Assalamualaikum dan hai semua,
Macam mana rutin PKP anda? Qiss macam biasa je duduk rumah, tanam pokok sayur, keluar rumah sidai baju dan menyapu laman. Kadang-kadang duduk rumah kita makin malas nak jaga kulit terutama kulit muka sedangkan kita sekarang punya banyak masa untuk meneruskan penjagaan wajah ni. Mungkin kadang-kadang rasa 'malas' tu datang tapi hari ni Qiss nak kongsikan rutin harian Qiss.
Langkah penjagaan wajah
1. Bersihkan muka awal pagi dan sebelum tidur dengan menggunakan pencuci muka.
2. Gunakan pelembap. Pelembap yang Qiss guna ialah Aqua Whitening Cream . Krim ini merupakan pelembap, water based, mengawal pengeluaran minyak, melegakan kulit muka dan mempunyai bahan untuk merawat kulit yang sunburn.
3. Pakai sunscreen Gold Nano CC Cream yang juga merupakan day cream. Mempunyai SPF50+ PA+++, dapat seimbangkan tona warna kulit kita dan membuat kulit kelihatan glowing.
Kedua-dua produk ini dari Hansaegee Nature. Qiss suka guna sebab kulit sesuai dengan produk ni dan tekstur kedua-dua produk ni bagus, tidak berminyak, tidak melekit, boleh mengawal penghasilan minyak pada kulit. Hasilnya kulit akan lebih cantik dan kurang berjerawat.
Aqua Whitening Cream
Sebelum ni Qiss pernah berkongsi tentang krim ni dan memang Qiss guna semasa nak mandi laut dan selepas mandi laut. Bayangkan walaupun duduk tepi pantai kita tetap terdedah pada cahaya matahari terik yang boleh menyebabkan kulit terbakar kemerahan. Alhamdulillah bila pakai Aqua Whitening Cream ni memang dalam seminggu macam kulit Qiss dah elok balik.
Cara pemakaian Aqua Whitening Cream ni ialah sapukan di bahagian wajah menggunakan jari, kemudian dap dap kan jari. Dalam seminit macam tu akan keluar titisan air dan akan meresap ke dalam kulit dan kulit kita akan glowing gitu.
Aqua Whitening Cream ni tekstur dia gel dan bau tidak terlalu kuat. Memang best sangat pakai.
Titisan air terbentuk dan kemudian akan meresap ke dalam kulit.
Gold Nano CC Cream
Pertama kali Qiss cuba produk ni lepas baca review blogger lain, semua kata best sangat. Jadi Qiss pun cuba guna dan hasil dia memang cantik. Dah tak payah pakai foundation kalau keluar tu. Tapi kalau guna sebagai base make up pun ok juga. Nanti make up kita tahan lama tau.
Berfungsi sebagai day cream semua dalam satu. Krim ni dapat mengawal tona warna kulit dan mencerahkan kulit. Masa anda picit tiub tu jangan terkejut bila keluar krim warna putih sebabnya bila kita dah sapu pada kulit, krim akan menyesuaikan warna mengikut tona warna kulit kita. Jadi kulit tak bercapuk atau putih malah cara pakai pun senang je, hanya ratakan krim pada wajah dengan menggunakan jari. Tak perlu gunakan berus atau barang make up lain. Mudah kan? Jadi senang la kalau anda nak guna krim ni masa keluar ke mana-mana.
Kulit anda juga akan nampak lebih berseri-seri dan lembap sepanjang hari. Krim ni juga ada fungsi anti kedutan jadi sesuai dipakai oleh semua golongan sebab lebih awal kita guna lebih kurang kedutan di wajah anda.
Qiss suka guna Gold Nano CC Cream ni sebab ada SPF50 PA+++ yang membuatkan kulit kita sentiasa lembap, tak berminyak, tidak bercapuk dan melekit.
Terdapat 3 bahan utama iaitu:
1. Mineral water - menyeimbangkan kadar PH kulit, mempunyai vitamin aktif dan menganjalkan kulit muka.
2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - melegakan keradangan kulit, anti-bakteria dan melegakan masalah kulit.
3. Nano Gold - Mencegah penuaan kulit, menghalang far-infrared radiation, high antimicrobial activity dan high antioxidative activity.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, boleh layari https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html
Fungsi 3 bahan utama ini ialah:
1. Menyeimbangkan dan menyelaraskan tona warna kulit secara natural.
2. Melindungi kulit dari cahaya matahari dengan adanya SPF 50 PA+++
3. Membuatkan kulit semakin lembut dan glowing.
Cara penggunaan Gold Nano CC Cream
Gunakan jari semasa meratakan krim pada bahagian muka dan leher. Untuk kesan lebih baik jangan gunakan berus. Semasa krim dipicit, warna yang keluar adalah warna putih dan selepas disapu pada kulit, warna krim akan mengikut warna kulit kita. Hasilnya pun kemas dan kulit kita akan lebih cerah serta glowing.
Qiss syorkan pada anda yang tidak suka make up tebal-tebal untuk mencuba Gold Nano CC Cream ni. sebab senang sangat nak pakai dan boleh jadikan rutin harian. Boleh juga digunakan sebagai base make up dan bila kita pakai eyeshadow, warna eyeshadow tersebut jadi lebih terang dan tahan lama tau.
Selalu kalau pakai krim biasa kita pasti kena make up semula sebab make up dah hilang dan habis sebab kulit berminyak dan berpeluh. Tapi cuba anda tengok Gold Nano CC Cream bila kena air dan minyak, make up tak hilang dan tak bercapuk. Jadi dah tak perlu risau dah kalau nak guna krim ni bila hujan atau panas terik.
Cara penggunaan kedua-dua krim ni sangat senang. Ikut langkah-langkah ni je.
Tengok hasil Qiss guna dua-dua produk ni. Cantik kan. Tak perlu pakai foundation dah. Paling best bila guna Gold Nano CC Cream ni, tak risau pori-pori tersumbat.
Kedua-dua produk ini iaitu, Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream tidak mengandungi Paraben, Tiada Alkohol dan Tiada Sulfat.
Jom cuba sekarang. Rutin penjagaan wajah anda jadi lebih mudah bila ada Aqua Whitening Cream bagi melembapkan kulit dan Gold Nano CC Cream untuk perlindungan dari sinaran UV.
Untuk maklumat lanjut, layari:
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
tu la nampak ramai yg syorkan Hansagaee ni yg sangat bagus dan boleh nampak nutral..nanti nak jengah dan try test produk ni
ReplyDelete