieces of mango offers a unique and addictive texture to the drink. This refreshing and fruity version of a green tea latte is something you can’t afford to miss!


Mango Marble

The blend of mango, paired with milk green tea and Gong Cha's signature milk foam, creates a beautiful marble texture which gives the drink its name. The combination of rich, creamy milk foam and the floral taste of mango may just be that refreshing drink for you to sip on during a fun, road trip with friends. 

Gong Cha is introducing their e-drink series for the very first time where the drinks can only be purchased digitally via the Shopee app and collected at their outlets. Get the Shopee x Gong Cha e-drink series now exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal. The Shopee 9.9 Super Drink vouchers can be redeemed at all Gong Cha outlets nationwide from now to 27 September. 

Fans can enjoy the drinks at an introductory price of RM7 (Normal price: RM10) from now to 13 September. Save more when you purchase the drinks at RM5 only on these special dates: 1 Sept, 6 Sept and 9 Sept. 

Apply the code GC99 upon checkout to enjoy 30% coins cashback (capped at RM5) when you purchase the e-drink series on Shopee from 1 - 9 September.

The Shopee 9.9 Super Drink is introduced in conjunction with the Shopee 9.9 Super Shopping Day, happening from now to 9 September 2020. Users who visit Shopee are in for an exciting shopping event - free shipping with minimum spend of RM9, daily Shocking Sale with RM9 deals, 50% off vouchers as well as prizes worth up to RM 99,000 to be won through Shopee Games.

What are you waiting for? Visit https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series now! 



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com