Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

18 October 2023

The Benefits of Using Batik Air as Airplane Choices to London From Kuala Lumpur

Hi,

Regarding air travel, Traveloka Batik Air stands out as a symbol of excellence and luxury. Known for its commitment to passenger comfort and exceptional in-flight services, Batik Air has become the airline of choice for those flying from Kuala Lumpur to various destinations, including London.

Batik Air is an Indonesian-based airline that takes its name from the traditional Indonesian art of batik, known for its intricate and artistic designs. Like the complex batik patterns, Batik Air weaves a tapestry of elegance and luxury into every aspect of your flying experience.

The Benefits of Using Batik Air as Airplane Choices to London From Kuala Lumpur

The Benefits of Using Batik Air Airlines

1. Exceptional In-Flight Services

From the moment you step onboard a Batik Air flight, you'll notice the difference. The cabin exudes sophistication, with spacious seating arrangements designed for your comfort. Batik Air's commitment to passenger comfort is evident through the generous legroom and well-thought-out cabin environment.

2. Gourmet Dining in the Sky

For many travelers, the dining experience is a crucial aspect of their journey. Batik Air understands this and excels in offering passengers an array of delectable cuisine. Their in-flight menu boasts a combination of international and Indonesian dishes, ensuring that every passenger's palate is catered to.

3. In-Flight Entertainment at Its Best

No long-haul flight is complete without a selection of entertainment options to keep you engaged throughout your journey. Batik Air offers a comprehensive in-flight entertainment system featuring a variety of movies, music, and games. Whether you prefer the latest Hollywood blockbusters or relaxing melodies, you'll find plenty to entertain you.

4. World-Class Cabin Crew

Batik Air's cabin crew is renowned for their professionalism and warmth. They are dedicated to ensuring that every passenger's needs are met with care and courtesy. Whether you need assistance or have special requests, the Batik Air team is committed to making your journey as pleasant as possible.

5. Awards and Recognition

Batik Air's dedication to excellence has earned the airline numerous awards and accolades. They have been recognized for their in-flight dining, cabin service, and overall commitment to passenger satisfaction. These awards testify to Batik Air's unwavering dedication to delivering a superior travel experience.

Kuala Lumpur to London with Batik Air

If you plan a journey from Kuala Lumpur to London, Batik Air can be your passport to a seamless and luxurious experience. While Batik Air offers exceptional services on various routes, including Kuala Lumpur, their commitment to excellence truly shines when traveling from Kuala Lumpur to London. London's magnetic charm, steeped in history, culture, and modernity, beckons travelers from Kuala Lumpur and across the globe.

London Must-Visit Destinations

London is a city brimming with history, culture, and iconic landmarks. Some of the must-visit destinations include:

1. The British Museum

Home to a vast collection of art and artifacts worldwide, including the Rosetta Stone and the Egyptian mummies.

2. Buckingham Palace

Witness the Changing of the Guard ceremony and explore the magnificent State Rooms during the summer months.

3. The Tower of London

Discover the Crown Jewels and delve into the city's rich history at this historic castle.

To make your journey even more convenient and enjoyable, consider booking your Batik Air flight with Traveloka. With a schedule that caters to different preferences and a reputation for world-class service, Batik Air ensures that your journey from Kuala Lumpur to London flight is not just about reaching your destination but savoring every moment of the voyage. 

Choose Batik Air and elevate your travel experience to new heights. With Traveloka, you can access exclusive deals, enjoy a seamless booking process, and know that your travel plans are in capable hands. Happy travels!

Read More

13 October 2023

Shopee Live Pacu 120 Kali Ganda dalam Aktiviti “Add-to-Cart” Pengguna Ketika 10.10

Festival Shopee Live pecah rekod dengan 30 juta keterlibatan pengguna

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2023 - Shopee mencapai kejayaan bersejarah pada Festival Shopee Live 10.10 dengan peningkatan menakjubkan sebanyak 120 kali ganda dalam aktiviti “Add to Cart” pengguna, dipacu oleh peningkatan trafik pengguna baharu dan keterlibatan tinggi pengguna pada hari kemuncak. Rakyat Malaysia menonton sesi strim langsung yang interaktif dan menyeronokkan, menikmati baucar eksklusif Live daripada penjual yang mengambil bahagian, dan menyertai rancangan permainan di Shopee Live.  

