Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

08 October 2021

Gold Nano CC Cream Mudah Di Blend Rata Pada Kulit

Assalamualaikum dan hai,

Masa  PKP kena duduk rumah tapi barang dapur habis. Kena keluar beli dan Qiss selalu keluar beli barang keperluan lepas solat Zohor. Jadi, masa tu matahari memang tengah terik dengan cuaca panas dan bila keluar rumah kena pakai mask dan berpeluh-peluh.


Pelindungan matahari SPF50+ PA+++  

Mujur pakai CC Cream dari Hansaegee Nature ada Sun Protection yang tinggi iaitu SPF50+ PA+++. Seronok pakai sebab bila sapu kat muka tak jadi white cast dan kulit pun nampak natural glowing. Kalau kulit kena cahaya matahari, boleh sebabkan bintik hitam tau. Time ni la CC Cream berfungsi. Paling tidak pun dapat selamatkan kulit korang dari bintik hitam. Sinar UV juga boleh menyebabkan pigmentasi dan jeragat. Masa muda memang tak nampak jeragat ni, tapi bila dah masuk umur 30an baru nampak sebab cuaca kat Malaysia ni lain sikit tau panas dia.

Sejak Qiss amalkan Hansaegee Nature CC Cream ni, walaupun duduk rumah Qiss tetap guna CC Cream sebab cahaya matahari dan lampu boleh menyebabkan kulit muka rosk dan mudah berlakunya pigmentasi. Taknak lah bila dah habis PKP nanti, bila jumpa orang, muka berjeragat dan berjerawat kan.


Mudah dipakai

Qiss jenis tak suka guna berus untuk sapu krim kat muka sebab kulit sensitif. Bila guna Hansaegee Nature CC Cream ni, kerja jadi mudah sebab tak perlu nak cari berus makeup. Cara nak pakai CC Cream ni, letakkan krim kat 2 jari kemudian sapu kat muka, lepas tu blendkan je dengan jari. 

Memang mudah sangat dan cepat nak pakai. Kalau terlupa nak pakai kat rumah, boleh je pakai dalam kereta kan. Walaupun guna jari je, tapi CC Cream ni mudah diblend rata dan muka tak nampak bercapuk pun.

Tekstur ringan dan tak sumbat pori-pori

Macam mana nak handle CC Cream ni sebab duduk kat rumah pun pakai CC Cream ni kan. Mudah je, tiap pagi lepas mandi Qiss akan sapu CC Cream ni kat muka lepas tu mula buat kerja rumah, sapu sampah, mop lantai, sidai baju dan memasak. Bila masuk waktu solat je, Qiss akan cuci muka guna tisu basah lepas tu cuci muka macam biasa. Jadinya CC Cream ni senang je nak dibersihkan.

Lepas solat Qiss akan touch up semula muka dengan CC Cream Hansaegee Nature ni sebab nak lindungi kulit muka dari cuaca petang yang panas. 

Walaupun blend guna jari, hasilnya tak bercapuk. Bila kulit berminyak atau berpeluh muka masih cantik glowing tau.

Mudah dibawa

CC Cream ni wajib masuk handbag ye sebab senang nak touch up kalau terlupa nak pakai kat rumah sebab pakai mask kan. Kadang-kadang kita risau takut terbuka penutup krim kalau letak dalam handbag kan. 

Tapi CC Cream Hansaegee Nature ni ada twist lock cover, di mana, penutup krim ni perlu diputar semasa hendak membuka atau menutup botol krim ni. Jadi tak perlu risau kalau tumpah ke ape kan.

Pengalaman selepas memakai CC Cream

Qiss memang pengguna setia Hansaegee Nature CC Cream ni. Dekat 2 tahun dah pakai. Memang senang nak blend, guna jari je. Tak payah pakai berus. Jadi nak touch up bila-bila masa dan kat mana-mana pun senang. Boleh pakai foundation lepas tu. Tapi Qiss selalu dah guna CC Cream ni, tak pakai foundation dah.

Memang Qiss berpuas hati dengan CC Cream ni. Selain senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya yang comel, kulit Qiss makin glowing dan berseri-seri setiap hari. Jeragat pun susah nak dekat.

