Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

Read More

Promosi Sempena Pembukaan LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras

Promosi dan harga murah
Read More

ETW6: Keunikan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort yang juga dikenali sebagai pantai di dalam bandar
Read More

SAFI Micellar Natural Cleansing Water

Mencuci Solekan Tanpa Pedihkan Mata Macam Bawang
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

26 December 2018

W7 Genius Foundation Senang Diratakan dan Membuatkan Wajah Bersinar

Hai semua,

Hari ni Qiss nak cerita pasal foundation.

Foundation dalam bidang kecantikan merupakan produk asas sebelum kita pakai bedak, pemerah pipi dan gincu kan.


Baru-baru ni Qiss ada terbaca tentang satu foundation baru dekat 100comments.com.

Baca punya baca tentang foundation ni terus jatuh hati nak dapatkan foundation ni sebagai salah satu koleksi Qiss.

Botol direka khas dan didatangkan dengan dropper applicator supaya tidak comot

Foundation ni nama dia W7 Genius Foundation. W7 diambil sempena poskod salah satu tempat di West London. 


Sangat bertepatan dengan nama dia, foundation ni memang genius sangat. Korang memang akan terkejut dengan hasil dia.



Qiss suka sangat pakai W7 Genius Foundation ni sebab senang nak ratakan kat muka. Tidak bertompok, tidak comot sebab didatangkan dengan "dropper applicator" dan sangat kemas hasilnya.



Teksturnya ringan, tidak terlalu pekat dan rasa macam tak pakai foundation tapi hasilnya sangat cantik.



Didatangkan didalam botol 30ml yang mudah dibawa ke mana sahaja. Memang puas hati dan sangat memudahkan urusan make up seharian.


Yang Qiss guna ni warna Early Tan. Ada lagi 4 warna iaitu Buff, Natural Beige, Fresh Beige dan Sand Beige.

Harganya ialah RM 41.41


Terima kasih 100comments.com sebab pilih Qiss sebagai pemenang foundation hebat ni.

Dekat 100comments.com ni memang website dia aktif sebab orang selalu bagi komen tentang produk yang dorang pakai.

Korang kalau aktif komen produk kat 100comments.com pun mesti boleh menang hadiah best-best macam Qiss.
Read More

24 December 2018

9 Kebaikan Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu Biosol

Hai korang,

Umum kita sebagai orang perempuan ni menitikberatkan kebersihan dan penjagaan diri kita kan.



Dalam pelbagai produk di pasaran, Qiss telah mencuba Biosol. Biosol merupakan keluaran Neil Armayan.

Biosol ini ialah sejenis pembersih bahagian intim wanita dari Korea dan kini dipasarkan di Malaysia, Thailand dan Vietnam.



Qiss suka guna Biosol ni sebab rumusan dia unik dan dari ekstrak tumbuhan semula jadi.

Kandungan


Pueraria Mirifica

Prebiotic Inulin

Hydroxypropyltrimonium Honey


Ia membantu memberikan khasiat, peremajaan dan pemulihan yang diperlukan oleh lapisan kulit, rupa dan penampilan vagina serta melenyapkan bau yang tidak menyenangkan.



Antara 9 kebaikan pembersih kesihatan wanita prebiotik dengan madu Biosol ni ialah:

1. Melenyapkan kekeringan vagina.

2. Mengekalkan pH optimum untuk vagina.

3. Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur.

4. Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit.

5. Merangsang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman.

6. Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu.

7. Mengetat dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur.

8. Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit.

9. Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit.



Pengalaman sendiri
Pengalaman sendiri Qiss menggunakan Biosol selama dua minggu ni, Qiss dapat rasa perubahan yang baik dan kulit Qiss bertambah sihat serta tiada lagi bau yang tidak menyenangkan. Bau Biosol ini juga sangat wangi.



Cara Penggunaan
Gunakan 2 kali sehari
Akan berbuih setelah dicampur air.

Harga: RM 107.80






Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk ni, boleh tengok website dan Facebook Neil Armayan.

