Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

01 March 2023

Tema Bufet Ramadan Citarasa Asli Dari Dato' Chef Ismail dan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2023 KL Tower

Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 hijrah yang bakal tiba, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Bufet Ramadan tahun ini dengan bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ bermula pada 25hb Mac hingga 19hb April 2023, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

Tema Bufet Ramadan Citarasa Asli Dari Dato' Chef Ismail dan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2023 KL Tower

Istimewa tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan kembali berkolaborasi bersama chef selebriti terkenal Malaysia iaitu Dato’ Chef Ismail, setelah kejayaan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur bersama beliau pada tahun 2015 dan 2016, tahun ini Dato’ Chef Ismail Kembali di Menara Kuala Lumpur dan pastinya beliau akan menyajikan pelbagai jenis sajian asli tempatan dan antarabangsa yang lazat dan menyelerakan.

Antara menu istimewa yang disediakan oleh Dato’ Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur adalah Kambing Bakar, Ikan Bakar Daun Pisang, Siakap 3 Rasa, Nasi Briyani, Nasi Ulam, Daging Masak Hitam dan banyak lagi menu menarik.



Nasi Ulam

Nasi Beriyani

Rojak

Bubur Lambuk

Kambing Bakar

Kuih muih

Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam ‘sunset’ dan juga pada waktu malam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bagi Bufet Ramadan tahun ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan harga RM209.00 untuk dewasa dan RM159.00 untuk kanak-kanak, pada Hari Biasa (iaitu Isnin hingga Jumaat). Manakala, pada Hari Minggu (iaitu Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), harga yang ditawarkan adalah RM229.00 untuk dewasa dan RM179.00 untuk kanak-kanak.






Juga istimewa pada tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket lawatan ke SKY DECK secara PERCUMA kepada para tetamu Bufet Ramadan (harga asal RM71.00 seorang).

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini dengan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’!

Bukan itu sahaja, menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru akan kembali mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk pada Sabtu, 18hb Mac 2023 mulai jam 8.00 pagi di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Masjid/Surau, Hotel/Restoran dan Terbuka. Pertandingan ini juga terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang sahaja.

Pertandingan memasak bubur lambuk 2023 Menara Kuala Lumpur

Ianya juga terbuka kepada 30 kumpulan terawal yang mendaftar selewatnya pada 15hb Mac 2023. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000.00 berserta hamper dan lapan tiket ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur menanti pemenang!

Pada masa yang sama, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitarKuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari Facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl / Twitter @menara_kl / Tiktok @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!

Read More

20 February 2023

Top Tips For Saving Up Before Payday


If you’re looking to save money while waiting for your salary to arrive, here are THREE WAYS to maximize savings before your next payday:

1. Make a Budget

Before you start shopping, make a budget for how much you can afford to spend. This can help you avoid overspending and ensure that you only buy items you actually need. If you’re ordering online, check out ShopeeFood’s amazing deals that can help you to save up extra ringgits!

2. Plan your Purchases

Look at the items that are on sale and make a list of the ones you want to buy. This way, it helps you to stay focused and avoid buying things on impulse.

3. Enjoy FREE delivery to the fullest

Surprise your best pals with something savory or something sweet! Let it be known that our free delivery vouchers are now up for grabs this ShopeeFood Day and PayDay!

ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!

Order from a variety of restaurants like Lim Fried Chicken, Kenny Rogers Roasters, Sangkaya, Krispy Kreme and much much more:

From 25th - 28th Feb

● 50% OFF Vouchers

● Free Delivery min. spend RM0

For more information on ShopeeFood Day check out ShopeeFood Day Promos/ PayDay Sale PayDay

Sales Promos, or visit or follow @shopeefood_my on Instagram.

Terms and conditions apply.

Read More

07 February 2023

Pak John Steamboat & BBQ Kini Dibuka Di Aeon Mall Shah Alam

Hari ni kita bawa keluarga makan steamboat dekat Pak John Steamboat & BBQ kat AEON Mall Shah Alam. Outlet ni baru dibuka dan menyediakan pelbagai jenis makanan steamboat yang segar-segar.