Sekarang mudah je nak beli Hansaegee Nature CC Cream, boleh dapatkan di website https://www.hansaegee.com ataupun di Shopee

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Hansaegee Nature CC Cream ni, boleh layari https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html


🍁Brand: Hansaegee Nature 


🍁Website: www.hansaegee.com/shop


🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/


🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

🍁TikTok page:

https://www.tiktok.com/@hansaegeenature

Read More

03 October 2021

Save More With Shopeepay When Shopping At Mytown

If you are headed to MyTOWN Shopping Centre, Cheras for some shopping or catching up with friends, don’t forget to check the Shopee app for some attractive Deals Near Me from participating merchants of the mall. From food to entertainment, find an assortment of deals that you can use at MyTOWN and enjoy savings when paying with ShopeePay. 


Rejuvenate Yourself 

If you have been working for long hours and in need of a break, consider pampering yourself with a facial and body massage. Purchase Beauté Library’s facial and massage ShopeePay Vouchers for only RM1 to enjoy treatment packages at special prices when you pay with ShopeePay at the outlet. These vouchers will be valid until 31 December 2021 from the date of purchase so you have time to plan for some me-time and make an appointment.


Get a Fresh Look 


Not gotten that long-overdue haircut yet? Check out Jadioc Barbershop or Kwik & Ez to help tame the mane and enjoy a RM3 cashback with a minimum spend of RM15 when you pay with ShopeePay.

 

Bag a Bargain 


Already planning for a trip with friends or family the moment interstate travel is allowed? Travel for All offers suitcases, pouches, backpacks, laptop bags from various brands like ELLE, HUMMER, Pierre Cardin, and POLO CLUB that you can check out. If you are getting a bag, remember to purchase the ShopeePay Voucher for 1 sen beforehand. This voucher lets you bag home a RM4 cashback if you spend a minimum of RM10 and pay with ShopeePay at the outlet. The voucher is valid for 7 days from the date of purchase. 


Eat to Your Heart’s Content 

Who doesn’t love some grub after all the walking and shopping? If you are spoilt for choice from the many F&B outlets at the mall, then let Deals Near Me help you with that.  

● Nando’s: Get a RM3 cashback with a minimum spend of RM5; and if you want something sweet to complete the meal, consider Nando’s Choc-A-Lot Muffin which is only RM1.90.  

● Boat Noodle: Receive a RM10 cashback when you spend a minimum of RM25 or enjoy 60% off on its Makan Sorang Combo, Makan Together Combo or Makan Semeja Combo when you purchase the deals on Shopee. 


● myBurgerLab: Treat yourself to some juicy burgers and a RM3 cashback when you spend RM15 and above, or a 40% cashback (capped at RM4) with no minimum spend. 


● Street Churros: End a hearty meal with some good ‘ol churros and a yummy RM3 cashback, minimum spend RM15. Additionally, if you fancy its Filling Churros or Churros Fries, remember to get the 1 sen ShopeePay Voucher to enjoy it for RM1.90 instead of RM7.90. 

● Black Whale: If you prefer something cold and refreshing, Black Whale is offering a RM3 cashback with a minimum spend of RM15 on its beverages. Slurp some discounts of up to 24% on selected drinks when you purchase the ShopeePay Vouchers. 



For more deals and savings, check the Deals Near Me in-app portal on Shopee and type ‘Mytown’ in the search bar. Remember to read the terms and conditions of the vouchers and stay safe!


    

  


Read More

01 October 2021

Waste Is Amazing | Kehidupan Lestari Menerusi Pertandingan Reka Fesyen

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) telah mengambil langkah proaktif dalam meneruskan usahanya untuk menyemai amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di kalangan komuniti menerusi acara tahunan ikonik mereka, WASTE IS AMAZING iaitu sebuah pertandingan reka fesyen dari bahan kitar semula.

Dengan menggunakan tema PAPER COUTURE, pertandingan fesyen yang unik ini telah memasuki tahun ke-9 dan pelbagai idea yang kreatif dan luarbiasa telah dipertonjolkan. 

Pada tahun ini, seramai 20 orang pereka amatur yang terpilih dari pelbagai latarbelakang, akan menunjukkan kreativiti mereka dalam rekaan pakaian secara maya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora

“Dengan adanya pelbagai halangan akibat pendemik COVID-19, kami masih menerima sambutan penyertaan yang luar biasa di mana kami menerima lebih daripada 80 penyertaan dari seluruh Malaysia. Ini jelas menunjukkan karya itu tidak mengenal batasan dan sekaligus penerimaan terhadap budaya kitar semula semakin di terima terutamanya di kalangan generasi muda,” kata Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora.