Website: www.neilarmayan.kr
Facebook: www.facebook.com/neilarmayan
Read More

23 December 2018

Special Hi-Tea Summit Hotel Subang USJ Bermula 22 Disember 2018 - 1 Januari 2019

Hai semua,

Qiss kalau makan kat tempat best dan sedap mesti Qiss rasa nak share dengan korang.



Kali ni Qiss Minum Petang yang Istimewa dibawakan oleh Oceania Buffet Restaurant, Summit Hotel Subang USJ.




Pelbagai menu menarik yang disediakan seperti, Kampung Fried Rice, Mee Goreng Mamak, Butter Oats Prawn, Deep Fried Fish Finger, kek, manisan dan buah-buahan.



Qiss suka nasi goreng kampung dan mee goreng mamak ni sebab sedap dan boleh makan dengan lauk pauk yang disediakan ni


Kek dan puding ni memang sedap.




Semua menu dia sedap-sedap dan Qiss memang cadangkan korang rasa semua menu yang ada.


Bagi peminat mee, selain Mee Goreng Mamak, Oceania Buffet Restaurant turut menyediakan kaunter mee sup tau.

Ada juga kaunter Cream of Potatoes dan ABC. Berkonsepkan layan diri, korang boleh buat sendiri ABC ni tau.



Yang ni meatball baked cheese, sedap sangat-sangat. Dua tiga kali tambah juga ni.



Rasai juga pilihan Seafood on Ice yang segar dan menyelerakan. Macam-macam ada, semuanya diletakkan di atas ais.





Ada juga kari daging dan special untuk perayaan Krismas ada makanan yang dipanggang seperti ayam belanda, kambing dan daging lembu.


Puding roti dan sos kastad


Special Hi-Tea ini berlangsung dari 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019. Bermula seawal jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang.

RM 55.00 untuk dewasa
RM 38.00 untuk kanak-kanak



Korang yang berdekatan dengan Summit Hotel Subang USJ ni jangan lupa datang dan nikmati makanan kat sini.

Sekiranya korang datang pada tarikh-tarikh ini, 22/12, 23/12, 25/12, 29/12 dan 30/12 korang akan dihiburkan dengan persembahan menarik seperti Magic Shows, Badut dan Real-life Superhero.



Jangan lupa sertai juga "Monthly Lucky Draw" dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 di Oceania Buffet Restaurant. Hadiah menarik disediakan.



Untuk tempahan:

No. Tel: +603 80233000 ext 3021

FB: SUMMIT HOTEL SUBANG USJ

IG: #HOTELSUMMITSUBANGUSJ
Read More

19 December 2018

MMSOS “Panic Button” Membantu Anda Dalam Waktu Kecemasan

MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”.



Ia juga merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini,
dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan
kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda,
kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan
yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku
kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.



Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.


MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.


Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran
diri.


Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :

• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person,
3D2N + Dining).
• ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.
• ‘Ambulance fees’.
• Percuma ‘towing’.

Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu
kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.

Aktiviti MMSOS bersama pengguna.

Program sahabat media MMSOS telah diadakan di Gua Damai Extreme Park pada 24.11.2018. Program telah dijalankan dengan meriah.



Beberapa aktiviti telah diadakan dan mendapat sambutan ramai.




Read More

18 December 2018

Cara Plan Ad Hoc Trip ke Langkawi


Bila dah kerja ni, susah nak lepak dengan kawan-kawan macam dulu-dulu. To be honest, bukan Qiss tak rindu. Tapi mungkin sebab komitmen keje yang push Qiss untuk spend banyak masa mengadap laptop travel sana-sini sampai kadang-kadang  dengan Qiss lupa yang Qiss pernah ada kawan-kawan seakrab dorang, Mia, Anis and Yana.



Kalau dulu time belajar, dorang laa segala-galanya. Makan sepinggan, tidur sebantal, kawan susah senang, nangis, ketawa. Semua laaa. Hidup Qiss memang evolve around these people. My best friends forgotten.



