Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 August 2021

Aplikasi Mindful Muslim Untuk Ketenangan Jiwa Dan Tidur Yang Tenang

Assalamualaikum dan hai, 

Sejak PKP hidup jadi tak tentu arah, penat, susah nak terima yang kita tak boleh keluar bekerja macam biasa. Duduk rumah sampai dah bosan tak tahu nak buat apa.

Qiss cuba aplikasi Mindful Muslim 


Sampai satu tahap tu terfikir nak buat apa dekat rumah ni kan. Memasak, basuh baju, kemas bilik semua dah siap. Tapi hati masih kosong. Rupanya Allah bagi cuti kerja ni sebab Allah sayang. Allah nak dengar kita berdoa, Allah nak kita perbaiki solat dan ibadah kita. 

Menangis Sebab Aplikasi Mindful Muslim

Sebelum pandemik covid-19 Qiss jarang ada masa untuk beribadah dengan baik. Sebab rumah jauh dengan tempat kerja, perjalanan sejam lebih, kadang tumpang suami pergi kerja pagi tapi event petang. Kena la keluar awal. Kadang-kadang sampai lewat malam baru sampai rumah.

Allah tengok pun letih ye. Bila lah hamba Aku seorang ni nak beribadah, berzikir dan membaca Al-Quran. Sekali Allah jentik hati ni, terus menangis bila dah siap install Aplikasi Mindful Muslim ni, terus dengar ayat suci Al-Quran. Dalam hati kata, Ya Allah, ampunkan kelalaian ku beribadah kepadamu. Sebelum ni aku berusaha cari duit tanpa pedulikan Kau yang memberi rezeki. Ye, betul. Qiss tersentap masa ni.

Hati Lebih Tenang Dan Tidak Cepat Marah

Sejak diperkenalkan dengan Aplikasi Mindful Muslim ni, hati Qiss lebih tenang. Qiss akan buka ayat suci Al-Quran sambil buat kerja. 

Qiss dah tak pedulikan media sosial. Kalau tak sebelum ni 24jam dengan media sosial. Qiss akan buka aplikasi ni sambil tengok tanaman Qiss. Hati lebih tenang, susah nak marah dan kurang dah gangguan makhluk halus yang sering ganggu Qiss sebelum ini.

Apa Tujuan Sebenar Aplikasi Mindful Muslim ni?

Mindful Muslim merupakan aplikasi  berteraskan Islam yang dilengkapi dengan bacaan ayat Al-Quran, Bacaan Ruqyah, Surah-surah, Zikir, Kisah para Nabi, ceramah motivasi dan doa-doa khas untuk ketenangan hati. 


Doa langsaikan hutang. Dulu doa dalam bahasa Melayu je, sekarang boleh dengarkan doa untuk langsaikan hutang dalam aplikasi Mindful Muslim ni. Sekurang-kurangnya kita masih ada alternatif untuk mensyukuri nikmat yang diberi dan memohon pertolongan daripada Allah.

Ada satu bahagian dalam aplikasi ini yang mengumpulkan bunyi alam semula jadi yang cukup menenangkan seperti bunyi air terjun, bunyi ombak dan pelbagai lagi.


Qiss akan buka aplikasi ni masa memasak bekal untuk suami pagi-pagi jadi sambil memasak sambil dengar alunan ayat suci Al-Quran.  Jadi takdelah rasa sunyi. Lepas tu malam sebelum tidur Qiss akan dengar bunyi air terjun kadang-kadang bunyi ombak sebab rindu sangat nak jungle trekking dan ke pantai sambil dengar kata-kata motivasi dari aplikasi Mindful Muslim. 

Background sound ni sesuai dengar bila nak tidur, jadi otak kita lebih tenang dan mudah untuk melelapkan mata.


Macam ni contoh playlist Qiss. Kalau nak ubah atau tambah ayat yang lain pun boleh. Senang nak uruskan playlist ni ye.

Diari

Dalam aplikasi ini juga ada ruangan seperti diari yang membolehkan kita menulis apa yang kita rasa dan taknak orang tahu. Untuk mengakses ke ruangan diari ini anda perlu memasukkan kata kunci atau password jadi tak semua orang boleh akses bahagian ini sewenangnya.





Siapa yang perlu install aplikasi ini?

Semua orang boleh download aplikasi ni sebab aplikasi ni membantu menenangkan jiwa kita. Melindungi diri kita dari gangguan jiwa dan mental. Membuatkan kita sedar yang kita sebenarnya tidak keseorangan dalam kehidupan kita. 

Ambil kata-kata dari aplikasi ni sebagai motivasi untuk mulakan hidup baru setiap hari. Inshaa Allah semua kesukaran akan dipermudahkan dan segala hutang mudah untuk diselesaikan.

Kalau anda nak cuba aplikasi ni boleh muat turun aplikasi Mindful Muslim dari pautan di bawah:-

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513

Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

#MindfulMuslimMy #MindfullMuslim

#MindfulMuslimApp #MotivasiIslam

1 comment:

  1. Saya baru download.
    Reviews pun banyak yang bagus.
    Thank you for suggesting.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com