Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

03 November 2023

Adik Nur Iman Perlu Bantuan Segera Untuk Buang Ketumbuhan, Salurkan Sumbangan Anda Melalui Yayasan Ikhlas Sekarang

Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.

Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.

Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.

Gambar Nur Iman masa baru lahir

Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.

Keadaan adik Nur Iman sekarang

Menurut doktor yang merawatnya,  Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan,  pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.

“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

Prof Shaifulizan Abdul Rahman ketika ditemuramah

“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan.

Prof Shaifulizan  menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan abang berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan.

Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.

“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia  juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

Yayasan Ikhlas menyerahkan sumbangan kutipan dari orang ramai

“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/ untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Read More

30 October 2023

SW Gitu-Gitu Sdn Berhad Kini Merchant Di O2O QR Smart Store

Saliva Walit merupakan air sarang burung keluaran SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd.  kini boleh didapati di O2O QR Smart Store.

Saiful Apek atau nama sebenar beliau ialah Mohd Saifulazam bin Mohammed, 54, kini bergelar usahawan dan berkecimpung dalam bisnes produk air sarang burung Saliva Walit.

“Saya bukan rambang mata bab nak jadi peniaga dan bukan suka-suka nak cagar nama dan bersubahat hanya untuk duit,” ulas Saiful atau lebih mesra disapa 'Apek' ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama bersama syarikatnya SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd. dengan PanPay Holdings Sdn. Bhd., QMis Richwood Pay dan O2O QR Smart Store di Bandar Baru Nilai baru-baru ini.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama syarikat SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd. dengan PanPay Holdings Sdn. Bhd., QMis Richwood Pay dan O2O QR Smart Store

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Richwood Ventures Bhd, Datuk Dr Mazlan Ahmad (duduk)  Pengasas SW Gitu-Gitu Sdn Bhd, Noor Azian Mohamed (tiga dari kanan) dan Perunding Kanan Richwood Ventures Berhad, Dr. Mohd Naszri Johari (kiri) dan ramai lagi pengurusan tertinggi syarikat serta para usahawan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan geran PanPay Holdings berjumlah RM10,000 kepada Saiful Apek sebagai pengasas bersama SW Gitu-Gitu Sdn. Bhd.

Saiful Apek teruja menerima geran tersebut dan akan memanfaatkan sepenuhnya geran yang diterima ke arah mempertingkat dan meluaskan lagi pasaran produk sarang burung Walit yang diusahakannya itu.

Menurut Saiful Apek, perjanjian yang ditandatangani membenarkan produk sarang burung ‘Saliva Walit’ dijual di 16 rantaian kedai O2O QR Smartstore seluruh negara pada harga mampu milik.

“Produk sarang burung Walit lazimnya terkenal sebagai perniagaanq yang diterajui kaum Cina dan saya melihat potensinya malah kesannya terhadap penyembuhan penyakit apatah lagi diusahakan pula oleh seorang wanita Bumiputera,  saya terus tertarik untuk bersama dalam perniagaan ini,” cerita Apek panjang lebar tentang puncanya beliau tertarik hati untuk menjadi pengasas bersama Saliva Walit.

Berkongsi lanjut, katanya, sebelum mengambil keputusan mengusahakan perniagaan Saliva Walit beliau sendiri ingin mencuba terlebih dahulu.

“Masalah saya lutut sakit bukan sebab naik tangga tetapi turun tangga. Selepas diperkenalkan kepada produk Saliva Walit, sakit yang dialami lega dalam masa hampir tiga bulan setelah meminumnya,” jelas ‘Apek’ menceritakan kenapa beliau bersetuju terlibat dalam perniagaan produk sarang burung.

Kini dengan mengembangkan produk dalam pasaran melalui O2O QR Smart Store, beliau yakin niat syarikat yang bukan semata-mata untuk meraih keuntungan tetapi membantu pesakit kembali sihat menjadi fokus utama syarikatnya.