Dua hari lepas hari jadi Yana. So macam tahun-tahun sebelum ni, setiap kali waktu birthday, kitaorang akan berkumpul and sambut sama-sama. Time-time macam ni je kitaorang dapat berkumpul. Tapiii,
boleh pulak Qiss meeting time tuu. Dah la tak dapat nak excuse sebab meeting penting. Haiyo.

Bersalah sangat Qiss rasa. Qiss dah call and bagitau dorang. Walaupun dorang cakap takpe, tapi Qiss dapat rasa nada-nada hampa dalam suara dorang. Jadi Qiss decide nak tebus balik kesalahan Qiss. Qiss plan nak organize ad hoc trip ke somewhere!

Amacam, baik tak idea aku??



Disebabkan Langkawi ada pantai yang cantik and kaya dengan alam sekitar and nilai sejarah yang tinggi, maka Langkawi la
tempat yang paling sesuai untuk jadi tempat untuk kitaorang explore and habiskan masa sama-sama.

Dataran Lang
sumber foto: google


Berbekalkan bajet yang tak besar, maka jadi kerja Qiss la untuk plan everything. Haa nasib la siapa suruh buat salah kan? Hehe. No problem, kicik punya hal lah.

First thing first, Qiss mulakan dengan
search return flight ke sana. Google punya Google, Qiss come across dengan this one flight and hotel searching site, Traveloka Malaysia! Promo banyak gila siot, Qiss ingatkan propa je. Rupanya betul.

Memang dorang ada banyak promo untuk penerbangan and tempat penginapan. Lebih-lebih lagi time hujung minggu. Ada weekend promo pulak! Korang boleh imagine tak perasaan Qiss bila tau
return flight kitaorang 4 orang tak cecah RM900 pun? Haaaa. Surprised kan.


Gambar Google


Next, time untuk decide tempat penginapan. Bagi Qiss bab ni kena pilih betul-betul sebab ia akan mempengaruhi mood percutian korang. And paling penting, hotel tu mesti kena selesa, dekat dengan tarikan pelancong and ada restoran or any tempat makan yang best. Hihi dah nama pun food lover, haruslah cuba macam-macam jenis makanan kat tempat orang ;)



Dengan applikasi yang sama, Qiss
berjaya dapat bilik kat hotel 4 bintang andd, dapat complimentary breakfast! Punyaa excited Qiss try setiap satu hidangan breakfast buffet kat hotel tu nantii. Hihihi.

And according to the apps, hotel ni hanyalah 300 meter dari Pantai Chenang.

Yeay! Good hotel means good vacation!!

Actually, ada a few lagi attraction near this hotel, dengan jarak yang membolehkan ktorg berjalan kaki je. Macam Underwater World, Laman Padi dan Pantai Tengah. Tak sabaar pulak rasa ;p



Apa yang paling Qiss suka pasal apps ni, dia takde hidden charge. Maksudnya, we pay for the rate yang dorang display awal-awal tadi. Lepas tu, dapat pulak 10% off sebab pakai kod kupon.



Heeee, happy betul Qiss. And I’m soo gonna rekemen this apps to all my readers. Korang boleh download kat Google Play for free.

And also, korang dapat baca review-review dari previous guest pasal each hotel.
Tak macam aplikasi lain yang offer complicated payment process, payment method apps ni sangat laa mudah. Bagi yang takde kad kredit, korang boleh pakai any online banking macam CIMB Clicks,
Maybank2u dan lain-lain lagi.

U guys have to see my best friends’ faces the moment I broke the news to them.

Muka happy je semua


Dorang pun macam tak percaya Qiss yang blur ni boleh dapat idea nak plan a trip. Bukan apa, selalu Qiss ni follow je apa
dorang buat, jarang jadi organizer. Hihi.


Yeah, tak sabarnyaa rasa nak spend time dengan dorang.