Sepanjang kempen yang berlangsung selama 9-hari ini, Shopee Live menyaksikan peningkatan lebih 595,000 penonton baharu. Platform ini merekodkan keterlibatan pengguna hebat sebanyak 30 juta pada 10.10, di mana pengguna menanti-nantikan yang ciri dinamik strim langsung ini seperti Baucar Terhad dan permainan mini Spin 2 Win.  Lebih 12 kali ganda* penonton baharu menonton Shopee Live pada 10.10 untuk merebut peluang mendapatkan baucar diskaun 90% daripada penjual yang mengambil bahagian dan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 ketika rancangan permainan  Kotak Duit Misteri pada 8 malam. 

Penjual Shopee Mall meningkat secara ketara sebanyak 12 kali ganda, menggunakan Shopee Live pada kali pertama pada hari 10.10 berbanding hari biasa sepanjang 3 bulan lalu. Pembeli menikmati promo eksklusif dan diskaun daripada lebih 5,000 jenama seperti Pediasure, TTRacing, dan banyak lagi di Shopee Live. Pada 10.10, Jovian, LONKOOM, Maybelline, Mydin, Nestle, Skechers, SKINTIFIC, Swiss Thomas, Zoe Arissa, dan Zucca berjaya mencapai pesanan strim langsung tertinggi, menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa risau dengan keaslian produk 100%, Polisi Pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda. 

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kami bersuka cita memaklumkan tentang peningkatan permintaan menakjubkan terhadap konsep “shoppertainment” melalui Shopee Live. Banyak jenama terkemuka diketengahkan ketika kempen 10.10, di mana rakyat Malaysia menonton untuk mengetahui produk baharu, berinteraksi dengan penonton lain, dan berjimat dengan promo eksklusif. Prestasi Shopee dalam memacu aktiviti perjalanan pembelian pengguna merupakan sebuah peluang untuk meningkatkan jualan buat penjual strim langsung kami.”

Di Festival Shopee Live 10.10 kali ini, jenama fesyen dan kecantikan menggunakan kuasa pasaran strim langsung yang membolehkan mereka menunjukkan produk mereka secara langsung. Sepanjang hari ketika 10.10, pengguna Malaysia mencari produk fesyen dan aksesori seperti blaus, dress, beg tangan wanita, kasut wanita, dan sandal wanita. Pakaian saiz besar, barangan kemas, dan hijab merupakan produk fesyen yang paling banyak dipesan semasa hari kemuncak. 

Pembeli menebus lebih 1.3 juta di Shopee Live yang membantu mereka berjimat besar terhadap setiap pembelian. Botol isi semula pensanitasi tangan, telur segar semula jadi dari ladang, dan sambal Halal mengambil tempat tertinggi untuk pesanan Shopee Live tempatan, menunjukkan minat pelbagai dan meluas pengguna. 

“Shopee Live mempunyai alatan bersesuaian dan dinamik untuk mencipta strim langsung menarik termasuk ciri Undian, ciri Lelong, Baucar Waktu Terhad, dan Harga Strim Langsung Eksklusif. Jenama dan penjual menggunakan alatan ini untuk sesi yang lebih berperibadi, mencipta pembelian dengan pantas, perbualan interaktif dua-hala, dan memacu aktiviti pengguna yang lebih aktif. Hasilnya adalah interaksi yang sangat bermakna dan mampu mempengaruhi pelanggan yang disasarkan,” tambah Soh. 

Kawasan di luar Lembah Klang seperti Johor Bahru, Kinta, Melaka Tengah, Seremban, dan Timur Laut menyaksikan peningkatan ketara terhadap keterlibatan melalui Shopee Live. Ini menunjukkan kecapaian meluas dan daya tarikan Shopee Live, ketika pengguna menerokai lembaran baharu e-dagang.