“Pemilihan kertas sebagai bahan utama pada rekaan fesyen pada tahun ini adalah amat bertepatan sekali kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) menunjukkan bahawa kertas adalah bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik. 

“Ia juga bersesuaian dengan aspirasi pihak kerajaan bagi mengurangkan sebanyak 40% sisa yang boleh dikitar semula, dibuang ke tapak pelupusan menjelang 2025. Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah mempertingkatkan usahanya dalam menjangkau pengurusan sisa terutamanya dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia dan ‘Waste is Amazing’ adalah merupakan salah satunya. Kini kita boleh melihat sisa dari perspektif yang berlainan secara positif,” kata Dato’ Zain.

Pertandingan penuh warna-warni selama sejam ini melibatkan juri-juri profesional termasuk pereka fesyen terkemuka Hatta Dolmat dan penyanyi terkenal, Sissy Imann. Walaupun para juri menghadapi masa yang sukar untuk memilih pemenang, namun pengalaman yang menyeronokkan ketika memilih pemenang berdasarkan kriteria yang diberikan oleh Alam Flora. Pertandingan tersebut telah dijalankan secara langsung di Facebook dan Instagram Alam Flora dan ditonton oleh netizen di seluruh negara dan serata dunia, apabila isu jarak dan lintas sempadan bukan lagi penghalang.

Pemenang pertama pertandingan WASTE IS AMAZING 2021 FASHION DESIGN COMPETITION: PAPER COUTURE membawa pulang wang tunai RM1,000 serta 10 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan. Manakala pemenang kedua akan menerima RM800 wang tunai, 5 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan. Pemenang ketiga menerima RM500 tunai, 3 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan.

Berikut, adalah senarai pemenang pertandingan pada tahun ini:

Nor Farizan Jawahir dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pertak menjuarai Pertandingan Waste Is Amazing 2021


Juara 

Nor Farizan Jawahir dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pertak

Miezan Creation’s


Tempat Kedua 

Muhammad Danish Saiful Rizal dari Management Science Universiti (MSU)

T.G.I.F Thank God is Fashion


Tempat Ketiga 

Wan Rahman Muhammad Izzuan Abdul Rahman dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor

Inspired by Cruella


Sosial Media Terbaik

Tieya Tailerra dari UiTM Shah Alam

1.8k likes, 280 shares, 10.3k view

Flamed Dive


Read More

29 September 2021

Excel Pro Makanan Tambahan Untuk Membantu Pelajar Fokus Pada Pelajaran

Selepas beberapa kali melalui proses evolusi dan penambahbaikan, produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro terus menjadi kebanggaan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau mesra dipanggil Tok Abah.

Excel PRO

Mula dipasarkan sejak awal tahun 2000, produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd itu kali terakhir mendapat sentuhan 'magis' penjenamaan baharu selain peningkatan mutu ramuan bahan bahan digunakan pada Disember 2019.

Istimewanya produk ini tidak semata-mata dijual atas paksi memberi manfaat kepada pengguna sasaran yang dirumus khas untuk usia tiga hingga 80 tahun.

Sebaliknya, ia bertimbal balik kepada falsafah kemanusiaaan, saling kebergantungan kehidupan dan tenaga positif manusia seiring dengan kepakaran Tok Abah dalam bidang motivasi serta falsafah.

"Di pasaran barangkali ada produk yang hampir sama dengan Excel Pro. Namun kalau ditanya apa kelebihan produk ini atau yang membezakannya dengan lain, ia berbalik kepada sudut pandangan dan bidang falsafah hidup saya pelajari serta amati.

Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah


Bererti dalam hal falsafah itu sendiri ada nilai tambah. Makanan tambahan ini yang awalnya dulu dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman takkan ada kesan tanpa peranan ibu bapa sendiri.

Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka dengan menyalurkan hal positif. Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka," kata Pengasas Excel Pro itu.

Tahun lalu, syarikat ini menggunakan hanya lapan orang 'coach' atau jurulatih sebagai tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan.

Bagaimanapun hanya pada tahun ini, syarikat yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi itu mula menggunakan sistem stokis dan agen.

"Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada coach dan golongan ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program  Webinar contohnya.

Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.



Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah sistem 'coach' yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya," katanya.

Tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperbuat daripada kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik  dan Probiotik.

Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120 biji dan dijual pada harga promosi di bawah RM100.

Ia diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice (GMP).

Layari https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut.