Makan bersama keluarga di Pak John Steamboat & BBQ Aeon Mall Shah Alam

Pak John Steamboat & BBQ di Aeon Mall Shah Alam ini terletak di aras 1 pusat membeli-belah Aeon ini boleh memuatkan sehingga 168 orang untuk satu-satu masa. Agak luas juga sebenarnya. Disediakan satu bilik VIP yang boleh ditempah khas (awal) sekiranya hendak diadakan majlis atau makan-makan dalam keadaan yang lebih privasi.

Untuk buffet hujung minggu ada disediakan daging premium. Untuk hari biasa pelanggan boleh request untuk daging ini ya. Tapi ada caj khas tapi harganya cukup berpatutan.


Ada pelbagai jenis sup disediakan seperti sup udang, sup kimchi dan juga tomyam. Boleh pilih yang mana satu kegemaran anda.

Qiss ambil sup tomyam dan sup udang. Dua-dua sup sedap

Kat sini turut disediakan dim sum dan pencuci mulut seperti kek, buah-buahan, waffle dan aiskrim.





Terdapat pelbagai pilihan sos. Dari sos kuning, sos Thai dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap bila dipadankan dengan daging perap yang telah dibakar. Fuhhh 🥰

Konsep dapur terbuka diperkenalkan, jadi kita dapat lihat bagaimana krew restoran  menyediakan serta menyiapkan hidangan untuk tetamu yang hadir untuk menikmati buffet.

Pelbagai Hidangan Menarik Ditawarkan

Selain daripada masakan panas yang telah tersedia seperti nasi goreng dan mee goreng, Terdapat juga Tteokbokki dan pelbagai lagi. 


Jom makan steamboat bersama keluarga dan rakan-rakan, pasti anda akan puas hati dan kenyang sepanjang hari.

Untuk Pak John Steamboat & BBQ Aeon Mall Shah Alam dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

Selain di AEON Mall Shah Alam, Pak John Steamboat & BBQ juga mempunyai cawangan di :-

- Tropicana Gardens Mall, PJ

- IOI City Mall, Putrajaya

- Great Eastern Mall, KL

- Aeon Kota Bharu

Untuk booking dan pertanyaaan boleh terus wasap di 0163330378 / 0163330891 atau https://wa.link/n3awgr

@pakjohnsteamboatbbq @butterflyproject.my

#pakjohnsteamboat #pakjohnsteamboatbbq #butterflyproject  #pakjohn #pakjohngreateastern #steamboat #steamboatmalaysia #halal #halalfood #halalfoodie

Read More

04 February 2023

Guardian Perkenal Karakter Bunny Digital Dan Melancarkan Promosi Mix And Match Dengan Penjimatan 60%

Guardian telah melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya, yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua.

Guardian Mix & Match

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata; “Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami  kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian. 

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara

“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran."

Promosi ini bermula pada 1 Februari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023, jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Guardian.




Sempena Tahun Arnab, Guardian turut memperkenalkan karakter digital, Guardian Bunny Twin baharu yang dikenali sebagai Pom Pom dan Bun Nee.

Teo berkata: “Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi  dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.

“Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik.

“Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!!”

Jom dapatkan stiker WhatsApp arnab comel Guardian di SINI

Makan malam Guardian Bersama Media

Guardian turut meraikan media yang banyak membantu mempromosikan promosi terbaru Guardian setiap bulan.

Majlis makan malam tersebut diadakan di Dolly Dim Sum, Sunway Pyramid dihadiri oleh pelbagai media, KOL dan Blogger.






Macam biasa kalau ada Qiss mesti ada Zandra


Qiss bersyukur sangat-sangat sebab dapat membantu dalam mempromosikan pelbagai promosi Guardian, dapat juga rakyat marhaen jimat belanja bila ada promosi macam ni dan pelanggan lebih mengenali produk keluaran Guardian yang terbaru.

Jangan lupa kunjungi Guardian berdekatan. Kalau nak order online boleh guna aplikasi Guardian ataupun beli di Shopee Guardian

#guardianmy

#guardianmixNmatch

Read More

20 January 2023

Barcelona FC Rai Peminat Malaysia Sempena Tahun Arnab

Bersempena kehadiran Tahun Arnab, Spotify Camp Nou menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk  tarian naga dan singa serta kaligrafi Cina

Barcelona FC terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.

