Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

13 December 2020

Asam Pedas BOBA | Asam Pedas Telur Ikan Mayong Di Kantin Asam Pedas

Assalamualaikum dan hai, 

Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang asam pedas Boba atau lebih dikenali sebagai asam pedas telur ikan mayong.

Asam pedas telur ikan mayong ni sukar didapati kerana harganya yang mahal di ibu kota jika dibandingkan dengan harga di luar kota. Sesiapa yang pernah rasa asam pedas telur ikan mayong ni mesti rasa sedap berlemak gitu. 

Kantin Asam Pedas merupakan salah satu restoran yang menyediakan hidangan asam pedas sejak 8 tahun lalu. Kantin Asam Pedas ini terletak di Residensi Bestari, Ukay Perdana. Memandangkan agak jauh dari Shah Alam,  Qiss akan datang ke sini kalau ada ahli keluarga yang teringin nak makan asam pedas. Tapi rasa kuah asam pedas kat sini memang terbaik!

Bertapak selama 8 tahun dan bermula dengan 4 jenis ikan, kini Kantin Asam Pedas ada pelbagai menu asam pedas menarik termasuklah asam pedas daging tetel, asam pedas ayam, asam pedas ikan dan mengikut musim asam pedas telur ikan mayong.

Rata-rata peminat asam pedas akan datang ke sini kerana harga berpatutan dan mempunyai set hidangan yang lengkap. Kalau kuah habis pun anda boleh isi semula tapi kuah dan air sahaja yang boleh diisi semula. Isi ikan atau tetel semua tu tak boleh ye.


Sambil makan sambil mengimbau kenangan rumah papan, makan dengan keluarga dan rakan-rakan. Sambil dengar lagu klasik. Tempat makan yang best kalau anda suka asam pedas Muar dan Melaka.  Resepi asam pedas di Kantin Asam Pedas ni adalah gabungan dari dua tempat ni. 


Ayam goreng ni rangup. Kalau order set asam pedas memang akan dapat ayam goreng ni. Makan macam tu saja pun sedap. Kalau makan dengan kuah asam pedas lagi umph!


Asam pedas kepala ikan merah. Besar sangat. Kalau makan sorang tak habis ni.


Lepas makan asam pedas boba tu boleh la order cekodok ni. Kuantiti mengikut harga tau. Cekodok pisang ni walaupun RM6 tapi banyak. 4 orang makan pun boleh.

Jom bawa keluarga makan asam pedas. Tak perlu pergi jauh-jauh. Dapat makan asam pedas dekat dengan rumah pun boleh janji sedap kan.

Kantin Asam Pedas

E-G-14,Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana,

Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000, Selangor.

11.00 pagi - 4.30 petang

Buka hari Selasa - Ahad

(Isnin tutup)

#kantinasampedas #asampedas 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com