Dengan matlamatnya untuk membasmi kemiskinan, beliau percaya penjualan di O2O QR Smart Store dapat membantu pengguna menikmati khasiat produk pada harga mampu milik selain bertindak sebagai ejen jualan.

“Seperti yang anda maklum, bisnes sarang burung dimonopoli oleh bangsa Cina dan disebabkan oleh proses menghasilkan air liur burung Walit memakan belanja tinggi sudah tentu harga jualannya mahal. Tetapi melalui jualan di O2O Smartstore kami menawarkan harga mampu milik agar membantu mereka yang kepingan produk berkhasiat ini mampu membelinya,” jelas 'Apek'.

Sumbangan RM2,000 turut diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Tua SRA dari Persatuan Zon Ekonomi Perdagangan Pelaburan Asia Pasifik atau ASIAPEZ Association.

Sumbangan turut diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Tua SRA dari Persatuan Zon Ekonomi Perdagangan Pelaburan Asia Pasifik atau ASIAPEZ Association

Untuk makluman, O2O QR Smart Store kini melangkah lebih maju dengan memperkenalkan perniagaan “online to offline” berkonsepkan perniagaan peruncitan wakaf yang  membuka peluang kepada usahawan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka di dalam kedai fizikal. Sebelum ini produk usahawan IKS hanya dipasarkan secara online, kini pelanggan boleh ke kedai fizikal untuk mendapatkan barangan IKS ini.

O2O QR Smart Store di Bandar Baru Nilai

“Syarikat  menyediakan ruang sejumlah 30% dalam kedai kepada usahawan tanpa sewaan (listing fees),” sambung Dr Mazlan Ahmad.

Menurutnya, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O QR Smart Store, pihaknya memperkenalkan QR-Pay yang  menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet) yang mana konsep pembayaran dalam talian ini merupakan satu-satunya konsep peluang yang baru diperkenalkan pada dunia. 

QR-Pay adalah system pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu, dan setakat ini sudah lebih 30k (tiga puluh ribu) pengguna (user) yang telah download aplikasi tersebut. 

“Jumlah deposit pengguna yang menggunakan e-wallet QR-Pay atau kami gelarkan Super Apps kini telah melebihi RM32juta setakat 4 bulan lepas. Lebih menyeronokkan applikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya,” tambah Dr. Mazlan sambil memaklumkan PanPay Holdings Sdn Bhd pula adalah syarikat yang mempunyai lesen dibawah Akta 500 daripada KPDNHEP yang menyediakan satu program iaitu Program Pembagunan Usahawan Wakaf. 

Jelas Dr. Mazlan, program tersebut telah berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan di Malaysia waima ada simpanan KWSP untuk setiap ahli di syarikat PanPay. 

‘‘Program ini juga menyediakan GERAN untuk setiap program keusahawanan di seluruh Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Noor Azian Mohamed atau lebih mesra disapa Puan Azie yang bertanggungjawab terhadap proses pengeluaran Saliva Walit memberitahu, berpandukan pada slogan, ‘Keaslian Keutamaan Kami’, keputusan syarikatnya untuk memasarkan produknya ke dalam kedai O2O QR Smart Store dengan niat untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah kesihatan.

Puan Noor Azian Mohamed dan Saiful Apek bersama produk Saliva Walit keluaran mereka

Memperlihatkan beberapa testimoni yang disimpan dalam telefon bimbitnya di mana pesakit-pesakit yang mengamalkan minuman Saliva Walit sudah boleh bangun duduk membuatkan dirinya rasa puas dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan dengan modal sendiri itu.

“Selama ini ada pesakit yang terbaring sahaja tetapi setelah minum air sarang burung Saliva Walit mereka dah boleh bangun dan duduk,” Puan Azie bercerita panjang.