Read More

26 September 2021

Bina Sistem Pertahanan Badan Dengan Eskayvie Diffenz

Eskayvie lancar Kempen Kita Ikhtiar, tingkat sistem imun badan

Pelbagai langkah dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularannya di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak.

Justeru penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik perlu diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

Eskayvie Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera melancarkan kempen Eskayvie Kita Ikhtiar dalam usaha membiasakan norma baharu, menyokong kesedaran terhadap penjagaan diri yang baik, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan paru-paru.

Malah syarikat berkenaan yang giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut memperkenalkan produk suplemen 4 dalam 1 dipanggil Eskayvie Diffenz sejak awal tahun ini.

Ia diusahakan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie optimis dengan khasiat produk berkenaan.

 

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd

"Tablet berperisa blackcurrant ini dihasilkan dengan gabungan empat bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D. Ia  sangat mudah diambil dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada pengguna.

Rasanya yang masam manis dan enak amat disukai golongan dewasa dan kanak-kanak daripada usia seawal lima tahun.

Eskayvie Diffenz

Lebih 500,000 unit terjual dan ramai  mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan," katanya.

Tambah Dr Syid Ayob, Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus Rhinocerus diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati.

"Kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau yang hampir pupus ini mula giat dijalankan pada tahun 2002. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan paru-paru malah turut mengandungi manfaat lain.

 Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

"Malah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor perubatan turut memanfaatkan nutrisi daripada cendawan berkenaan yang  membantu mengatasi masalah batuk yang dialami," katanya.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd  dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd)

Produk keluaran Eskayvie diiktiraf halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia

Malah pernah menerima Anugerah Superbrand. Ini menjadikan Eskayvie Diffenz sebagai produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini.

 


Layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk info lanjut.


Read More

23 September 2021

Rider Shopee Food Belum Ada?

Assalamualaikum dan hai, 

Shopee kini ada penghantaran makanan atau lebih dikenali sebagai food delivery. Sekarang tengah ada promosi free caj delivery dan juga diskaun voucher. 

ShopeeFood

Boleh la cuba order melalui aplikasi Shopee

Tapi sebelum tu anda kena aktifkan location anda, barulah muncul Shopee Food Delivery dekat homepage Shopee. 


Setakat ni belum banyak kedai yang ada. Tapi menariknya banyak restoran lebih 10km pun boleh buat penghantaran ke rumah.

Semalam berkobar-kobar nak cuba Shopee Food Delivery, dah siap order dan buat payment tau.

Tapi kedai tak dapat nak dapatkan rider untuk hantar makanan melalui aplikasi Shopee, jadi order kena cancel dan duit di refund semula ke akaun. Nasib baik bayar pakai Shopeepay je. Memang mudah. Nanti kita try kedai lain pula.

Harap ramai la rider Shopee Food lepas ni. Mengidam nak makan sedap-sedap ni.

Shopee Food

Read More

17 September 2021

Hero Malaysiaku, Penghormatan Penuh Kemanisan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan Rakyat Malaysia

Coolblog Memperkenal Minuman Smoothie Perisa Tempatan, Durian, Pandan dan Cendol Sempena Kempen Hero Malaysiaku!


Hai semua, anda suka air minuman Coolblog tak?

Sempena bulan September yang merupakan sambutan Hari Malaysia, Coolblog dengan bangganya mempersembahkan Hero Malaysiaku yang menampilkan rasa tempatan Malaysia sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan dan usaha mereka dalam memerangi wabak COVID-19. Kerja keras dan pengorbanan mereka agar memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan akan selamanya terpahat di hati setiap rakyat Malaysia.

Kempen oleh Coolblog ini juga merupakan kempen yang meraikan kita rakyat Malaysia, kerana setiap dari kita memainkan peranan penting dalam waktu sukar ini. Kepayahan dan cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini telah menyatukan kita dan menjadikan kita bersemangat untuk kekal teguh menghadapi segala rintangan. Walaupun kita masih jauh dari garisan penamat, tetapi pengorbanan yang telah kita lakukan menjadikan kita adiwira, dan itu semestinya diraikan.

Untuk melengkapkan sentuhan manis pada kempen ini, Coolblog memberi penghormatan kepada raja segala buah iaitu durian dan juga pandan yang merupakan antara bahan makanan utama bagi kebanyakan makanan Malaysia. Durian, yang menjadi kebanggaan Malaysia adalah salah satu rasa yang menyatukan kita, dan aroma pandan pula mampu mengimbau kembali kenangan manis yang nostalgik kepada seluruh rakyat Malaysia. Rasa terbaik yang menyatukan rakyat Malaysia kini terdapat dalam cawan smoothie yang dijamin menepati citarasa anda.

