Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 December 2020

Capai Impian 2021 Anda Dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing

Assalamualaikum dan hai, 

Sebelum pandemik Covid-19 berlaku, selalu kita dengar tentang kelas-kelas pemasaran dijalankan bagi membantu usahawan berguru dan menambah ilmu untuk memajukan perniagaan mereka. Tetapi akibat Covid-19, usahawan dan pemilik perniagaan tidak dapat menghadiri kelas-kelas pemasaran seperti kebiasaan. Ini sangat rugi bagi perniagaan yang memerlukan momentum kuat bagi memasarkan produk mereka tanpa mentor dan tunjuk ajar guru. Bagi Qiss, kelas pemasaran ataupun kelas marketing ni penting bagi menambah ilmu sedia ada untuk meningkatkan jualan produk bagi mencapai target jualan setiap tahun.

Jika anda salah seorang usahawan yang terkesan akibat pandemik ini, anda kini tidak perlu risau kerana sejak Covid-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.

Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.

RichWorks telah membimbing 777 usahawan menjana jualan lebih RM2 bilion bagi tahun 2020

Sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019.

Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019.

Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

"Kejayaan tidak akan kita capai dalam sekelip mata tanpa tindakan yang pantas dan konsisten," kata Datuk Wira Dr. Azizan.

Oleh itu, Mentoring Spire selama 12 bulan yang juga merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun tetap dijalankan. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka.

Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing 

Akan berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan telah dibantu untuk mengubah hidup dan bisnes mereka ke peringkat lebih baik. Perjuangan selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! dan perjuangan ini diteruskan dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.

Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?

Ingat lagi sales pernah RM0?

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?

Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?

Dah capai RM 1 juta yang pertama?

What's Next?

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters.

Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan

SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales.

Peluang terakhir sebelum tahun 2021.


RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!


Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)


Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang


Tempat : Aplikasi Zoom Webinar


Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut

SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.

Peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.

Peluang seperti ini perlu direbut bagi merealisasikan impian anda untuk mencapai impian 2021 dan meningkatkan jualan sepanjang 2021. 

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini bolehlah layari:

Facebook Page: Azizan Osman https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/ 

Instagram: azizanosman_official https://www.instagram.com/azizanosman_official/ 

Twitter: azizanoficial https://twitter.com/azizanofficial 

TikTok: azizanosmanofficial_ https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_ 

Youtube: Azizan Osman https://www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels

1 comment:

  1. Ilmu yang penuh manfaat harus kita isi untuk lebih memantapkan strategi dan kaedah kita melangkah kejayaan. InsyaAllah... Satu program yg baik untuk kita turut serta.. LeYa pun dah join and nak join lagi. Jom kawan-kawan...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com