Menurut beliau dengan menurunkan harga jualan serendah RM10 untuk sebotol Saliva Walit dalam kandungan 100 ml dengan mengekalkan kualitinya dapatlah pengguna membelinya.

“Ada beberapa jenis Saliva Walit yang kami bekalkan, jika lebih pekat lebih baik untuk pesakit kronik dan itu pun dijual murah pada harga RM125 sebotol sahaja berbanding harga pasaran yang mencecah ratusan ringgit tetapi kandungan sarang burungnya sedikit dan lebih dipenuhi dengan air,” akhiri Puan Azie yang turut mendukung hasrat rakan kongsinya, Saiful Apek  untuk membasmi kemiskinan dan membantu golongan orang susah.

Dalam pada itu, penglibatan SW Gitu-Gitu sebagai ‘merchant’  antara lainnya tertarik dengan sistem perniagaan yang diamalkan PanPay Holdings.

Untuk rekod, program terbabit berjaya menukar landskap kewangan kepada usahawan yang telah mengikutinya waima program yang satu-satunya di Malaysia ini mempunyai simpanan KWSP untuk setiap ahlinya dan paling utama menyediakan geran untuk setiap program keusahawan di seluruh Malaysia sebagaimana yang diterima Saiful Apek.

"Ini merupakan salah satu konsep WAKAF yang diperkenalkan oleh syarikat,” sambung  Dr. Mohd Naszri Johari mengakhiri bicara ketika sesi temubual berlangsung.

Untuk butiran lanjut berhubung konsep perniagaan yang diketengahkan boleh layari laman sosial facebook O2O QR Smart Store atau PanPay Holdings Sdn Bhd.

#SalivaWalit #O2OQRSmartStore #PanPayHoldings #SaifulApek #SarangBurung #SWGituGitu

Read More

26 October 2023

Guardian Umum Empat Pemenang Peraduan Guardian ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023’!

Usaha pencarian seluruh negara Guardian untuk individu yang melambangkan esensi Kecantikan Sihat kini berakhir

EMPAT pemenang telah muncul sebagai Face of Healthy Beauty Guardian untuk 2023 selepas berakhirnya pertandingan selama empat bulan di seluruh negara.

Pertandingan Akhir Peraduan Face of Healthy Beauty, yang telah berlangsung di Kuala Lumpur menyaksikan 20 finalis daripada seluruh negara, termasuk dua  peserta lelaki bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.

Dari kiri, Nur Izzatul, Kay Yap, Candace Cheah & Aqila Afindi

Empat pemenang tersebut ialah:

1. Aqila Bt Afindi

2. Kay Yap Yen Yin

3. Nur Izzatul Aqma Bt Ludin

4. Candace Cheah Sook Peng

Aqila Afindi, 22, yang berasal dari Putrajaya dan merupakan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA berkongsi perasaan gembira dan rasa syukur atas kemenangannya.

“Saya sangat kagum melihat kehebatan peserta lain dan saya berasa sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang daripada empat pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak mendoakan saya,” katanya.

Sementara itu, pereka fesyen Nur Izzatul Aqma, 21, yang telah menghasilkan busananya sendiri untuk Pertandingan Akhir itu berkata bahawa kemenangannya ditujukan kepada ibu bapa, keluarga serta sahabat handai yang menyokongnya dalam semua pertandingan yang disertainya.


“Saya juga berusaha memberikan yang terbaik untuk menang dan syukur, usaha saya berhasil dengan kemenangan ini. Ia amat bermakna buat saya,” kata Nur Izzatul yang berasal dari Petaling Jaya.  

Kay Yap, 31, dari Kuala Lumpur tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. “Persaingan sangat sengit, memandangkan semua peserta begitu bersemangat dan berbakat. Tahniah kepada Guardian kerana telah menjadi perintis trend dengan memilih duta jenama yang benar-benar meraikan kecantikan dalaman,” kata Kay. 