Cool Lovers jangan lepaskan peluang anda untuk rasai minuman citarasa tempatan yang luar biasa ini di setiap gerai Coolblog bermula pada Hari Malaysia, 16 September hingga 31 Oktober 2021*.

Tiga perisa smoothies yang ‘sangat sedap’ iaitu durian, pandan dan tidak lupa cendol yang diperkenalkan adalah: 

1. Durian Delight Smoothie

Dihasilkan dari raja segala buah-buahan tempatan iaitu durian, smoothie edisi terhad ini disertakan dengan rasa durian yang sedap di setiap hirupan. Secara ringkasnya, smoothie ini adalah jawapan utama bagi setiap penggemar durian.

Durian Delight Smoothie Coolblog


2. Durian Delight Cendol

Minuman kegemaran tempatan terutamanya pada musim durian dan hari yang panas terik. Tidak ada yang dapat menyangkal bagaimana semangkuk cendol yang enak akan memberikan senyuman di wajah kita. Tambahan raja buah ternyata menaikkan lagi keenakkan rasa enak semangkuk cendol. Campuran durian dan cendol menghasilkan sebuah smoothie yang enak dengan rasa yang tersendiri!

Durian Delight Cendol Coolblog

3. Pandan Delight Cendol

Bukan penggemar durian? Jangan khuatir, kerana Coolblog menyajikan perisa tempatan yang lain iaitu pandan. Pandan yang dikenali dengan aroma yang harum dan rasa yang manis akan menjadi pilihan anda sewaktu anda datang ke Coolblog! 

Pandan Delight Cendol Coolblog

Setiap smoothie berharga RM8.80, tetapi ada tawaran istimewa termasuk hero combo (beli dua pada harga RM15.00), pembelian satu cawan dan dapatkan cawan kedua dengan potongan harga 50%. Selain itu, dapatkan tawaran istimewa apabila anda membeli secawan minuman lazat ini.

Coolblog selalu mengikuti trend rasa terkini untuk menarik peminat serta penggemar smoothie dan pencuci mulut. Semasa Sukan Olimpik Tokyo, Coolblog mencipta dua minuman berperisa luar biasa, Yubari Melon dan Sakura Lemon. Dengan menggunakan maklum balas pelanggan dan penyelidikan citarasa pengguna, Coolblog dapat menghasilkan minuman yang berperisa luar biasa!

Risau tidak dapat ke Coolblog berdekatan anda? Pelanggan boleh pesan minuman kegemaran mereka dari keselesaan kediaman sendiri dan akan dihantar ke depan pintu mereka melalui perkhidmatan penghantaran makanan melalui e-hailing!

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti platform media sosial Facebook dan Instagram @coolblogmalaysia dan dapatkan maklumat terkini.

* Sementara stok masih ada

Hero Malaysiaku adalah mengenai cinta kita kepada negara kita, Malaysia. Hari Malaysia ini pasti mengingatkan bagaimana kita sebagai rakyat telah dengan cara kita tersendiri membantu Malaysia berkembang seperti sekarang - sebuah negara multikultural yang damai dengan kepelbagaian budaya. Kita semua diuji dengan pandemik yang menyatukan rakyat Malaysia untuk memerangi pandemik ini bersama. Oleh itu, di Coolblog, idea Hero Malaysiaku amat penting sebagai salah satu cara untuk menghargai pengorbanan para barisan hadapan selain daripada aktiviti CSR yang kami lakukan. 

Dilahirkan dan mencipta nama di Malaysia, Coolblog akan sentiasa bangga dan memartabatkan warisan negara kita. Oleh itu, kami dengan bangganya menonjolkan citarasa tempatan yang menjadi kegemaran pelanggan kami dan untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Datang dan rasai smoothie Hero Malaysiaku dan kongsi bersama rakan serta ahli keluarga anda. Seperti yang dikatakan - perkara baik harus dikongsi bersama. Sebagai sebuah jenama minuman terkemuka, kami berhasrat untuk menyajikan pelanggan kami dengan ramuan yang terbaik serta premium dan di Coolblog, semua mampu merasai bahan premimum dengan harga yang berpatutan. Kami berjanji akan terus memberikan kombinasi terbaik dari rasa tempatan atau antarabangsa kepada anda!

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com