Barcelona FC Rai Peminat Malaysia Sempena Tahun Arnab

Bagi memperingati Tahun Baru, Barça melancarkan sebuah video yang bertajuk ‘Tahun Baru, Era Baru,’ yang mana begitu teruja menantikan 2023. Selain meraikan pemeteraian bersama bakat baharu, perkongsian inovatif serta pelancaran nama stadium yang serba baharu. Arnab, dikenali sebagai haiwan tuah yang berupaya membawa harapan dan nasib baik. Pemainnya, Eric Garcia, Ferran Torres, Jordi Alba, Iñaki Peña dan Alejandro Balde turut menghantar ucapan perayaan kepada peminat atau ‘Culers’ di seluruh dunia.




Presiden, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka dan sentiasa mendoakan semua peminat yang merayakannya. Memetik hantaran mesejnya, Laporta berkata “Kami telah melalui detik-detik menarik, mencabar dan penuh emosi pada 2022. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda, dan saya harap kami akan membawa lebih banyak detik gembira tahun ini. Selamat tahun baru, saya doakan anda bahagia dan sejahtera. Tahun baru, era baharu, Visca el Barça!”

Presiden Barcelona FC, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka

Barcelona FC akan memulakan sambutan itu pada 22 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou. Ini termasuk persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina. Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan lelaki akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain. Malah, stadium juga akan dihiasi dengan  replika Arnab. Manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang. 

Kelab itu juga akan mengeluarkan satu siri Vlog menerusi pengasasnya, Andres Gallardo yang menyelidik makna disebalik Tahun Arnab dengan mempamerkan koleksi barangan kemas dan beg tangan bertemakan arnab porselen buatan tangan daripada jenama Sepanyol itu. Culers juga boleh mendapatkan pelekat dan penapis Barça di Instagram menerusi #rabbityear serta menyertai cabaran di TikTok. Sementara itu, Culers boleh menikmati pelbagai pengalaman secara digital termasuk foto profil dan kertas dinding silang menerusi hasil tangan artis berbakat. Selain mendapatkan pelekat inspirasi Barça serta sampul merah di WeChat, dan koleksi arnab istimewa pada Meitu Xiu Xiu khas buat Culers yang terlibat dengan Barça ketika sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Kempen Tahun Baru Lunar tahun ini dilihat berupaya mengukuhkan komitmen Kelab untuk berinteraksi dengan peminat dengan mencipta pelbagai kandungan terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh Asia Pasifik. Pada 2013, Barça membuka ibu pejabatnya di Hong Kong dan sejak itu pasukan berkenaan telah menjalin hubungan yang akrab bersama peminat dan rakan kongsi. Selain mengembangkan kewujudan lebih banyak kelab dalam talian di rantau ini. Asia Tenggara merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 40 juta penyokong Kelab Bola Sepak Barcelona, yang menjadikannya wilayah strategik kepada kelab itu. Contohnya, pangkalan peminat di Malaysia yang cukup dinamik dan berkembang dengan membawa kepada jalinan kolaborasi bersama syarikat tempatan yang amat strategik, termasuk Maybank sebagai Rakan Kongsi Kelab Perbankan Serantau di Malaysia dan Singapura; dan SEBANG sebagai rakan kongsi Bateri Kereta rasmi di Vietnam, Malaysia dan Thailand.


Read More

17 January 2023

Review Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence

Hai semua, jom ikut Qiss cuba produk terbaru dari 𝙎𝙮𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙝. Produk Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence dapat membantu wajah tampil berseri tanpa bintik hitam dan mencerahkan kulit.

Review Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence

Masalah kulit gelap, bintik hitam, kusam & kulit cela memang boleh menghilangkan keyakinan diri. Tapi tak payah risau sebab dah ada produk yang boleh merawat kesemua masalah ini dari produk 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗿𝗲𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗿𝗲𝘁𝘀 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝗚𝗹𝗼𝘄 𝗕𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗹𝘂𝘀 𝗘𝘀𝘀𝗲𝗻𝗰𝗲 yang menghasilkan 3x kuasa untuk kulit lebih lembap & cerah.

📌 Dirumus dengan ekstrak bunga sakura yang membantu mencerahkan dan mencerahkan tona kulit yang tidak sekata, memberikan kulit yang cerah dan sempurna.

📌 Diperkaya dengan aktif pekat tinggi vitamin B5 dan ASID HYALURONIC yang menenangkan kulit dan mengekalkan kelembapan sambil meningkatkan keanjalan kulit.

📌 Menghidratkan kulit dan mencerahkan tona kulit dengan jelas.