Cepatla weekend.
Read More

13 December 2018

MOODMOJEE Kempen Terbaru Dari Anchor Food Professional Yang Semestinya Menarik Perhatian Penggemar Keju

Hai korang,

Macam mana mood korang hari ni? Ada yang tengah gembira? Ada yang tengah sedih ke ade yang mood dia tengah nakal?



Korang pernah dengar kan jenama Anchor iaitu sebuah jenama perkhidmatan makanan yang terkenal dari New Zealand. Kebanyakan produk Anchor ni orang buat kek dan pastri. Hari ni Anchor Food Professionals menjadi perunding bergerak dalam mengeluarkan produk dan juga citarasa baru kepada chef, perkhidmatan katering, hotel, kafe dan sebagainya. 

Berikutan kejayaan kempen sebelum ini iaitu Say Cheese, PizzArt, dan Anchor Travel Cake, kini Anchor Food kembali dengan kempen baru iaitu MOODMOJEE yang baru dilancarkan baru-baru ni, Qiss berkesempatan mencuba beberapa jenis minuman tenusu yang dapat membangkitkan mood korang di dua outlet di negeri Perak iaitu satu di Family Confectionery Kampar dan satu lagi di The Baker's HUT di Seri Manjung Perak.





Minuman ini telah diilhamkan oleh Asian Cheese Teas, Jack Tan iaitu Associate Foodservice Director. Menurut beliau "Kami begitu memahami apa yang boleh dibuat dengan menggunakan tenusu daripada segi rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui bentuk minuman mahupun kek. Mengikut tradisi, produk tenusu begitu popular di pasaran Barat, tetapi untuk kali ini kami ingin mencuba dengan bahan-bahan tempatan yang sedia ada untuk menghasilkan rasa dan rupa Asia"

Kempen Moodmojee ini berlangsung dari bulan November 2018 hingga Januari 2019 di seluruh Malaysia melibatkan pengusaha makanan dan minuman terpilih. 

Kat Perak, korang yang nak merasa minuman yang pasti membangkitkan mood korang ni boleh dapatkan dekat dua outlet ni, yang pertama di Family Confectionery di Kampar. Family Confectionary Kampar ni terletak di Taman Bandar Baru Kampar, tak jauh dari Pekan Kampar. Kat sini Qiss dapat mencuba dua jenis minuman tenusu iaitu White Chocoffee dan juga Lemon Mint Meringue.

White Chocoffee




White Chocoffee - Rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan juga mentega kacang.

Produk Anchor yang digunakan - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese, Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh: Chef Ichiro dan korang boleh dapatkan di Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery, Baker's Hut

Bagi Qiss yang memang peminat coklat memang kena cuba minuman yang ni sebab sangat sedap.

Lemon Mint Meringue




Lemon Mint Meringue - Sejenis minuman ais blended yang kaya dengan lemon mint vanilla bersama biskut perisa lemon, lemon candy orange candy.

Produk Anchor yang digunakan - Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh: Chef Firuz

Outlet - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery

Qiss suka Lemon Mint Meringue ni sebab Qiss suka makan biskut lemon dan ice blended. Yang ni memang Qiss recommend kat korang.

Bergambar kenangan bersama pemilik Family Confectionery, team Anchor Food Professional dan media serta blogger.




Selepas itu, Qiss ke The Baker's Hut dengan menaiki van yang disediakan ke Seri Manjung. Perjalanan kami dari Kampar ke Seri Manjung mengambil masa kira-kira lebih kurang satu jam.

Setelah tiba di The Baker' Hut, Qiss disajikan dengan dua jenis lagi minuman iaitu Kayanika Fusion dan Pom & Grey Twist.

Kayanika Fusion





Kayanika Fusion - Gabungan lapisan manis dan berkrim dengan sang kaya tradisional, gula melaka, pulut dan kacang merah.

Produk Anchor yang digunakan - Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh: Chef Firuz

Outlet - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionary, The Baker'Hut

Qiss suka Kaya-nika Fusion ni bila dia letak pulut kat dalam minuman ni. Satu gelas memang tak cukup. Sebab sedap sangat. 