Read More

10 October 2023

"Bidadari Berselawat" Di Festival Ummah Mega Haflah 2023

Seramai 500 orang peserta muslimat mengikuti Festival Ummah Mega Haflah, sempena sambutan Maulidur Rasul. Festival ini berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2023 bersamaan 22 Rabiulawal 1445H bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam.

Sepanjang perjalanan program, tidak henti-henti alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Hidupkan jiwa dengan membaca Al-Quran dan berada di majlis-majlis ilmu.

Festival ini mengumpulkan Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022, Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022, Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023), Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022), Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang), Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017). Manakala, Aisyah Hijanah dan Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer.

Dr. Robiah K.Hamzah (Ikon Muslimah Nona 2023)


Sepanjang majlis para jemputan turut diperdengarkan alunan Qasidah merdu dari Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah) dan diserikan juga dengan maulid daripada Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

 

Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)

Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah

Sedikit pengisian yang dapat Qiss kongsikan bila berada dalam majlis ini ialah, sebagai wanita, kita perlu membaca Al-Quran dan beramal dengannya. Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-Quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform penyebaran dakwah dan dimulakan dengan tetamu muslimat.

Festival yang dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat yang juga merupakan Pengasas #MyInfaqIhsan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan berdakwah dengan #SweetTalkKeSyurga.

Kebetulan tarikh yang dipilih jatuh pada hari kelahiran ke 56 beliau dan beliau turut diraikan semasa majlis tersebut. Pemilihan Surah Al-Asr menjadi titik utama perkongsian Datuk Hajjah Rozzana yang menyifatkan sesungguh masa itu sangat berharga. Gunakan masa umur kita untuk membantu orang disekeliling kita dan tambahkan amal sebelum dijemput pulang ke negeri abadi.

Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat meraikan ulangtahun ke 56

Mereka yang mempelajari dan mengamalkan Al-Quran pasti sedar dan yakin bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tujuan festival ini adalah untuk lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

Semoga segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.



Menurut Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat festival ini akan dijadikan acara tahunan dan akan dibuka penyertaan kepada kaum muslimin juga.

Untuk Festival Ummah Mega Haflah yang berlangsung setiap peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM45. Manakala RM35 kepada hanya 100 peserta terawal yang mendaftar dalam tempoh ‘early bird’.

@festivalummah_megahaflah

#festivalummahmegahaflah

#festivalummah

#megahaflah

#bidadariberselawat

Read More

08 October 2023

HUAWEI Malaysia Unveils Latest Range Of AIOT Ecosystem Products To Achieve A Smarter And Upgraded Lifestyle

HUAWEI Malaysia introduced latest powerful combination of AI + IoT solutions offering a comprehensive range of smart devices options 

KUALA LUMPUR, 5 OCTOBER 2023 – HUAWEI today unveiled their new Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) product categories in a full range of top-notch smart devices including WATCH GT 4, MatePad 11” PaperMatte Edition, FreeBuds Pro 3 and HUAWEI WATCH Ultimate Design. 

These innovative products offer smarter ways for users to enhance their daily lifestyles both indoors and outdoors, whether they’re commuting to work, travelling, having their routine gym-sessions or simply enjoying family time at home. With the launch of these cutting-edge and sophisticated technologies, HUAWEI enabled an upgraded and more efficient lifestyle to every individual - making smart living for everyone possible and ultimately, offering a borderless and seamless experience for all.

Achieving all fashion-forward desires with HUAWEI WATCH GT 4 

Available in 46mm and 41mm sizes, HUAWEI WATCH GT 4 reflects meticulous craftsmanship in every detail. It achieves new heights in appearance while embodying elegance and sophistication through its new geometric aesthetics. Engineered with wearer’s optimal comfort in mind, the HUAWEI WATCH GT 4 series is constructed with premium materials and stylish metallic exterior. This design accentuates the user experience, seamlessly integrating the smartwatch into daily life, mirroring the principles of balance, harmony, and innovative design.

HUAWEI Watch GT 4

HUAWEI WATCH GT 4 series offers distinct color options of straps for both 46mm and 41mm editions. Each edition, with its unique Stainless-Steel Case, is carefully crafted with attention to detail and offers personalized timepiece catering to diverse tastes and preferences. 

