Pemasaran atau lebih dikenali sebagai 'marketing' amatlah diperlukan pada masa kini oleh usahawan dan perniagaan sama ada yang baru bertapak mahupun dah lama. Fungsi pemasaran ini adalah untuk memperkenalkan jenama dan perniagaan agar lebih ramai yang tahu tentang kewujudan produk mereka.
NF Media mempunyai strategi pemasaran tersendiri dimana, pemilik NF Media atau lebih dikenali sebagai Newsfeed Media iaitu Puan Norzira Syarini Mohammed Pauzi, lebih mesra disapa Ira, membawa produk dan jenama pelanggan beliau untuk mendapatkan tempat bagi siaran langsung di televisyen. Kaedah pemasaran melalui televisyen ini telah lama ada. Bagi program bual bicara setiap pagi di TV1 dan TV3, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini pastinya akan diselitkan beberapa slot untuk pengeluar produk dan pemilik perniagaan membuat promosi produk mereka dan dengan cara inilah NF Media dapat meningkatkan jualan produk pelanggan mereka.
Latar Belakang
Puan Norzira Syarini dilahirkan pada 6 November 1986 merupakan anak ketiga dari 7 adik beradik dan berasal dari Kelantan dan sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga.
Puan Norzira Syarini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian Universiti Sains Islam Malaysia dan menyambung pengajian Master Komunikasi di UiTM, Shah Alam.
Pernah bekerja sebagai Wartawan Majalah Dekorasi Impiana, Kumpulan Media Karangkraf. Dari Julai 2010 hingga Oktober 2012. Kemudian bekerja sebagai Penerbit di Malaysian National News Agency ( BERNAMA) dari Oktober 2012 hingga Oktober 2017. Yang terakhir sekali di Revon Media Sdn Bhd sebagai Editor bermula Disember 2017 hingga 3 Disember 2019.
Pengalaman Pahit
Detik 3 Disember 2019 tidak dapat dilupakan oleh Puan Norzira Syarini, kerana diberhentikan secara notis 24 jam kerana syarikat tidak mampu untuk membayar gaji dan tiada pulangan daripada jualan 'Malay desk'. Jadi kedua-dua orang pekerja 'Malay' desk pada masa itu diberhentikan kerja serentak.
Tidak mahu menunggu lama, pada 4 Disember 2020 Puan Norzira Syarini memulakan portal kesihatan sendiri yang dikenali sebagai newsfeedmalaysia. Portal ini menyiarkan tentang kesihatan sahaja.
Bermula 1 Januari 2020 mendaftar dengan SSM untuk nama Newsfeed Enterprise.
Tidak sampai sebulan, NF Media mengambil seorang pekerja dan kini lebih ramai yang bekerja di NF Media.
Pencapaian
Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh NF Media. Melihat produk dan jenama pelanggan mula dikenali dan jualan meraih jualan tertinggi sejak diperkenalkan secara pengiklanan di televisyen, pengiklanan pada papan tanda di lebuh raya dan jalan raya sekitar bandar Kuala Lumpur membuatkan Puan Norzira Syarini tekad untuk membantu lebih ramai usahawan di luar sana.
NF Media baru bertapak dalam industri selama 11 bulan dan jumlah 'trusted transfer' dan transaksi dipercayai kini menjangkau 6 juta ringgit. Ini menunjukkan perniagaan di Malaysia mempunyai bajet untuk 'marketing' cuma tidak jumpa saluran yang betul untuk memperkenalkan produk mereka.
Setakat ini ada beberapa jenama besar telah mendapatkan khidmat NF Media seperti Fareha, Calla Beauty dan terbaru ialah Boonga. Jualan bagi setiap produk ini juga semakin meningkat dan promosi yang dijalankan mengenai target sasaran yang tepat.
Azam 2021
Puan Norzira Syarini berharap agar perniagaannya bertambah maju dan jumlah sasaran untuk 'trusted transfer' pada 2021 ialah 25 juta ringgit. Dengan usaha menaikkan jumlah jualan produk pelanggan Puan Norzira Syarini juga membina kepercayaan pengeluar produk untuk kempen seterusnya.
Cara yang mudah bagi usahawan SME dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat mahupun cara yang betul mempromosikan produk mereka ialah dengan menggunakan khidmat NF Media.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengiklanan dan promosi boleh terus hubungi:
NF Media
013 799 8785
https://instagram.com/newsfeedmedia.official
0 comments:
Post a Comment