Pom & Grey Twist





Pom & Grey Twist - Rasa Teh Keju yang unik dan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi dengan krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko

Produk Anchor yang digunakan - Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh Chef Ken dan korang boleh cuba di Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu's Cafe, Lucy Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, The Baker's Hut

Qiss paling geli hati bila minum teh ni. Lapisan krim dia boleh jadikan orang yang minum seakan ada misai yang putih. Korang boleh bayangkan tak? Kalau tak boleh bayangkan, korang kena la cuba sendiri minuman ni tau.


Bergambar kenangan bersama pemilik The Baker's Hut, team Anchor Food Professional dan media serta blogger


Terdapat 2 lagi minuman yang turut diperkenalkan iaitu:

Tangy Brew

Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE

Tangy Brew - Kopi pekat dan sejuk dihiasi dengan lapisan krim yang cair serta busa keju krim.

Produk Anchor yang digunakan - Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh Chef Ken dan korang boleh la dapatkan di
Outlet Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafe, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu's Cafe, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Family Confectionery

Yuzu Chocolate Surprise

Anchor Food Professionals Lancarkan Kempen MOODMOJEE

Yuzu Chocolate Surprise - Gabungan manisan coklat dan yuzu citrusy yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise merupakan campuran coklat ais dengan yuzu puree dan dibibir gelas pula disaluti dengan salt lemon cooling candy.

Produk Anchor yang digunakan - Anchor UHT Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream

Dicipta oleh  Chef Ichiro dan jangan lupa dapatkan di Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafe, Delight Factory, Chiu's Cafe, Living Room, Cofeology Cafe & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf

Bagi Qiss kesemua minuman ni memang sedap dan Qiss sangat teruja mencuba sesuatu kelainan yang baru. Korang pun mesti teruja dan nak tahu kat mana lokasi kedai ni kan? 

Jom tengok maklumat ni.

Alamat:

Family Confectionery Kampar - 2233, Ground Floor, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900, Kampar Perak.

The Baker's Hut - Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung Perak.




Read More

11 December 2018

Cantik Umpama Wanita Korea dengan Model Tone Up Cream dari COZENA

Hai korang,

Pernah tak korang mimpikan kulit cantik bak artis Korea?


Hari ni Qiss nak share satu krim yang sangat menarik untuk korang cuba.

Terlebih dahulu Qiss nak perkenalkan jenama produk ini iaitu Cozena. Kesemua produk Cozena ini didatangkan dari Jepun dan Korea. Umum kita tahu bahawa kebanyakan produk kecantikan dari Jepun dan Korea ni memang bagus kan.



Dalam banyak-banyak produk Cozena ni, Qiss dah cuba Model Tone Up Cream. Teksturnya Yang lembut memudahkan Qiss untuk meratakan krim ini ke seluruh muka.
Cara pemakaiannya sangat mudah, kita cuma perlu sapukan dalam kuantiti yang sedikit di muka dan ratakan sahaja.




Didatangkan di dalam bekas bersaiz 50ml, Cozena Model Tone Up Cream ini mudah dibawa ke mana sahaja.



Sangat mudah untuk mendapatkan wajah bak wanita Korea. Dengan menggunakan Model Tone Up Cream ini, make up Qiss lebih tahan lama. 


Qiss juga lebih konfiden untuk keluar berjalan-jalan dan Qiss tak perlu nak gunakan banyak-banyak produk sebab Model Tone Up Cream ni dah berfungsi sebagai moisturiser dan foundation.




Qiss juga berkesempatan melihat siaran langsung bersama Ramona, iaitu model bagi produk Cozena dan daripada siaran langsung tu, Qiss dapat ilmu tentang cara-cara pemakaian produk Cozena ni. Sangat bagus pendekatan Cozena kepada pembeli iaitu membuat siaran langsung. Ini kerana, pembeli boleh terus membuat pertanyaan semasa siaran langsung dijalankan.



Kalau korang nak cecantik, jom dapatkan produk Cozena sebab produknya sangat berkesan dan terbaik.