The HUAWEI WATCH GT 4 in 46mm comes in four distinct colorways – Grey with Integrated Stainless-Steel Strap, Green with Green Woven Strap, Brown with Brown Leather Strap, and Black with Black Fluoroelastomer Strap. While the HUAWEI WATCH GT 4 in 41mm comes in three distinct colorways – Silver with Two-tone Piano Key Bracelet, White with White Leather Strap, and Black with Black Fluoroelastomer Strap. Each edition serves as an ode to our design philosophy, offering an elegant blend of style, comfort, and innovation.

Attaining better writing and viewing experience with HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition 

Building on the success of their predecessors, the HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition introduces innovative PaperMatte Display  features, to provide an unprecedented paper-like viewing and writing experience. These include eye protection, pen-on-paper writing, and smooth touch controls, supported by enriched notetaking capabilities. Comes with a premium lightweight design, the HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition enhances user experience by providing a high refresh rate, seamless processing speeds and quality connections.

HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition

HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition aims to cater to the computing requirements of students and young professionals embarking on their careers. With the addition of new PaperMatte features, the tablet aims to act as a gateway to novel experiences and enhanced wellbeing through cutting edge tech. 

Introducing HUAWEI FreeBuds Pro 3: The pinnacle of acoustic innovation and nature-inspired design

Available on 21 October 2023 at the price of RM 899 on Huawei Experience Store, Huawei Official Website, Huawei Official Store on Shopee and Huawei Flagship Store on Lazada, HUAWEI FreeBuds Pro 3 is known as the new generation of ultimate acoustic flagship TWS earbuds that balances design aesthetics with class-leading audio technology, enhancing the audio experience for users accustomed to finer living.

HUAWEI FreeBuds Pro 3

The all-new flagship uses innovative technology to redefine sound fidelity, pushing industry standards to new heights. At the same time, HUAWEI FreeBuds Pro 3 further enhances the call experience with Pure Voice 2.0, noise cancellation with Intelligent ANC 3.0 and Triple Adaptive EQ, as well as smart connectivity experience for seamless listening, delivering an ultimate all-rounding earbuds for the modern, connected consumer.

Ultimate Aesthetics, Extraordinary Design: Defining the Ultimate Smartwatch Wearing Experience with the brand-new HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN

Available on 14 October at the price of RM 13,999 at selected Huawei Experience Store, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN employs a traditional Chinese gold inlay technique to its uniquely designed six-segment 18K gold design on the nanocrystal ceramic bezel. It creates a lustre comparable to that of gemstones, forming a gold inlaid jade bezel look.

HUAWEI Watch Ultimate Design

HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN is not only able to achieve 10ATM water resistance, but also supports a depth of 100-metres and comes with audio capabilities, which is unprecedented in mainstream smartwatches. The watch also undergoes ISO 22810 water resistance standard and EN13319  diving equipment standard tests. With the ability to endure 24 hours of 110-meter depth water-resistant monitoring, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN has become a new model of water resistance performance among smartwatches in the industry.

For more information, latest updates or promotions about Huawei’s latest innovation, please visit HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram.

Read More

06 October 2023

Konsert Galau Singapura , Malam Penuh ‘Healing’ - Sufi Rashid

KUALA LUMPUR : Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi dan Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.

Konsert Galau Singapura akan diadakan pada 9 dan 16 Disember 2023

Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.

“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.

“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.

“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,”katanya.

Berkongsi lanjut mengenai konsert, kata Sufi, Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv dan Kangen Band.

Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dan Sufi Rashid. Manakala Taufik Batisah pula mewakili Singapura.

Bagaimanapun, kata Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan. 

Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.

elain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.

“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.

“Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.

“Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana Konsert Galau Singapura juga ada!”katanya.

Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.

Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.

Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman 'Galau' yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.

Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg

Read More

04 October 2023

Coolblog Meraikan Ulangtahun Ke-18 Dengan Pembukaan Flagship Store Di Pavilion KL

Semangat keusahawanan Coolblog terus bersinar selepas 18 tahun

Tahniah Qiss ucapkan kepada Coolblog atas pembukaan Flagship Store di Pavilion Kuala Lumpur. 

Coolblog merupakan jenama tempatan Malaysia yang membanggakan dan perintis rangkaian Pearl Milk Tea berasaskan kiosk Halal telah menambat hati pelanggan dengan minuman yang lazat dan harga yang berpatutan sambil menubuhkan francais sejak penubuhannya pada 2005. 

Coolblog Flagship Store Pavilion Kuala Lumpur

Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-18, Coolblog melancarkan kedai utamanya di Pavilion KL dan sekaligus merupakan salah satu peristiwa penting dalam perjalanan pengembangan syarikat dan inovasi produk tanpa henti bagi Coolblog. 

Tunku Ali Redhauddin, Pengerusi Coolblog Malaysia menegaskan bahawa komitmen Coolblog melangkaui hidangan pencuci mulut berkualiti luar biasa; ia merangkumi pemupukan semangat keusahawanan melalui francais. 

Tunku Ali Redhauddin, Pengerusi Coolblog Malaysia merasmikan pembukaan Flagship Store Coolblog di Pavilion Kuala Lumpur

Kisah kejayaan beratus-ratus kedai francais di seluruh negara menggariskan dedikasi Coolblog untuk menyediakan pemilik perniagaan yang bercita-cita tinggi dengan platform untuk berkembang maju dalam keluarga Coolblog. Rangkaian luas rakan kongsi francais ini telah memainkan peranan penting kepada pertumbuhan Coolblog. 

Creme Brûlée Cheese Milk Tea Dan Premium Waffles

Sebagai sebahagian daripada pembukaan besar mereka, Coolblog melancarkan semula Creme Brûlée Cheese Milk Tea yang dinanti-nantikan, campuran teh susu yang kaya dengan sirap gula perang premium, mutiara hitam dan mousse keju karamel. 

Tersedia secara eksklusif di Coolblog Pavilion KL, Creme Brûlée Cheese Milk Tea menjanjikan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan bagi penggemar teh susu. 

Di sebalik kegemaran ini, flagship store Pavilion akan menampilkan menu eksklusif yang menawarkan pilihan minuman panas dan wafel premium yang menggoda. 


Creme Brûlée Cheese Milk Tea

Dengan tawaran eksklusif ini, Coolblog menyasarkan untuk memenuhi pilihan yang lebih luas dan menyediakan pengalaman pencuci mulut yang tinggi untuk pelanggannya yang dihargai. Coolblog, nama terkenal dalam senario minuman Malaysia, bersedia untuk membuka 20 lagi kedai baharu menjelang akhir tahun 2023. Walaupun kos sara hidup meningkat, Coolblog tetap teguh dalam komitmennya untuk menyampaikan pencuci mulut mampu milik dengan kualiti terbaik dari hanya RM 4.90 .

Minuman kegemaran ramai seperti Chocolate Ice Blended, Honeydew Smoothies dan Strawberry Cheese Smoothies terus menjadi kegemaran sepanjang masa - melambangkan dedikasi jenama untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa untuk setiap penggemar minuman dan pencuci mulut. 

Sueli Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia menyimpulkan, "Pembukaan kedai utama ini adalah meraikan perjalanan Coolblog selama 18 tahun – daripada kedai pertamanya di Sutera Mall di Johor kepada hampir 330 cawangan di seluruh negara. Seperti ahli keluarga yang dipercayai, Coolblog telah menggembirakan citarasa kedua-dua generasi muda dan tua, berkhidmat kepada generasi rakyat Malaysia. Dengan rancangan pengembangan kami dan rangkaian rakan kongsi francais yang semakin berkembang, kami teruja untuk meneruskan perjalanan bercita-cita tinggi kami dengan membawa pengalaman Coolblog kepada lebih ramai rakyat Malaysia, memastikan setiap pelanggan dapat menikmati Hidangan lazat Coolblog di mana sahaja mereka berada." 