📌 Membantu mengurangkan bintik hitam.

Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence

KELEBIHAN PRODUK

1️⃣ Kulit kelihatan bercahaya & tanpa cela 

2️⃣ Mendedahkan kulit wajah yang lebih segar, bersih & cerah 

3️⃣ Menyuburkan kulit & memberikan tekstur kulit yang halus 

4️⃣ Mengawal rembesan sebum & menenangkan kulit 

5️⃣ Produk Halal

Tekstur Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence

Selepas penggunaan 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗼𝗿𝗲𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗿𝗲𝘁𝘀 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝗚𝗹𝗼𝘄 𝗕𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗹𝘂𝘀 𝗘𝘀𝘀𝗲𝗻𝗰𝗲, kulit akan nampak glowing, lebih cerah & tanpa cela. Bintik hitam pun akan berkurangan. Penggunaan setiap hari dapat boleh dapat hasil yang memberangsangkan pada kulit.

CARA PENGGUNAAN

Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam sebagai rutin harian penjagaan wajah, selepas kita mencuci muka dan memakai toner, kita titiskan 2 ke 3 titis essence ni kena seluruh wajah dan leher. Urut dengan lembut dan ia meresap dengan cepat. Untuk dapatkan result yang terbaik, boleh gunakan dengan pelembap.

Qiss suka sangat dengan kulit Qiss sekarang. Memang berbaloi untuk dapatkan produk Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

📎 Laman web : https://syahirah.com.my/

📎 Facebook : https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/

📎 Instagram : https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/


#SyahirahKoreanSecrets #skincare #hydration #brightening #halal #madeinmalaysia

Read More

Shopee Dedahkan Cara Rakyat Malaysia Bersedia untuk Transformasi Digital

60% daripada Pembeli Kekal Teguh dalam Mencapai Cita-cita dan Keseronokan dalam E-Dagang

Past the Starting Line: Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2023 - Shopee Malaysia secara rasmi memperkenalkan Laporan Trend Pengguna ‘‘Past the Starting Line: Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023’. Daripada 2,150 pembeli Malaysia yang ditinjau, 60% kekal teguh dalam mencapai cita-cita dan keseronokan dalam e-dagang pada 2023. Malah, pembeli di bawah kategori seperti Mobile & Accessories (61%), Automotive (60%), Fashion (59%), and Home & Living (59%) menjadi lebih celik teknologi dan menyedari sepenuhnya keperluan mereka yang pelbagai dalam menyokong perniagaan tempatan untuk ekonomi ke hadapan.

1. Penggunaan perkhidmatan digital yang lebih bijak

Apabila ditanya apakah Azam Tahun Baru mereka pada 2023, 35% rakyat Malaysia mahu mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri tahun ini. Tahap di mana mereka melihat untuk memperbaiki diri tersebar: gaya hidup dan pilihan hidup yang lebih baik (26%), peningkatan kemahiran dan hobi memupuk (23%), dan meningkatkan keyakinan sosial (16%). Apabila memikirkan tentang mencari dan membeli barangan, 39% pembeli merancang untuk membeli lebih rumah dan produk kediaman pada tahun 2023, 38% menunjukkan minat terhadap keperluan keluarga seperti barangan rumah, 13% memperoleh pengetahuan melalui buku dan permainan, dan 10% melengkapkan diri dengan senaman dan peralatan perjalanan.

Oleh kerana mereka lebih celik digital dan menggunakan lebih banyak masa dalam talian di semua bahagian perjalanan pengguna mereka, 51% pembeli melihat peningkatan kepentingan pemperibadian dan fleksibiliti membeli-belah yang lebih besar untuk tahun baharu. Khususnya, 32% rakyat Malaysia merentas semua kategori ingin menerokai tawaran bulatan Shopee dan membeli-belah langsung, dan 17% mahu menerima beli-belah yang penuh perhatian dengan menjadi mampan dalam menyokong perniagaan inklusif tempatan.