Maklumat lanjut:

Website

FB

Instagram
Read More

02 December 2018

Promosi Kembali ke Sekolah dan Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet

Promosi Kembali ke Sekolah oleh Sunfeet International Rehabilitation Center dapat membantu ibu bapa mendapatkan kasut yang sesuai untuk anak-anak pada sesi persekolahan akan datang.

Qiss bersama Dato' Dr. Edmund Lee

Baru-baru ini, Qiss berpeluang melawat ke Sunfeet International Rehabilitation Center yang terletak di Petaling Jaya bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan pemeriksaan kaki.


Dato' Dr. Edmund Lee merupakan pakar Ortotik dan merupakan generasi ketiga yang meneruskan legasi ini. Berjumlah lebih 30,000 pasang kaki yang telah berjaya dirawat oleh Sunfeet.

Hasil dari pemeriksaan di Sunfeet International Rehabilitation Center, Qiss mendapat tahu bahawa kaki sebelah kiri lebih besar berbanding kaki sebelah kanan.



Woww.. patutlah selama ni kalau beli kasut ikut ukuran kaki kanan memang kaki kiri tak muat dan sakit kalau Qiss pakai juga kasut tersebut untuk berjalan. Menurut Dato Dr. Edmund Lee, Qiss memerlukan kasut yang direka khas disebabkan saiz kaki yang tidak sama.



Korang tak rasa ke nak buat pemeriksaan kaki juga? Di Sunfeet International Rehab Center ni ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki secara percuma. Korang datang je bawa anak-anak dan keluarga datang dan periksa kaki kat sini untuk mengenalpasti tahap kesihatan kaki korang okay.

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH


Bagi sesi persekolahan yang akan datang, Sunfeet turut mengadakan promosi kembali ke sekolah tau. Bukan apa, seawal usia anak-anak hingga ke umur 14 tahun kita masih boleh membetulkan masalah kaki yang dihadapi dengan mengenakan kasut yang sesuai.



Terdapat beberapa jenis masalah kaki yang dapat dilihat antaranya tapak kaki rata, lengkungan tinggi dan pelbagai lagi. Setiap jenis tapak kaki ini akan memberitahu masalah yang dihidapi oleh diri kita contohnya, sakit belakang, sakit lutut dan lain-lain lagi.




Di Sunfeet, bagi setiap masalah kaki akan ada penyelesaiannya, sama ada mengenakan tapak kasut yang direka khas ataupun kasut yang direka khas bergantung kepada masalah kaki pengguna tersebut. Bagi orang dewasa memakai tapak kasut sokongan pula dapat membantu menyokong struktur kaki.

Benarlah kata orang, mencegah lebih baik dari merawat. Ibu bapa perlu peka dengan tahap kesihatan kaki anak-anak. Kasut sekolah yang selesa dapat menjamin kesihatan yang baik serta menjadikan anak-anak lebih aktif.

Di Sunfeet, terdapat pelbagai pilihan kasut sekolah yang boleh dipilih dan semestinya selesa untuk dipakai. Ibu bapa perlu peka dengan penjagaan kaki anak-anak dan bolehlah bawa mereka ke sini bagi membuat pemeriksaan kaki.









Selain kasut sekolah, Sunfeet turut mengeluarkan beg sekolah yang menyokong tulang belakang pelajar. Seperti sedia maklum, anak-anak kita membawa buku teks serta buku latihan yang berat setiap hari.




Rekaan beg sekolah ini menarik serta dapat mengurangkan sakit belakang para pelajar disebabkan buku-buku yang berat.


Sementara masih cuti sekolah ni, marilah kita ke Sunfeet International Rehabilitation Center bagi mendapatkan pemeriksaan kaki secara percuma dan membeli kasut sekolah serta beg sekolah yang terbaik untuk anak-anak.

Waktu operasi:  
Buka setiap hari

Masa
10AM- 7PM 

 Alamat
Sunfeet International Rehabilitation Centre Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Contact: 013-912 2939 

Website

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com