Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 August 2021

3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit Sensitif Dengan Cetaphil

Assalamualaikum dan hai,

Masih lagi dalam tempoh PKP kan. Masih keluar rumah pakai mask. Qiss memang kulit sensitif kalau panas cepat berpeluh. Bila pakai pencuci muka biasa tu memang elok tapi Qiss nak cuba pencuci muka khas untuk kulit sensitif. 

Masa pergi farmasi nampak rangkaian Cetaphil ni. Bila baca kat maklumat produk memang sesuai untuk kulit sensitif. Apa lagi memang terus ambil je.

Jadi Qiss beli 3 produk Cetaphil iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moisturizing Cream dan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Diformulasi dengan PH seimbang dan tidak merengsa dan berfungsi untuk semua jenis kulit. Sesuai la Qiss guna sebagai pencuci muka waktu pagi dan malam. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Paling seronok bila Cetaphil Gentle Skin Cleanser secara aktif menghidrat dan membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semulajadi di muka. Hasilnya kulit tetap lembut, bersih tapi tak kering.

Tekstur ringan dan tidak melekit Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk ni tanpa pewangi dan sabun. Sesuai untuk muka dan badan juga tau. 


Cetaphil Moisturizing Cream

Berkali-kali kita dinasihatkan supaya memakai pelembap muka sebelum keluar rumah bagi mengelakkan kulit kering dan terjadinya bintik-bintik hitam.


Cetaphil Moisturizing Cream

Cetaphil Moisturizing Cream ini sesuai untuk kulit sensitif dan alergi, melembapkan muka dan kulit sepanjang hari. Boleh digunakan pada muka dan badan juga.

Tekstur Cetaphil Moisturizing Cream 


Pelembap ini berkesan melawan 5 tanda sensitiviti kulit dengan memulihkan kekeringan, kerengsaan, kekasaran dan ketegangan kulit.

Pelembap ini juga tidak mengandungi pewangi. Qiss suka guna pelembap ni sebab cepat meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Kebiasaan Qiss guna foundation yang dah siap sedia SPF. Tapi bila Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sebelum keluar rumah, kulit Qiss kurang kesan merah akibat panas cahaya matahari. Kiranya Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sesuai untuk kulit Qiss.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Sejak PKP ni jarang keluar tapi dah jadi kebiasaan Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel selepas mandi pagi, barulah mengadap komputer. Selepas seminggu penggunaan Qiss punya kulit nampak lebih segar dan tona kulit makin sekata. 

Tekstur Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Lepas ni anda boleh cuba pakai Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel walaupun duduk kat rumah kan. Salah satu langkah mencegah pigmentasi dan penuaan kulit. Elok je sapu kat kulit dan tiada kesan white cast tau. Jadi kalau pakai bedak kulit tak bercapuk.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Memang berbaloi bila tengok kulit muka makin cantik dan berseri-seri walaupun duduk kat rumah ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Laman web:

www.cetaphil.com.my

Facebook:

https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia

Instagram:

https://www.instagram.com/cetaphilmy


Shopee:

https://shopee.com.my/cetaphil.os

Lazada:

https://s.lazada.com.my/s.dHTHK

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com