Kay, yang turut memenangi hadiah Kategori untuk peserta ‘Paling Sihat’ merupakan Pereka Multimedia. 

Candace Cheah berusia 28 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Veterinar.

Anna Hull, Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk akhirnya mengumumkan pemenang Face of Healthy Beauty 2023. Pertandingan tahun ni telah mendapat sambutan yang menakjubkan dan persaingan pula begitu sengit. Kami juga gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia dan kami juga berbangga kerana untuk pertama kalinya, kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir.

Faiz Rahim merupakan salah seorang finalis lelaki yang berhasil bertanding di peringkat akhir

“Seperti yang kita sedia maklum, Face of Healthy Beauty BUKAN peraduan kecantikan. Ia adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty.

“Konsep Healthy Beauty adalah TERAS falsafah jenama Guardan dan ia adalah cetusan daripada wawasan pengguna bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar. Oleh yang demikian, pemenang kami akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah, dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Anna.  

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha untuk mencari EMPAT individu di seluruh negara yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing menerima:

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

• Penampilan dalam Iklan, bahan Promosi dan bahan promosi jualan didalam stor Guardian

• Wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000

• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Peraduan yang bermula pada 26 Jun 2023 terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#faceofguardianmy 

#FaceofHealthyBeauty2023


Read More

Portal mySihatPal Inisiatif AstraZeneca Mempergiat Kesaksamaan Akses Perkhidmatan Kesihatan Kepada Semua

Kehidupan seharian Qiss mula berubah apabila ibu mertua menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi untuk rawatan kanser. Manakala bapa mertua disahkan Diabetes. Qiss tahu nama penyakit tapi kurang pengetahuan tentang rawatan untuk penyakit ni dan juga pendedahan kepada penyakit ni.

Jadi, Qiss perlukan lebih membaca dari sumber yang boleh dipercayai. Mujurlah AstraZeneca, sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal bersama beberapa persatuan terkenal telah melancarkan portal kesihatan digital baharu iaitu ‘mySihatPal’ dimana portal ini menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum. 

Portal kesihatan mySihatPal dilancarkan baru-baru ini

mySihatPal iaitu sebuah portal kesihatan awam digital baharu menuju penjagaan kesihatan yang saksama dengan menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan menjadi rujukan Qiss sebab ianya percuma dan penuh manfaat.

Persatuan perubatan yang bekerjasama dalam menjayakan portal ini adalah Asthma Malaysia (AM), Bayi Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM), Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). 

‘mySihatPal’ adalah portal kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan - daripada maklumat penyakit, kandungan kesihatan, sambungan kepada penyedia kesihatan bersekutu, hospital swasta, klinik penjagaan primer, klinik kerajaan hingga kepada perundingan maya dengan profesional penjagaan kesihatan dan ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan pakar – ini memastikan setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi mereka.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemajuan dalam penjagaan kesihatan, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan. Salah satu halangan terbesar kepada kebolehcapaian penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi fizikal, menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk menghubungkan orang ramai kepada profesional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Portal mySihatPal merangkumi profesional perubatan, masyarakat dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan. Selain itu, platform ini menyepadukan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.

Tidak dinafikan lagi kepentingan digital dalam perkhidmatan kesihatan. Portal ini juga membantu meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan, di mana masih terdapat jurang semasa pengesanan awal penyakit pada masa ini, ditambah pula dengan jarak lokasi di antara pesakit dan fasiliti kesihatan. Seiring dengan kemajuan yang semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ini perlu diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai dengan petugas kesihatan supaya mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya. 