2. Penggunaan perkhidmatan digital yang semakin meningkat untuk masyarakat luar bandar

Apabila Shopee bertanya kepada pembeli tentang minat mereka terhadap barangan buatan tempatan daripada penjual Borneo, 5 daripada 10 pembeli menyatakan minat untuk menyokong perniagaan tempatan di Borneo untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 35% mempertimbangkan untuk menukar pilihan untuk membeli lebih banyak barangan tempatan, dan selebihnya meneruskan tabiat membeli-belah dalam talian yang dipelajari dan dan merupakan sesuatu kebiasaan. Ramai yang teruja untuk menyokong produk Buatan Malaysia daripada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di kawasan luar bandar kerana kualiti dan ketahanannya yang tinggi. Penjual di luar bandar besar boleh mendapatkan inspirasi daripada Khairul Aming, usahawan tempatan dari Kelantan, yang dianugerahkan Super Favourite MCO Entrepreneur di Shopee Super Awards 2022 kerana mempunyai pertumbuhan yang luar biasa melalui sokongan pembeli setia.

“Kami terus bekerja dengan ‘user-centric approach’ untuk memastikan kami sentiasa termaklum tentang arah trends dan konteks pembeli untuk mencipta kesan positif melalui ekosistem inklusif kami. Ini membantu kami menyalurkan usaha dan menangani keperluan pengguna secara optimum untuk berkongsi masa depan ekonomi digital. Dan kerana usaha dan berkat mereka, Shopee menduduki tempat pertama dalam Kedudukan Jenama Terbaik YouGov di Malaysia dan memenangi emas untuk Jenama Malaysia Terkuat Kantar dalam kategori ‘General Retailers’ and ‘Lifestyle App’. Kami tidak sabar untuk bersama-sama, meraikan dan memberi kembali kepada komuniti tempatan kami dengan harapan yang lebih besar supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menggembirakan,” kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

3. Kebangkitan pembeli yang lebih muda dan lebih bertujuan

Dengan kebangkitan pembeli yang lebih muda dan lebih bertujuan, ramai yang tidak akan berkompromi dengan prinsip. 7 daripada 10 rakyat Malaysia berusaha untuk membuat keputusan pembelian yang lebih bijak melalui kandungan yang bernas seperti jaminan produk, live demos dan unboxing untuk memastikan produk yang mereka gemari berbaloi. Memandangkan pembeli memberi perhatian yang teliti terhadap maksud dan tindakan penjual, mereka boleh berinteraksi dengan komuniti pemberi pengaruh dan ahli gabungan Shopee yang pelbagai untuk menemui dan menikmati pengalaman membeli-belah yang tulen.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami telah melihat dalam dua tahun lalu, bagaimana penggunaan perkhidmatan digital seperti e-dagang boleh meningkatkan kehidupan orang ramai dan mengubah cara pengguna dan perniagaan berhubung. Walaupun ramai yang datang dalam talian, kami baru sahaja melepasi garis permulaan dalam ekonomi digital Malaysia, dengan peluang jangka panjang yang lebih besar untuk membantu lebih ramai orang mendapat manfaat. Pada tahun akan datang, pengguna digital ini akan terus membentuk masa depan ekonomi digital. Shopee berkongsi trend pengguna utama yang kami perhatikan bahawa perniagaan perlu menyesuaikan diri, dan mereka yang berbuat demikian, akan meletakkan asas bagi ekosistem digital yang berdaya tahan yang akan membolehkan mereka menjangkau lebih ramai pengguna pada masa hadapan. Kami komited untuk membantu rakan kongsi kami memahami arah trend ini dan membuka lebih banyak peluang."

Pembeli akan terus mempengaruhi masa depan ekonomi digital dengan jangkaan yang lebih tinggi terhadap interaksi dalam talian mereka. 32% daripada pembeli berhasrat untuk menghabiskan lebih banyak masa pada tahun 2023 untuk menghilangkan tekanan dan memperoleh coins melalui Shopee Prizes. Lebih 29% memilih untuk menyokong perniagaan dan produk tempatan melalui Shop Malaysia, 28% lazimnya mencari barangan tulen dan tulen di Shopee Mall, dan selebihnya mengikuti trend dan produk terkini yang dijual di Shopee Live dan menderma kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan melalui ShopeeGivesBack.

Laporan Trend Pengguna ‘Past the Starting Line: Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023’ adalah sebahagian daripada siri kepimpinan pemikiran Shopee. Cerapan terdorong data ini membolehkan penjual dan pembeli dalam talian memanfaatkan perkhidmatan e-dagang dan digital untuk memacu daya tahan dan kekal relevan. Pandangan lanjut mengenai influencer Malaysia akan dikongsi dengan lebih terperinci pada minggu akan datang.


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com