Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

24 September 2019

ETIQA Lancar Rider Penyakit Kritikal Pertama Di Malaysia Dengan Perlindungan Penyakit Mental

Anda dah mempunyai insurans atau belum? Tahu atau tidak sebenarnya kepentingan mempunyai insurans bagi merawat penyakit kritikal? Bagi yang sudah mempunyai pelan insuran asas Etiqa anda telah membuat keputusan yang bagus.

Penyakit mental merupakan sebuah subjek yang sukar untuk diabaikan, memandangkan peningkatan statistik dalam bilangan kaum lelaki dan wanita di negara ini yang mengalami masalah mental.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, menunjukkan bahawa 27% daripada populasi masyarakat menderita penyakit mental.  Penyakit mental mempunyai banyak kesan kerana ia adalah kecacatan yang merupakan faktor risiko penting untuk penyakit-penyakit lain, serta kecederaan yang tidak disengajakan dan disengajakan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah merasmikan pelancaran rider (atau tambahan kepada pelan insurans asas) penyakit kritikal Etiqa yang pertama di Malaysia dengan mempunyai perlindungan penyakit mental, IL CI Plus (Investment-Linked Critical Illness) hari ini.  Rider ini boleh ditambah kepada pelan insurans asas iaitu SecureLink, sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan, dan melindungi 68 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit mental.

Ahmad Rizlan Azman, Etiqa’s Chief Operations Officer, Rozima Yahya, Etiqa’s Human Capital Director, Chris Eng, Etiqa’s Chief Strategy Officer, YB Hannah Yeoh, Deputy Minister Women, Family & Community Development, Shahrul Azuan Mohamed, Etiqa’s Chief Agency Officer, Norhayati Nordin, Director of Hospital Bahagia, Datin Diana Danielle, Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Etiqa’s Chief Bancassurance Officer


Sebuah forum mini telah diadakan pada majlis tersebut, yang bertajuk "Breaking the Silence on Mental Illness" menampilkan Datin Diana Danielle, selebriti media, Dr. Norhayati Nordin, Pengarah Hospital Bahagia, dan Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Agensi, Maybank Ageas Holdings Berhad sebagai panel dan diacarakan oleh pelakon dan selebriti TV, Daphne Iking.

Bagi Datin Diana Danielle, sekiranya kita merasakan kita mempunyai simptom-simptom penyakit mental ni sebenarnya kita perlu banyakkan rehat dan jadualkan semula rutin yang mengganggu kerja seharian kita.


Y.B. Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berucap pada majlis pelancaran

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, “Saya ingin berterima kasih kepada Etiqa, kerana menjadi syarikat insurans Malaysia yang terulung dalam mengatasi trend industri dengan mengiktiraf penyakit mental sebagai penyakit yang boleh dilindungi dengan insurans.  Rawatan untuk penyakit mental adalah mahal, kerana ia bukanlah sebuah penyakit yang mudah sembuh.  Dengan perlindungan insurans, beban tersebut dapat dikurangkan.  

Pihak kementerian berharap melalui langkah yang diambil oleh Etiqa untuk menyediakan perlindungan bagi penyakit mental ini, lebih banyak syarikat insurans di negara ini akan turut mengikut jejak langkah mereka.”

Mengiktiraf akan kebimbangan mengenai penyakit mental yang semakin meningkat di Malaysia, Etiqa dengan berhati-hati telah merangka sebuah rider penyakit kritikal yang melindungi empat jenis penyakit mental iaitu;

Gangguan Bipolar Afektif;
Gangguan Kemurungan Utama;
Schizophrenia; atau
Gangguan Schizoafektif

Kelayakan untuk mendapatkan perlindungan adalah sangat mudah. Selagi pelanggan tersebut diterima oleh Etiqa, mereka layak untuk dilindungi, tertakluk kepada proses pengunderaitan biasa.

Jenis-jenis perlindungan adalah antara RM1,500, dan sehingga RM30,000 maksimum bergantung kepada jumlah keseluruhan rider yang dipilih.  Apa yang menguntungkan pemegang polisi adalah Etiqa tidak menentukan bagaimana jumlah ini bakal digunakan, oleh itu pemegang polisi boleh menggunakannya untuk yuran perundingan, ubat-ubatan, atau kemasukan ke hospital, mengikut kesesuaian masing-masing.

Ahmad Rizlan Azman, Etiqa’s Chief Operations Officer, Rozima Yahya, Etiqa’s Human Capital Director, Chris Eng, Etiqa’s Chief Strategy Officer, YB Hannah Yeoh, Deputy Minister Women, Family & Community Development, Shahrul Azuan Mohamed, Etiqa’s Chief Agency Officer, Norhayati Nordin, Director of Hospital Bahagia, Datin Diana Danielle, Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Etiqa’s Chief Bancassurance Officer

" Kami berbangga untuk menjadi syarikat insurans pertama di negara ini untuk melancarkan rider insurans sifat ini.  IL CI Plus adalah unik di pasaran kerana bukan sahaja mempunyai jumlah yang perlindungan yang tinggi, pemegang polisi boleh menentukan sendiri bagaimana mereka mahu untuk menggunakan pembayaran tersebut, dan menyesuaikannya mengikut keperluan perubatan mereka," kata Shahrul Azuan, Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad.

Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan SecureLink adalah pelan asas yang dibeli bersama IL CI Plus. Ia adalah pelan fleksibel dengan perlindungan komprehensif, yang menawarkan faedah utama, seperti penambahan menyeluruh, perlindungan berterusan, bonus kesetiaan, dan faedah kematian & kecacatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di 1300-13-8888.

Reactions:

1 comment:

  1. wah !! menarik sangat ni qiss !! zaman sekarang, akak rasa semua kena ada insurans.. bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk jaminan orang tersayang pada masa akan datang.. tahniah ETIQA untuk inisiatif terbaik..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com