Bercakap mengenai kerjasama ini, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia berkata, “Di AstraZeneca, matlamat kami adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi teknologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia. Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat. Jesteru itu, ianya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.” Di seluruh dunia, pendigitalan dalam penjagaan kesihatan dengan pantas mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan, mewujudkan anjakan paradigma baharu dalam perjalanan pesakit dan akhirnya, meningkatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”

“Sebagai syarikat antarabangsa biofarmaseutikal, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia di dalam menggiatkan transformasi kesihatan dengan membantu menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk penyelesaian digital sebagai langkah untuk menyokong keperluan pesakit, disamping memastikan inovasi kesihatan digital di Malaysia terus berkembang. Melalui portal kesihatan digital seperti mySihatPal dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit dengan memastikan bahan rujukan peroleh dari sumber yang dipercayai disamping meningkatkan pendedahan kepada fasiliti kesihatan, seterusnya dapat memastikan penjagaan yang lebih optimum,” jelas Vinod.

Melalui portal mySihatPal, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada orang ramai di mana penyampaian maklumat berkaitan dengan penyakit adalah dalam konteks yang mudah difahami dan mudah dipauti. Pesakit juga berpeluang menjalankan penilaian kendiri mengenai status kesihatan mereka sebelum berhubung dengan petugas kesihatan melalui direktori dalam talian untuk menerima rawatan susulan dan sesi konsultasi.  

Daya tarikan penting mySihatPal adalah ia meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pesakit, memberikan mereka maklumat berkaitan penyakit yang dipermudahkan. Melalui portal ini, orang ramai kini boleh menikmati autonomi yang lebih besar atas kebimbangan kesihatan mereka sendiri kerana antara muka pengguna direka untuk menyampaikan maklumat yang boleh difahami dan mudah dinavigasi.

Sama pentingnya, orang ramai juga boleh menjalankan diagnosis kendiri awal mengenai keadaan mereka menggunakan alat penilaian penilaian kendiri, sebelum berhubung dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkaitan melalui direktori dalam talian untuk menerima pendekatan rawatan yang betul.

Menyentuh tentang kolaborasi ini, Dr. Haji Helmy Haja Mydin iaitu Pengasas Bersama Asthma Malaysia dan selaku wakil persatuan-persatuan berkata, “Asthma Malaysia menyokong pembangunan portal kesihatan digital yang komprehensif kerana ianya dapat menyediakan saluran yang boleh dipercayai oleh orang ramai untuk mendapat akses kepada maklumat penjagaan kesihatan dan berhubung terus dengan panel pakar penjagaan kesihatan. Lebih penting lagi, dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi, ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejala dan rawatan. Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal mySihatPal akan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang aspek kesihatan.”

Selain dari mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam portal mySihatPal juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.

Portal kesihatan digital ini memberi banyak manfaat untuk orang ramai, dalam masa yang sama AstraZeneca ingin terus meluaskan kumpulan rakan kongsi kesihatan sedia ada di mySihatPal dengan menjemput rakan kongsi lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyertai gabungan itu dan membantu memajukan penjagaan kesihatan yang saksama di negara ini, dan dapat mengurangkan jurang dalam akses kepada penjagaan kesihatan.

Menarik juga apabila Dr. Soo Wincci berkongsi idea masakan yang sihat dan mudah di dalam protal ini. Banyak menu menarik untuk dicuba tau.

Dr. Soo Wincci berkongsi resepi di portal mySihatPal

Bagi Qiss, portal ini sangat membantu apabila Qiss perlukan rujukan mengenai penyakit kedua ibu bapa mertua. Dari segi penjagaan dan juga rawatan serta langkah pencegahan yang perlu diambil untuk mengelakkan Qiss menghidap penyakit yang sama.

mySihatPal kini boleh dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/


Read More

19 October 2023

Nabila Huda dan Fara Nadiah Antara Selebriti Popular Sokong Perniagaan Tempatan di Shopee Live

Mempromosikan Jenama Buatan Tempatan kepada Jutaan Penonton

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2023 – Selebriti tanah air menggunakan populariti mereka untuk menggalakkan jutaan rakyat Malaysia yang menonton strim langsung Shopee Live Skuad Stylo, bersiaran setiap jam 8 malam, menyokong perniagaan tempatan, dengan menunjukkan kualiti produk buatan tempatan dan turut memberi testimonial tentang bagaimana mereka menggunakan produk tersebut dalam kehidupan seharian.