Pencinta pencuci mulut dijemput untuk mencuba pelbagai menu yang menarik di Coolblog kerana flagship store Coolblog di Pavilion KL dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, terletak di Lot C5.06. Tingkat 5 bertentangan dengan Dadi Cinema.

Promosi BELI 1 PERCUMA 1

Coolblog juga menawarkan promosi pembukaan 'Beli 1 Percuma 1' masa terhad untuk pelanggan; promosi ini akan bermula dari 2 Oktober 2023, 1.00 PM dan sehingga 4 Oktober 2023 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini atau promosi terkininya, sila layari laman web rasmi Coolblog di www.coolblog.com.my, atau ikuti mereka di Instagram (@coolblogmalaysia) dan Facebook (@coolblog.my).

Read More

02 October 2023

Jualan Strim Langsung Wilayah Utara Malaysia Tertinggi di Shopee Live

Fesyen dan Barang Kemas Merupakan Barangan Terlaris 

Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara adalah RM4.6 juta sepanjang 12 bulan lalu menerusi lebih 2,300 strim langsung*. Shopee Live memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan perniagaan rakyat Malaysia, di mana jualan 9.9 lalu menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda. 

Shopee mendedahkan bahawa separuh daripada barangan terjual daripada penjual strim langsung paling aktif adalah produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baharu dan terpakai (pre-loved). Ini diikuti barangan kemas, produk wangian dan kecantikan yang merangkumi 25% daripada barangan yang terjual di strim langsung. 

Lebih menarik, empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang menjual barangan kemas, yang menyumbang kepada Wilayah Utara Malaysia merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual. Ini diikuti Wilayah Tengah Malaysia pada RM1.2 juta barangan terjual. Pantai Timur merupakan rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai. 

Disusun mengikut pesanan strim langsung tertinggi sepanjang tahun, penjual strim langsung cemerlang di Malaysia adalah: pertama, NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang, kedua, ‘____SSLine29____her’s bag Heanny’ dari Sarawak dan ketiga, Miera E-store dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai pakaian termasuk pre-loved. Momo House dari Kedah yang juga penjual Shopee Preferred + mempunyai hampir sejuta pengikut — paling tinggi antara penjual strim langsung. 

Penjual yang memanfaatkan keterlibatan pengguna yang tinggi dan kecapaian meluas Shopee Live menunjukkan pertumbuhan mengagumkan. Salah seorang penjual tersebut adalah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah**. 

Lulu Waniey di Shopee Live

Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti Pasar Malam dan Pasar Pagi. Lulu pernah berdepan cabaran apabila jualan harian kurang daripada RM100, dan menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi di pasar yang tidak konsisten. Lulu kemudian mengubah nasibnya dengan Shopee Live, di mana Lulu mengembangkan pengkalan pelanggannya dan dengan ketara mempertingkatkan jualannya sehingga RM100,000 sebulan. 

Jadual fleksibel Shopee Live membolehkan Lulu berhubung dengan pelanggan pada waktu optimal membeli-belah, dan pada masa sama mengurangkan kos dengan tidak perlu menanggung sewa kedai fizikal. Isi kandungan strim langsungnya yang bersifat peribadi dan aktiviti galakkan keterlibatan penggunaan menguatkan hubungannya dengan pelanggan. 

Lulu berkongsi, "Perniagaan saya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara berstrim langsung dan memupuk keyakinan diri, saya rasa seperti saya mempunyai kedai besar di mana pelanggan saya tertunggu-tunggu untuk saya bersiaran. Tambahan lagi, saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Menjalankan perniagaan di Shopee Live memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tapi kepuasan hidup.”

Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019***. Di Shopee Live, Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menunjuk demo produk, dan memastikan ketelusan pada setiap strim langsung. Apa yang Zhi Wei tunjuk di Shopee Live adalah apa yang pembeli akan dapat, dan Zhi Wei dapat memupuk hubungan yang kuat dengan pelanggan dengan menjawab soalan secara langsung.

Ooi Zhi Wei di Shopee Live

Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb menyaksikan perniagaannya berkembang pantas. “Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami.”

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com