Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

20 December 2020

PTTI Power Siut Menang Brandlaureate

Selepas lebih lima tahun beroperasi, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI buat kali pertama menjadi penerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands in Online Education Platform (Platform Pendidikan Dalam Talian).

Anugerah penuh impak, cukup impak dan pastinya menjadi pembakar semangat warga PTTI itu diterima pada 19 Disember lalu di The Brand Laureate HQ, Damansara Utama.

Cikgu Fana orang penting PTTI menerima trofi dan sijil  Anugerah BrandLaureate

Menurut orang penting yang menjadi nadi utama PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, 33, anugerah berkenaan menjadi bukti kelangsungan dalam terus mendidik anak bangsa mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

"Di sebalik ujian kita berdepan dan bergelut dengan pandemik COVID 19, anugerah ini bagai satu rahmat terindah buat kami di PTTI. Niat kami hanya mahu membantu pelajar SPM khususnya mencipta kejayaan dan pencapaian terbaik. Misi dan visi itu tidak akan berubah dan goyah. Anugerah ini  bukan biasa biasa. Ia suatu anjakan paradigma bagi kami. Ia terlalu besar dan menjadi sejarah baru buat kami seiring dalam membiasakan norma baharu menerusi pendidikan dalam talian.

Kejayaan ini hasil dedikasi seluruh warga kerja PTTI secara langsung atau tidak. Ia termasuk guru yang bertungkus lumus menyalurkan ilmu berharga serta berguna kepada pelajar," kata Cikgu Fana yang menerima anugerah berkenaan disampaikan Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan.

Dari Kiri, Dr KK Johan world president The Brand Laureate Foundation, Cikgu Fana dan kanan; Chew Bee peng, President and CEO The Brand Laureate Foundation

Menurut Cikgu Fana, satu kebanggaan baginya apabila anugerah yang sering diterima tokoh pelbagai bidang dalam dan luar negara itu kini berada dalam genggaman.

Anugerah igauan ramai itu meraikan kehebatan ikon jenama yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran serta idea inovatif.

"Saya percaya anugerah  berprestij dalam dunia penjenamaan cetusan Asia Pacific Brands Foundation (APBF) ini menjadi idaman ramai. Saya dan suami suatu ketika dulu sendiri pernah membayangkan PTTI akan ada logo Brandlaureate. Akhirnya ia bukan angan angan kosong. Tak salah bermimpi, namun perlu disusuli dengan usaha dan niat yang betul. Pastinya setiap kejayaan atau anugerah yang diraih itu akan datang dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Selama ini pun kami ada didatangi pihak dan agensi tertentu yang mahu memberikan pengiktirafan. Namun kami selektif. Kami tidak mahu rambang mata atau jauh sekali nak jual mahal. Tapi biarlah anugerah itu seiring dengan apa yang diperjuangkan. Anugerah Brandlaureate datang pada waktu yang tepat," katanya.

PTTI bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Hanya pada tahun 2016, pusat berkenaan semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.

"Untuk sampai ke tahap sekarang, ia bukan laluan mudah. Pengalaman dan pergelutan mematangkan kami di PTTI.

Hingga kini, kalau ditanya signifikan penubuhan PTTI tetap sama. Ia terhasil cetusan semangat warga guru yang mahu membantu dan mendidik anak bangsa skor A dalam SPM.

Cikgu Fana dan cikgu yang bertugas di PTTI

"Semangat cikgu di sini kekal menjadi nadi. Selagi boleh menyalurkan ilmu dan cara terbaik untuk memberi pemahaman kepada pelajar, maka selagi itulah semangat membara kami takkan pudar. Konsep atau penanda aras yang mampu buat warga guru di sini puas berkongsi serta menyalurkan ilmu ialah saat pelajar betul betul faham. Selagi pelajar masih berkerut dahi dan was was, maka guru di sini akan terus mengajar hingga mencapai kepuasan maksima.

Di sini, kami mengajar pelajar SPM tanpa perlu menghafal semata mata. Sebaliknya kena faham cara dan teknik yang betul. Ketika itu datanglah apa jenis soalan pun, insyaAllah akan dapat dijawab pelajar dengan baik," katanya.

PTTI mula  memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di Youtube, Instagram, Facebook dan TikTok dgn membantu mereka dengan video pembelajaran secara percuma.

Cikgu Fana bersama suami tercinta, MUHD HABIBUNAJJAR SAZALI yang turut sama sama mengemudi PTTI

Sejak awal penubuhan hinggalah kini, mereka sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik. Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar.

Malah pada tahun ini, PTTI dan Mira Filzah turut berganding bahu. Mira sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM tahun 2010 juga mendokong aspirasi sekali gus membantu lebih ramai pelajar SPM dengan lantikannya sebagai duta rasmi pusat itu sejak Januari lalu.

Bersempena  penerimaan anugerah ini, PTTI dengan bangganya membuka peluang pendaftaran awal untuk calon pelajar SPM bagi sesi 2021 bagi bermula selangkah lebih awal sebelum mendepani cabaran peperiksaaan sebenar.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com