Antara selebriti popular adalah Nabila Huda yang merupakan pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) menerusi lakonannya dalam Makrifat Cinta dan Fara Nadiah yang menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi selain terkenal dengan filem Irama Kita.

Nabila Huda hadir sebagai selebriti jemputan di Shopee Live

Mereka antara barisan selebriti popular selain Sherry Alhadad dan Dato' Seri Vida yang aktif mengajak peminat menyokong perniagaan tempatan sejak September lalu. Ini menjadikan Shopee Live Skuad Stylo meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 “Add to Cart” sejak mula bersiaran pada 5 September lalu.

“Produk buatan tempatan mempunyai rekaan yang cantik dan dihasilkan oleh bakat mahir tempatan,” kata Nabila ketika berganding dengan pengacara Zaiton Khalid dalam mengendalikan Shopee Live Skuad Stylo pada 26 September lalu. Pada strim langsung itu, Nabila turut mempergayakan tudung jenama tempatan Heejab dan Theselamah bagi menunjukan keselesaan dan kualiti kain kepada penonton.

Nabila yang mempunyai 3.1 juta peminat di media sosial turut berkongsi dia membelanjakan antara RM300 hingga RM400 setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur dan barangan elektrik di Shopee. "Saya mendapati membeli barangan keperluan seperti beras dan jenama pasta kegemaran saya di Shopee lebih mudah daripada ke kedai fizikal," katanya.

Sementara itu, Fara, yang cekal mencipta nama dalam industri seni sejak kecil memahami setiap penjual tempatan memerlukan platform tepat seperti strim langsung dan sedikit pendedahan untuk memperluaskan kecapaian perniagaan mereka. “Saya suka membeli-belah di dalam talian untuk barangan seperti kasut, aksesori, penjagaan kulit dan juga perabot. Saya dapati produk yang dijual di Shopee berkualiti tinggi," katanya.

Fara Nadiah dan Sarancak

Ketika strim langsung pada 2 Oktober lalu yang dikendalikan bersama pengacara Sarancak (Sara Zulkifli), Fara turut menekankan kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan, seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora.

Pelakon ini juga menyedari penjual wanita di Shopee membantu menaikkan wanita lain dalam komuniti mereka: “Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya suri rumah kerana mereka boleh menguruskan perniagaan sambil menjaga anak. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain,” kata Fara yang mempunyai 159,000 pengikut di Instagram.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Shopee menyasarkan untuk terus membawakan pengalaman membeli-belah terbaik yang bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna tetapi turut menghiburkan mereka sambil mengekalkan keterlibatan melalui konsep ‘shopping-tainment’ yang memperkasakan penjual tempatan untuk berjaya dan berkembang dalam jangka masa panjang. Kami teruja melihat selebriti seperti Nabila Huda dan Fara Nadiah mengajak jutaan peminat di Shopee Live Skuad Stylo untuk menyokong jenama tempatan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghayati nilai produk Buatan Malaysia.”

Sherry Alhadad

Shopee mempunyai rekod prestasi dalam memperkasakan pencipta kandungan untuk mencapai keputusan yang cemerlang menerusi jualan strim langsung di platform tersebut.

Penjual strim langsung Shopee terbaik di setiap negeri di Malaysia telah menjana jualan sebanyak RM4.6 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.

Read More

18 October 2023

The Benefits of Using Batik Air as Airplane Choices to London From Kuala Lumpur

Hi,

Regarding air travel, Traveloka Batik Air stands out as a symbol of excellence and luxury. Known for its commitment to passenger comfort and exceptional in-flight services, Batik Air has become the airline of choice for those flying from Kuala Lumpur to various destinations, including London.

