Peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, Guardian Malaysia menyambut tahun baru dengan ledakan OREN!
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata:
“2020 adalah tahun yang mencabar untuk perniagaan, jadi kami membuat keputusan untuk memulakan 2021 dengan semangat yang baru dan oleh sebab itu kami telah melancarkan PARTY OREN hari ini.
Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setia dengan jualan seluruh stor yang terbesar pernah kami adakan yang dikenali sebagai PARTY OREN. Untuk tiga hari sahaja, bermula 1 sehingga 3 Januari 2021, para pelanggan akan dapat menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk produk-produk terpilih dan mendapatkan tawaran WOW untuk lebih 1600 barangan daripada pelbagai jenama terkemuka di SEMUA stor kami di seluruh negara.
Sebagai sebahagian daripada norma baru dan keprihatinan Guardian terhadap kesihatan dan keselamatan komunitinya, Guardian juga bakal mengedarkan penutup muka OREN Guardian kepada ahli-ahli pasukannya.
Penutup muka Antimikrobial eksklusif ini direka khas untuk Guardian dan ia:
· Boleh dicuci dan mengandungi teknologi antimikrobial bertaraf dunia yang telah diuji di makmal untuk mencegah 99.9% mikrob melalui penutup muka untuk sepanjang jangka hayat penutup muka tersebut
· Ia membersih sendiri dan tahan sehingga 100 kali cucian
· Ia lebih kemas, lebih lut udara dan boleh dilaras
· Mesra hijab
Ahli-ahli pasukan Guardian juga akan menerima satu beg oren untuk menyimpan penutup muka itu agar ia kekal bersih, selamat dan mudah untuk dibawa. Di Malaysia, ahli pasukan Guardian yang berhijab akan menerima saiz mesra hijab manakala ahli-ahli pasukan yang lain akan menerima penutup muka bersaiz normal.
“Dengan susun atur stor yang baru, penutup muka Guardian baru dan ditambah pula dengan PARTY OREN, kami akan menyambut para pelanggan setia ke stor kami di tahun 2021dengan dinamik dan semangat baru sesuai dengan reputasi kami sebagai peneraju pasaran dalam farmasi, kesihatan dan industri runcit di Malaysia,” jelas Anna.
#guardianmy
#orangeparty
0 comments:
Post a Comment