Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 December 2019

Makan Dan Menang KAW KAW Dengan Marrybrown

Marrybrown dah jadi tempat makan kegemaran Qiss dan keluarga sejak ada promosi Jimat Jumaat baru-baru ni.

Minggu lepas Qiss terbaca IG story pasal Mi Kari Marrybrown. Qiss pun nak cuba sebab memang makanan favourite Qiss tu tapi belum pernah cuba Mi Kari Marrybrown. Sebelum ni tak pandai nak order kat Marrybrown, kalau order pun ayam goreng je. Bila dah sampai Marrybrown haritu memang Qiss terus order mi kari dengan milo ais.


Nak cukupkan RM25 tu Qiss boleh order lagi satu set burger sebab murah-murah set Marrybrown ni. Lepas tu dapat pulak order dari kawan-kawan pejabat yang malas nak keluar lunch.  Gitulah panjang resit jadinya.

Dah siap bayar semua, Qiss dapat kupon untuk sertai peraduan Makan dan Menang KAW KAW. Wahh beruntung sangat rasanya tu. Tak perasan ada peraduan ni sebenarnya. Tapi dah alang-alang dapat kupon kod ni. Qiss join jelah.



Tengok hadiah pun memang lumayan tau. Hadiah utama Proton X70 bernilai RM380,000 kereta idaman Qiss ni. Agak-agak boleh menang kereta tak? Hadiah yang lain termasuklah wang tunai RM 10,000, televisyen, telefon pintar dan pelbagai lagi.



Korang nak join juga ke peraduan ni?

Cara dia mudah sangat.

1. Korang perlu membuat pembelian minimum RM 25 di mana-mana outlet Marrybrown (simpan resit tersebut).
2. Dapatkan kad peraduan dengan kod unik di kaunter pembelian.
3. Daftar dan masukkan kod unik korang di https://marrybrown.com/contest/
4. Beli dan makan KAW KAW lagi untuk dapatkan lebih banyak kupon kod ni. Lagi banyak, lagi cerah peluang nak menang.

Korang jangan lupa doakan Qiss menang juga tau. Kalau join nanti jangan lupa komen kat bawah tau. Kita sama-sama menang ok.

3 comments:

  1. Wah... Best lah ada contest di Marry Brown... Semoga Qiss berjaya menang ye..

    ReplyDelete
  2. Lama giler tak makan-makan di Marrybrown
    sampai terlupa dah akan kenikmatan rasanya he he he

    ReplyDelete
  3. Berkongsi maklumat terperinci mengenai proton x70 2020 dengan kalian!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com