Batik Air is an Indonesian-based airline that takes its name from the traditional Indonesian art of batik, known for its intricate and artistic designs. Like the complex batik patterns, Batik Air weaves a tapestry of elegance and luxury into every aspect of your flying experience.

The Benefits of Using Batik Air as Airplane Choices to London From Kuala Lumpur

The Benefits of Using Batik Air Airlines

1. Exceptional In-Flight Services

From the moment you step onboard a Batik Air flight, you'll notice the difference. The cabin exudes sophistication, with spacious seating arrangements designed for your comfort. Batik Air's commitment to passenger comfort is evident through the generous legroom and well-thought-out cabin environment.

2. Gourmet Dining in the Sky

For many travelers, the dining experience is a crucial aspect of their journey. Batik Air understands this and excels in offering passengers an array of delectable cuisine. Their in-flight menu boasts a combination of international and Indonesian dishes, ensuring that every passenger's palate is catered to.

3. In-Flight Entertainment at Its Best

No long-haul flight is complete without a selection of entertainment options to keep you engaged throughout your journey. Batik Air offers a comprehensive in-flight entertainment system featuring a variety of movies, music, and games. Whether you prefer the latest Hollywood blockbusters or relaxing melodies, you'll find plenty to entertain you.

4. World-Class Cabin Crew

Batik Air's cabin crew is renowned for their professionalism and warmth. They are dedicated to ensuring that every passenger's needs are met with care and courtesy. Whether you need assistance or have special requests, the Batik Air team is committed to making your journey as pleasant as possible.

5. Awards and Recognition

Batik Air's dedication to excellence has earned the airline numerous awards and accolades. They have been recognized for their in-flight dining, cabin service, and overall commitment to passenger satisfaction. These awards testify to Batik Air's unwavering dedication to delivering a superior travel experience.

Kuala Lumpur to London with Batik Air

If you plan a journey from Kuala Lumpur to London, Batik Air can be your passport to a seamless and luxurious experience. While Batik Air offers exceptional services on various routes, including Kuala Lumpur, their commitment to excellence truly shines when traveling from Kuala Lumpur to London. London's magnetic charm, steeped in history, culture, and modernity, beckons travelers from Kuala Lumpur and across the globe.

London Must-Visit Destinations

London is a city brimming with history, culture, and iconic landmarks. Some of the must-visit destinations include:

1. The British Museum

Home to a vast collection of art and artifacts worldwide, including the Rosetta Stone and the Egyptian mummies.

2. Buckingham Palace

Witness the Changing of the Guard ceremony and explore the magnificent State Rooms during the summer months.

3. The Tower of London

Discover the Crown Jewels and delve into the city's rich history at this historic castle.

To make your journey even more convenient and enjoyable, consider booking your Batik Air flight with Traveloka. With a schedule that caters to different preferences and a reputation for world-class service, Batik Air ensures that your journey from Kuala Lumpur to London flight is not just about reaching your destination but savoring every moment of the voyage. 

Choose Batik Air and elevate your travel experience to new heights. With Traveloka, you can access exclusive deals, enjoy a seamless booking process, and know that your travel plans are in capable hands. Happy travels!

Read More

13 October 2023

Shopee Live Pacu 120 Kali Ganda dalam Aktiviti “Add-to-Cart” Pengguna Ketika 10.10

Festival Shopee Live pecah rekod dengan 30 juta keterlibatan pengguna

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2023 - Shopee mencapai kejayaan bersejarah pada Festival Shopee Live 10.10 dengan peningkatan menakjubkan sebanyak 120 kali ganda dalam aktiviti “Add to Cart” pengguna, dipacu oleh peningkatan trafik pengguna baharu dan keterlibatan tinggi pengguna pada hari kemuncak. Rakyat Malaysia menonton sesi strim langsung yang interaktif dan menyeronokkan, menikmati baucar eksklusif Live daripada penjual yang mengambil bahagian, dan menyertai rancangan permainan di Shopee Live.  

