Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 November 2019

ULASAN KAMERA REALME XT: Kuad Kamera Snapdragon 64MP yang Pertama di Malaysia

Realme XT adalah tambahan yang terbaharu kepada rangkaian telefon pintar realme. Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdragon, Pengecas Pantas VOOC 3.0, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan. Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP.

Jom kita lihat foto-foto yang dihasilkan oleh teknologi kuad kamera realme XT.

Mod Makro
Berdasarkan foto di atas, efek makro yag dihasilkan oleh kamera realme XT adalah luar biasa. Ia menunjukkan kemampuan sebenar lensa makro dari jarak 4cm, di antara lensa dan objek. Lensa makro ini membolehkan anda untuk mendekati dan menikmati keindahan dunia makro di sekitar anda.




Mod Potret



Tambahan lagi, realme XT  berkemampuan untuk menghasilkan foto potret berkualiti seperti mana yang diambil di studio, dengan adanya fungsi HDR pintar. HDR pintar yang sebenar akan memaparkan efek sorotan (highlight) dan bayangan (shadow) bagi menghasilkan foto potret yang hidup. Gunakan mod potret untuk mengambil foto orang-orang yang tersayang dan anda pasti akan kagum dengan hasilnya.

Sudut Lebar Ultra

Lensa Sudut Lebar Ultra 119°dan Pandangan Lebar (Wider View) 1.5x membolehkan anda menangkap segala apa yang dapat dilihat dalam satu gambar. Kamera sudut lebar ultra dengan darjah pandangan 119° yang 50% lebih lebar dan dengan bantuan engin DLDC yang membetulkan herotan dapat memastikan gambar yang dihasilkan adalah berkualiti. Foto contoh ini menunjukkan hasil menggunakan lensa sudut lebar ultra untuk mendapatkan pemandangan yang lebih luas.



64MP

Akhirnya, kelebihan realme XT yang paling ketara terletak pada sistem kuad kamera 64MP. realme XT dilengkapi sensor 64MP ISOCELL GW1 yang mampu menghasilkan output pixel tinggi 9216 X 6912 di dalam fotografi.  Hasilnya adalah amat mengagumkan di bawah pencahayaan yang sempurna seperti foto yang ditunjukkan di atas. Perincian dapat dilihat dengan jelas apabila foto dizoom.



Sebagai kesimpulan, kelebihan realme adalah terletak pada sistem kamera 64MP, selain daripada reka bentuk premium dan prestasi yang lancar. Tiada telefon pintar lain di segmen ini yang dapat menawarkan gandingan fotografi resolusi tinggi terperinci dengan fungsi yang serba boleh. Anda hanya perlukan realme XT untuk menghasilkan foto yang sebenar!

Bagi setiap pembelian realme XT di Jualan Lazada 11.11, realme Malaysia akan memberikan sebuah beg realme bernilai RM159 dengan PERCUMA. Untuk maklumat lanjut tentang realme XT, sila layari http://bit.ly/rmlazada

1 comment:

  1. Memamg nampak xantik hasil gambar dari kamera Realme XT ni. Tergoda pula tengok hasil gambar dari kamera ni. Akak pun tengah recce nak beli handphone lagi satu untuk kerja kerja blogging kan

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com