Sepanjang kempen yang berlangsung selama 9-hari ini, Shopee Live menyaksikan peningkatan lebih 595,000 penonton baharu. Platform ini merekodkan keterlibatan pengguna hebat sebanyak 30 juta pada 10.10, di mana pengguna menanti-nantikan yang ciri dinamik strim langsung ini seperti Baucar Terhad dan permainan mini Spin 2 Win.  Lebih 12 kali ganda* penonton baharu menonton Shopee Live pada 10.10 untuk merebut peluang mendapatkan baucar diskaun 90% daripada penjual yang mengambil bahagian dan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 ketika rancangan permainan  Kotak Duit Misteri pada 8 malam. 

Penjual Shopee Mall meningkat secara ketara sebanyak 12 kali ganda, menggunakan Shopee Live pada kali pertama pada hari 10.10 berbanding hari biasa sepanjang 3 bulan lalu. Pembeli menikmati promo eksklusif dan diskaun daripada lebih 5,000 jenama seperti Pediasure, TTRacing, dan banyak lagi di Shopee Live. Pada 10.10, Jovian, LONKOOM, Maybelline, Mydin, Nestle, Skechers, SKINTIFIC, Swiss Thomas, Zoe Arissa, dan Zucca berjaya mencapai pesanan strim langsung tertinggi, menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa risau dengan keaslian produk 100%, Polisi Pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda. 

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kami bersuka cita memaklumkan tentang peningkatan permintaan menakjubkan terhadap konsep “shoppertainment” melalui Shopee Live. Banyak jenama terkemuka diketengahkan ketika kempen 10.10, di mana rakyat Malaysia menonton untuk mengetahui produk baharu, berinteraksi dengan penonton lain, dan berjimat dengan promo eksklusif. Prestasi Shopee dalam memacu aktiviti perjalanan pembelian pengguna merupakan sebuah peluang untuk meningkatkan jualan buat penjual strim langsung kami.”

Di Festival Shopee Live 10.10 kali ini, jenama fesyen dan kecantikan menggunakan kuasa pasaran strim langsung yang membolehkan mereka menunjukkan produk mereka secara langsung. Sepanjang hari ketika 10.10, pengguna Malaysia mencari produk fesyen dan aksesori seperti blaus, dress, beg tangan wanita, kasut wanita, dan sandal wanita. Pakaian saiz besar, barangan kemas, dan hijab merupakan produk fesyen yang paling banyak dipesan semasa hari kemuncak. 

Pembeli menebus lebih 1.3 juta di Shopee Live yang membantu mereka berjimat besar terhadap setiap pembelian. Botol isi semula pensanitasi tangan, telur segar semula jadi dari ladang, dan sambal Halal mengambil tempat tertinggi untuk pesanan Shopee Live tempatan, menunjukkan minat pelbagai dan meluas pengguna. 

“Shopee Live mempunyai alatan bersesuaian dan dinamik untuk mencipta strim langsung menarik termasuk ciri Undian, ciri Lelong, Baucar Waktu Terhad, dan Harga Strim Langsung Eksklusif. Jenama dan penjual menggunakan alatan ini untuk sesi yang lebih berperibadi, mencipta pembelian dengan pantas, perbualan interaktif dua-hala, dan memacu aktiviti pengguna yang lebih aktif. Hasilnya adalah interaksi yang sangat bermakna dan mampu mempengaruhi pelanggan yang disasarkan,” tambah Soh. 

Kawasan di luar Lembah Klang seperti Johor Bahru, Kinta, Melaka Tengah, Seremban, dan Timur Laut menyaksikan peningkatan ketara terhadap keterlibatan melalui Shopee Live. Ini menunjukkan kecapaian meluas dan daya tarikan Shopee Live, ketika pengguna menerokai lembaran baharu e-dagang.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com